Monday, February 28, 2011

UMNO BN meniru rentak Pakatan Rakyat

Gara-gara Buku Keramat berwarna Jinggalah menyebabkan UMNO/BN menjadi tidak senang duduk dibuatnya.

Keris Lama sudah mengagak BN terutama UMNO akan melatah dan tercirit apabila membaca 10 manisfesto PR yang digelar Buku Jingga. Agakkan ini terjelma apabila beberapa perkara sedang dan telah dilaksanakan untuk tujuan politik Piliharaya. Kerislam berterima kasih kepada kerajaan kerana perihatin dengan teguran yang rakyat inginkan. Walaupun tidak sepenuhnya atau hangat-hangat taik ayam perkara itu tetap dijalankan. Tidak kisahlah samada ia tetap atau sekadar untuk pancingan undi.

Teringat Kerislama pasal umpan mengumpan ini. UMNO dan BN memang pakar dalam memancing undi terutama apabila piliharaya tiba. Setahu Kerislama Gula dan Kain pulikat adalah bahan yang sering digunakan semasa memancing dikawasan-kawasan desa dan FELDA tetapi umpan ini tidak lagi berguna kerana ikan telah muak dengan umpan yang serupa. UMNO terpaksa mencari umpan yang lebih berbisa dan sedap tetapi tidak dapat diperolehi. UMNO dan BN terpaksa mencari umpan dan dibeli dari orang lain walaupun harganya agak mahal. Kalau tidak dapat membelinya UMNO boleh meniru umpan yang hampir sama yang biasanya dipanggil umpan tiruan.

Bercakap umpan tiruan, tentu sahaja tidak sama dengan Umpan Original kerana dari segi rasa dan rupabentuknya pun agar belainan. Walau bagaimanapun orang yang tidak berduit atau tidak berfikir panjang terpaksalah membeli umpan tiruan yang hampir serupa dengan umpan original. Hanya orang-orang yang cerdik dan bijak sahaja akan memilih umpan original kerana mereka tahu umpan ini akan tahan lama dan banyak dapat ikan.

Kerislam guna umpan Kalimata-Ulat sagu...

Merlimau dan Kerdau adalah tempat menjaja umpan tiruan yang dijual oleh UMNO dan BN. Dengan harga yang murah dan berpatutan dengan ekonomi serta pemikiran rakyat, umpan ini tetap laku dan habis dijual. Rakyat mudah digula-gulakan dengan projek-projek pasang siap dan rakyat tidak kenalpun jenis gula-gula itu ada racun atau tidak. Paling utama waktu inilah mereka akan mendapatkan kemudahan dan projek secara CASH. Selepas itu, semua projek akan bertaburan seperti sampah tidak berkutip. Apatah lagi jika tempat berkenaan kalah di tangan pembangkang, maka akan bertambah teruklah semua projek yang terbengkalai.

Gula-gula seperti membina jalan, membaiki surau, melawat orang sakit dan mati telah menjadi sinonim kepada ahli politik terutama kepada mereka yang ingin bertanding. Kadang-kadang wakil-wakil calon bersungguh-sungguh melakukan sedaya mungkin untuk menarik perhatian pengundi. Contohnya baru-baru ini, Saberi Chik sanggup mencium seorang pesakit tuan yang terlantar di Melaka. Eloklah dia berbuat demikian tetapi kenapa sekarang baru nak melawat dan mencium orang tua sakit seperti itu? Kerislama tahulah Saberi Chik tu, bukan tak kenal. Jikalau hari-hari biasa, tegur orang kampung pun tak ada kecuali jika terpaksa.

Begitu juga insentif gula-gula kepada Guru Besar dan kakitangan sekolah. Banyak imbuhan yang ditawarkan walaupun tidak menyeluruh. Setahu Kerislama insentif macam ini ada terdapat di dalam Buku Jingga, cuma bezanya Buku Jingga akan menganugerahkan kepada semua kakitangan guru dan bukan hanya kepada Guru Besar atau Pengetua. Eloklah idea seperti ini di turu. Kalau boleh diharapkan semua manisfasto di dalam Buku Jingga ditiru dan dilaksanakan dengan ikhlas, confirm rakyat akan sokong kembali UMNO dan BN.

Tentang tiru meniru ini, sudah lama UMNO dan BN meniru PAS atau Pakatan Rakyat menjalankan perlaksanan kepada rakyat.

1. Papantanda berkalimah di sepanjang jalan ditiru bulat-bulat oleh UMNO dan BN.
2. Pemotongan sejumlah air sebagai sumbangan percuma kepada rakyat di tiru daripada Negeri Selangor patut harus dipuji.
3. Perlaksanaan Ar-Rahnu atau pajak gadai Islam diambil ideanya daripada negeri Kelantan dan Terengganu.
4. Bank Islam yang diideakan oleh Dato Seri Anwar Ibrahim menjadi asas kepada pembinaan perbankan Islam dan Syariah di negara ini.

... dan berbagai lagi yang tidak dapat disenaraikan di dalam blog ini....

Kami bersyukur kerana berusaha melaksanakan perkara-perkara terbaik ini walaupun ia dikatakan meniru. Tidak mengapalah apa orang nak kata, yang penting rakyat di dahulukan Islam diutamakan.