Thursday, December 9, 2010

Bangunlah Rakyatku....


Melihat kepada dada akhbar utama, Pakatan Rakyat sudah tidak akan bernyawa lagi pada piliharaya akan datang. Beberapa akhbar lainnya yang sealiran menyampuk menyokong pendapat yang diwartakan. Persoalannya dari mana kayu ukur yang mereka perolehi sehingga mendabik dada BN akan mencapai kemenangan dengan selesa.

Melalui berita inilah maka Dato Seri Najib beriya-iya ingin mengadakan piliharaya umum dengan segera berdasarkan teori-teori perlakuannya. PM bercadang tidak akan mengadakan pemilihan UMNO selama 18 bulan sudah terjawab teka teki yang terbenam dikepala pembangkang atau beriya-iya untuk merombak kembali kabinetnya sebulan dua lagi. Dua peristiwa ini cukup menguatkan piliharaya akan diadakan dalam masa terdekat.

Usaha seterusnya yang akan dijalankan ialah memenjarakan Dato Seri Anwar Ibrahim (DSAI) setidak-tidaknya sebelum piliharaya terdekat ini. Usaha ini penting bagi menyekat pengaruh beliau dari meniup kembali gemlombang seperti yang berlaku pada piliharaya sebelum ini. DSAI adalah penghalang utama dalam usaha merampas kembali mana-mana negeri yang terkalah atau memudahkan kemenangan tanpa gangguan ketat dari pembangkang utama.

Usaha awal meburuk dan menfitnah DSAI hampir berjaya dengan memakai teori Tun Mahathir ke atas DSAI melalui kes Liwat I. Menggun pakai teori ini memudahkan untuk menuduhnya dan menyumbat beliau ke penjara atau ISA tanpa memikirkan salah atau tidaknya kes yang dibicarakan. Mungkin kes liwat II ini tidak berapa lekat seperti kes Liwat I, tetapi beberapa tuduhan lain diusahakan untuk dipalit dengan mudah agar DSAI dikurung buat sementara waktu sehingga hasrat BN / UMNO selesai. Selepas itu DSAI boleh dikeluarkan kembali dengan menyatakan dia tidak bersalah.

UMNO amat menakuti DSAI. Oleh itu usaha memusnahkan beliau sedang dan akan terus dijalankan. Tanpa memikirkan faktor lain, UMNO ibarat terlupa, pembangkang bukan bergantung hanya kepada PKR atau DSAI. Cukuplah gelombang awal dilakukan DSAI pada suatu masa dahulu melonjakkan DAP dan PAS dapat mempengaruhi rakyat mengenali kedua-dua parti ini. Kerislama berpendapat, tibalah masanya PAS dan DAP serta parti-parti lainnya berusaha meningkatkan kepercayaan rakyat serta membina gelombang sendiri merampas Puterajaya tanpa bergantung kepada PKR. Eloklah PKR berusaha membina kekuatan parti serta membersihkan kekotoran yang ada di dalam parti itu yang dicemari oleh tangan-tangan yang bersembunyi disebalik kekecewaan. PAS dan DAP akan terus membantu memberi pandangan agar parti ini (PKR) kukuh kembali sediakala. Humbankan sesiapa yang tidak setia dan tidak petriotik dalam parti yang selama ini menyamar sebagai SB sehingga merosakkan kekuatan ukhwah parti. Kerislama berkeyakinan PKR akan pulih kembali sebelum piliharaya akan datang (sebulan dua) dan biarlah kerja-kerja membangkitkan rakyat dilakukan oleh parti PAS dan DAP.

Melalui carta yang telah diperolehi 49% keyakinan rakyat kepada PKR itu agak memeranjatkan dan menurun secara mendadak. Berdasarkan kiraan bagaimana dilakukan tidaklah begitu penting. Angka ini biarlah menjadi kayu ukur PKR dan rakyat bagi menilai kekuatan parti. Masa masih ada untuk memperbaiki kembali kesilapan lalu. Berhati-hati dalam membuat pemilihahn kali ini kerana musuh di dalam selimut amat selesa sekali berada dalam PKR dalam jangka panjang (kerana mereka diupah cukup untuk meeka hidup selamanya). Orang seperti Dato Zaid Ibrahim dan Ehzam contohnya menjadi racun di dalam daging, malah orang seperti inilah diupah secara profesional untuk melumpuhkan sesuatu organisasi. Kita yang cerdik dan sering dilindungi Allah pun dapat dipermainkan dengan cara mempurak purandakan parti serta menfitnah kepimpinan PKR.

Kalau benar mereka orang kuat parti dan bertaubat sehingga beralih ke PKR, dimana perjuangan dan keikhlasan mereka. Jika benar-benar mereka setia, pandangan jahat sekali pun tidak akan diterima orang seperti ini. Orang seperti inilah dilaknat oleh Allah dan menjadi darah daging dalam hidupnya menajalankan kerja hina ini. Di mana ada wang dan ringgit di situlah mereka akan berkubang. Mereka bukan pejuang sejati.

Seperti artikel lain Kerislama sebelum ini, ada menyatakan musuh di dalam selimut masih berkeliaran di dalam PKR dan di luar PKR. Malah tidak keterlaluan jika saya mengatakan di dalam DAP dan PAS juga masih ada saki baki yang berlagak sebagai pejuang rakyat. Kenalilah mereka dengan lebih dekat dan campakkan mereka jauh dengan apa cara sekali pun. Di dalam politik sekarang tidak ada masa untuk berhujah dan bukti membukti mereka dikhinat atau tidak, cari orang lain yang lebih setia dan taat terhadap parti. Jangan biarkan mereka membuat pilihan untuk kembali ke dalam parti. Walaupun masih tidak terlambat, ia perlu bertegas kerana mereka ini cukup terlatih untuk menghancurkan parti lawan.

DSAI dan anggota PKR lainnya tidak berdiri sendiri. Kami DAP dan PAS sentiasa menyokong penuh apa juga masalah yang berlaku kerana hasrat kita adalah sama membenteras kemungkaran dan membela nasib rakyat. Binalah kembali kepercayaan rakyat dan fokus kepada usaha memartabatkan parti seiring dengan kemahuan rakyat. Pilihlah ahli-ahli yang benar-benar ingin berjuang demi agama, bangsa dan negara. UMNO dan BN sentiasa mencari jalan untuk memporak perandakan Pakatan Rakyat dengan apa kaedah sekali pun sehingga hasrat mereka tercapai.

Kemelut yang menimpa sekarang tidak mencerminkan kelemahan Pakatan, malah menguatkan lagi ukhwah parti serta kepercayaan rakyat. Rakyat bukan boleh dijual beli dengan cara menfitnah. Rakyat tahu kemelut yang melanda bukanlah datang dari dalam parti tetapi diusahakan oleh SB-SB yang dibayar khas untuk memusnahkan kepercayaan rakyat. SB-SB ini akan bertambah ramai apa bila piliharaya hampir tiba. Sementara waktu ini mereka masih berdiam diri dan masih ada bersembunyi secara profesional. DSAI harus pandai menilai dan membuat perhitungan dalam merungkai masalah yang kusut sementara waktu ini.

Kerislama telah mengagak perkara seperti ini berlaku. Di dalam artikel yang dikeluarkan sebelum ini ada menyatakan bahawa orang UMNO amat mudah menyelinap masuk ke dalam PKR kerana syarat dan keketatan keluar masuk tidak begitu dipedulikan. Dengan hanya pandai sedikit berpolitik sudah mencukupi untuk mengisi borang menjadi ahli. Berbanding PAS dan DAP yang memerlukan kekuatan mental serta berhadapan dengan syarat-syarat dalam parti yang memungkinkan menolak mereka untuk menyamar.

Perlu ada satu makenisma untuk memilih pemimpin di dalam PKR. Setakat setiakawan dan bertaubat mengutuk UMNO dan BN belum menjadi kayu ukur keikhlasan mereka. Setakat keluar masuk ISA atau penjara, itu adalah sebahagian daripada modus operandi mereka untuk menjadi SB. Perlu diingat setiap anggota dan kakitangan di dalam kerajaan adalah mata kepala UMNO dan BN. Meeka akan digunakan semaksimum mungkin untuk memusnahkan pakatan yang ada. Mereka sanggup menggunakan agama dan mengadaikan negara untuk memenuhi hasrat di tengkorok mereka.

Lihat sahaja kes rasuah dan kes yang melibatkan orang-orang besar! Tidak ada yang melekat atau terkena malah jika ada sekali pun, perancangan awal telah direncanakan. Dato Dr. Khir Toyo contohnya, telah menjadi kambing hitam untuk menunjukkan betapa tegasnya Dato Seri Najib. Walaupun orang UMNO sekali pun, dia dianggap tegas. Semua ini adalah perancangan awal yang telah diatur untuk modal piliharaya.

Kerislama percaya, selepas ini akan ada kes-kes rasuah melibatkan orang UMNO dan BN di tangkap untuk tontonan akhbar dan rakyat sahaja. Kes seperti ini akan dipanjangkan dan berakhir dengan cara mebebaskan kerana tidak bersalah. dr. Khir Toyo telah memberi tahu bahawa kesnya akan selesai dengan baik dan ia akan membuktikan bahawa dia tidak bersalah. Begitu juga kes Lee Leong Sik dan kes-kes menteri lainnya.

Berbagai cara dan usaha dipraktikkan sepanjang menjelang piliharaya ini. Usaha utama menumbangkan DSAI dengan cara menyumbatny ake dalam penjara atau ISA merupakan agenda utama. Ini kerana DSAI mampu melodakkan kembali gelombang rakyat seperti sebelum ini. Tetapi kesemua ini amat bergantung kepada kebijaksanaan Pakatan Rakyat dan DSAI sendiri.

Saya sebagai Kerislama menasihati agar DSAI menumpukan perhatian kepada memperkukuhkan PKR dengan menghalau hantu-hantu dan Jin jahat yang masih ada di dalam parti memegang beberapa ajwatan penting. Bangunlah rakyatku dan berjuang bersama mengubah negara ke satu tahap yang diingikan kita bersama.

Melayu, Cina , India, Khadazan, Murut dan sebagainya, ayuh menentang kekejaman UMNO dan BN yang selama ini 52 tahun menindas rakyat negara ini. Kita semua rakyat Malaysia. Marilah kita tegakkan ketuanan Islam dan Ketuanan Rakyat.

Salam dari Kerislama......




1 comment:

Marhaenonymous said...

rakyat harus ada kesedaran politik supaya tidak mudah dtipu pembesar zalim..