Thursday, October 28, 2010

Pilihanraya Datang Lagi

Kematian dua orang YB baru-baru ini memaksa SPRM mengadakan piliharaya kecil mengikut peruntukan yang telah ditetapkan. Kematian mereka menguji kembali parti-parti yang bertanding di negara ini akan kekuatan dan kehebatan di mata rakyat.

Kerislama sebagai rakyat negara ini mengucapkan takzian kepada yang telah pergi.

Bercakap soal pilihanraya, kerislama menunggu dengan debaran yang cukup hebat agar memastikan pilihan Kerislama menang dengan tamparan kepada lawannya. Sebagai rakyat yang cintakan keamanan dan kesejahteraan, Kerislama amat berharap Pilihanraya Kecil kali ini tidak ada insiden yang boleh memalukan rakyat dan negara. SPRM harus memainkan peranan penting dan bertanggungjawab dalam menangani kes dan isu yang dilanggar. Sebagai wakil yang dipertanggungjawab SPRM harus telus dalam melaksanakan tugas demi menjaga keamanan negara. Pihak keselamatan juga harus bekerjasama memastikan keadaan tidak seperti Pilihanraya sebelum ini.

Harapan Kerislama terbengkalai apabila awal-awal lagi SPRM telah melanggar emosi parti yang bertanding. Tarikh Piliharaya kecil yang diadakan serentak tidak mencerminkan sifat keadilan kepada parti yang bertanding. Pada kebiasaannya, hari sabtu atau cuti umum dipilih untuk diadakan pengundian. Tetapi sejak dua menjak ini SPRM cuba bermain catur melalui arahan pihak tertentu untuk mengadakan pilihanraya tidak pada masa dan waktunya yang sesuai. Memanglah tidak melanggar mana-mana peruntukkan dalam undang-undang SPRM tetapi ia seperti ada sesuatu yang ingin disembunyikan atau seperti mengikut arahan dari orang tertentu.

Apa logiknya di adakan Pilihanraya pada hari bekerja, semasa di adakan sidang DUN atau semasa hari permergian haji? Apakah signifikannya tidak dibawa berbincang bersama parti-parti bertanding agar hari yang sesuai perlu diadakan!!.

Alasan memang banyak untuk diberikan. Alasan tidak ada perbezaan cuti atau tidak cuti atau berdasarkan peratusan mengundi jika diadakan hari cuti atau tidak bukanlah satu permainan. Di dalam kes sebegini, keadilan dan kepuasan rakyat harus diutamakan, bukan sekadar kajian dan statistik sendiri yang boleh diberi alasan. Bagi Kerislama, SPRM sudah melampau dan mereka telah menjalankan kerja amanah yang tidak adil. Duduk di bawah ketiak PM mungkin tidak boleh berkata-kata. Adil atau tidak tidak menjadi hitungan, yang penting duit masuk dan tugas tidak digantung. Orang macam inikah akan mencium surga???

Bagi PAS dan PR, isu begini tidaklah menjadi beban kepada rakyat. Rakyat telah bersedia dengan apa yang akan dilakukan oleh SPRM dan kerajaan pusat. Rakyat telah tahu helah dan tipu muslihat UMNO/BN dalam merebut semula kepercayaan terhadap mereka. UMNO/BN tidak memperdulikan keamanan, emosi rakyat, kemiskinan, kesukaran/kesusahan dan sebagainya. UMNO/BN hanya memikirkan menang dalam mana-mana piliharaya. Saya berpandangan UMNO/BN dan agen-agen mereka berhenti daripada melakukan tabiat tidak senonoh. Ini bukan zaman Kapal Layar dimana rakyat mudah ditipu kerana waktu itu rakyat ramai yang tidak tahu menulis dan membaca. Tetapi kali ini rakyat telah berfikiran waras, cerdik serta memiliki kesabaran yang tinggi.

Batu Sapi dan Gua Musang menjadi pertaruhan parti-parti bertanding. Terdapat banyak muslihat yang perlu dipersilatkan oleh PR daripada permainan UMNO/BN. Media utama menjadi senjata utama yang tinggal untuk melakukan kempen fitnah mereka. Ceramah dan syarahan tidak mendapat sambutan dari kalangan rakyat. Cuma dua tiga kerat orang lama dipaksa hadir dalam melaksanakan visi jahat mereka. Perkauman disebut-sebut, cerita lama direcycle kembali, memutar belit fakta menjadi tontonan umum, bercakap bohong adalah kata-kata terdesak untuk memancing undi disaat terakhir.

Kerislama akan ke Gua Musang mendapatkan sedikit liputan..