Monday, November 22, 2010

Bersabarlah Dato' Seri Anwar Ibrahim.



Assalamualaikum w.b.t dan salam buat Dato' Seri Anwar Ibrahim (DSAI).

Saya amat terkejut dengan musibah yang sedang berlaku di dalam pemilihan PKR kali ini. Satu-satunya parti yang teguh dan kuat menghadapi berbagai cabaran politik terutama dari pihak musuh dan lawan.

Saya berhenti sejenak daripada menulis dan membuat rentetan berita di dalam blog ini kerana ingin mendapatkan maklumat lanjut berhubung musibah yang berlaku dan kenapa ini terjadi di dalam PKR sahaja, sedangkan parti ini terlalu banyak pengalaman dalam menghadapi kemelut politik. Saya menyebak dan mendapatkan berita dari berbagai sudut dan sumber. Rata-rata tidak ada berita yang boleh diguna pakai semuanya. Banyak yang perlu ditapis terutama berita dari sumber-sumber yang ingin memburukkan DSAI serta menidakkan kehadiran parti ini di arena politik tanah air.

Apabila piliharaya semakin hampir maka semakin gamatlah suasana politik dan parti di negara ini. PKR menjadi sasaran utama untuk memudahkan hasrat musuh untuk menumbangkan parti lawan.

Saya melihat dari sudut politik dan sudut kekuatan parti. PKR adalah parti yang cukup mengancam barisan pemerintah seperti UMNO, MIC dan MCA malah sebuah parti yang cukup terkenal di rantau ini mahupun di dunia. Kehebatan DSAI dalam berpolitik tidak ada galang gantinya selepas era Dr. Mahathir. Kehadiran DSAI dalam arena Malaysia setelah dipecat dan difitnah menjadi duri dalam daging oleh UMNO. UMNO yang pernah diterajui dahulu kini menjadi musuh nombor satu beliau.

UMNO tidak berdiam diri dalam menghadapi karenah PKR yang begitu mendapat tempat di hati rakyat. Sejak awal penubuhan parti ini UMNO telah meresap jauh terutama ke dalam barisan utama pimpinan. Semasa DSAI berada di dalam kemelut mahkamah, UMNO telah mengatur strategi jangka panjang memasang "SB-SB" mereka dengan cara menghantar beberapa orang penting menyusup masuk secara tidak disedari. Sebagai pemimpin parti ketika itu, Dr. Wan Azizah berjalan sendiri tanpa ditemani suami dan diwaktu inilah usaha menyuntik jarum halus yang beracun berjaya dijalankan.

Beberapa orang yang kuat di dalam UMNO telah berjaya memporak-perandakan PKR seperti Dr. Chandra Muzafar, Mohd Ehzam, Dato Zahid Hamidi, beberapa pemimpin murahan di peringkat negeri dan terlalu ramai lagi untuk disenaraikan di sini. Saya beranggapan mereka ini adalah askar upahan UMNO yang terlebih awal dapat mencium perkembangan DSAI. Seperti yang Kerislama nyatakan sebelum ini, orang-orang UMNO sukar mempengaruhi PAS dan DAP terutama menyelinap masuk secara halus. Orang UMNO tidak pandai membaca doa dan orang Cina (MCA) tidak akan memperjudikan bangsanya kerana parti. Oleh itu PKRlah menjadi mangsa untuk memporak-perandakan Pakatan Rakyat.

Hakikatnya apa yang terjadi sekarang adalah angkara orang UMNO agar PKR dan DSAI tidak boleh bergerak jauh sehingga diadakan Pilihan Raya baru PRU13. Dengan kaedah ini BN akan mudah mengambil kembali tempat-tempat yang kalah terutama Selangor dan Pulau Pinang yang menjadi sumber pendapatan negara.

Sekadar kesalahan seksual dan salah laku DSAI bukanlah isu utama. Orang BN yang lebih teruk perangai dari itu pun tidak dianggap salah malah bukti dan saksi begitu kukuh jika ingin disalahkan. Tetapi mereka tidak ada nilai politik malah akan mencemarkan BN dan UMNO dalam politik. DSAI adalah racun utama bagi mereka dalam merialisasikan hasrat mereka. Jika DSAI rebah mudahlah mereka untuk melawan PAS dan DAP.

Tetapi anggapan mereka salah. PAS dan DAP semakin kuat dan menggila. Tanpa PKR atau DSAI rakyat akan beralih kepada parti komponen lain di dalam PR. Pakatan Rakyat telah bersedia dan bercula sejak berpuluh tahun. PAS dan DAP telah cukup masak untuk menangani masalah politik kotor UMNO dan BN malah selama ini kemenangan PR adalah hasil perbuatan kotor UMNO.

Pada perkiraan Kerislama, masih terlalu ramai orang UMNO (SB) yang masih berada di dalam PKR. Saya begitu yakin dan dapat memerhatikan melalui beberapa insiden serta tingkahlaku mereka di dalam parti. Hanya menunggu masa untuk melakukan sesuatu terutama pada saat Pilihan Raya akan datang. Dengan cara provokasi murahan ini UMNO dan BN akan dapat merampas kembali kawasan yang telah mereka kalah.

Kerislama melihat trend ini sejak awal penubuhan PKR dan ia sebenarnya telah pun berlaku di dalam PAS sebelum ini. Malah DAP juga mengalami perkara yang sama suatu masa dahulu. Beberapa orang penting dan berpengaruh telah diupah oleh UMNO menyelinap masuk tanpa disedari oleh penyokong DSAI, malah DSAI sendiri pun tidak berkeupayaan untuk menapis yang mana musuh dan yang mana teman setia.
Bagaimana hebatnya Ehzam yang amat saya kagumi satu masa dahulu menikam DSAI dari belakang. Askar upahan ini cikup licik menjalankan kerjanya semasa di dalam PKR tetapi Tuhan lebih mengetahui perbuatan jahat Ehzam. Sejak awal DSAI telah terbau gelagat Ehzam dan melihat langkah sumbangnya sebelum beliau keluar PKR yang amat mengejutkan sokongan parti. Begitu juga Dr. Chandra Muzafar, tidak kuat menghadapi cabaran getir. Hanya dijentik pangkal telinga beliau menjerit sekuat-kuatnya sehingga tidak bersuara langsung. Kini beliau kembali ke kedudukan lama. Dato' Zahid Hamidi yang begitu awal menyokong Anwar telah lari sejak awal kerana tidak sanggup dengan gertakkan pemimpin UMNO yang boleh menyebabkan beliau muflis jika tidak mendengar kata. Begitu juga beberapa pemimpin PKR di Pulau Pinang dan Perak. Mereka mudah dibeli dengan kiraan longgok sehingga memalukan bangsa Melayu ketika itu. Termasuklah beberapa pemimpin kecil yang rebah dengan hanya secawan kopi sejuk.
Saudara Anwar bukan sebarang orang. Pada perkiraan Kerislama, dia lebih rela mati di dalam penjara daripada mengalah tunduk di hadapan musuh negara dan rakyat. Taruhan DSAI bukan kecil untuk digadaikan. Tuduhan liwat dan pukulan mata lebam bukan mudah untuk dilupakan beliau.

No comments: