Friday, April 23, 2010

ISLAM ADALAH CARA HIDUP

Oleh : Kerislama.
email : lamakeris@yahoo.com

Islam megajar manusia cara hidup sebenar. Islam mengajar manusia bagaimana menjadi manusia yang hidup di muka bumi untuk ke akhirat. Semasa Allah s.n.w mencadangkan kepada makhluk termasuk iblis dan malaikat untuk menjadikan manusia, kesemua banyak membantah dan memberi pandangan. Tetapi Allah lebih mengetahui apa yang ingin dilakukan.

Kejadian manusia daripada tanah dan segumpal darah sehinggalah dibekalkan akal dan ruh untuk berbakti kepadaNya. Tidak lain daripada itu hanya berbankti dan beribadah kepada yang Maha Esa. Kerana akal yang dibekalkan itulah manusia mempunyai kelebihan yang tidak ada pada mana-mana makhluk di muka bumi ini.

Akal yang dibekal amat terasing nilainya pada manusia. Terasing kerana ia menjadi alat pilihan samada ingin digunakan atau ingin dipersia-siakan. Jika seseorang itu tidak ada ilmunya, maka sukar untuk mengikut kata akal yang cerdik dan bijak kejadiannya. Begitu juga nafsu, terjadi untuk dibuat pilihan oleh manusia dan juga bergantung kepada kekuatan ilmu seseorang untuk menguruskannya. Oleh sebab itulah Allah s.n.w meletakkan sedikit kekuasaan dalam diri manusia yang dipinjamkan untuk menentukan ke mana diri ingin di bawa. Menuju kepada nya atau ingin menuruti syaitan atau iblis laknatullah.

Ilmu yang ada pada diri manusia terkadang tidak mampu membantu untuk menguruskan dirinya. Ilmu yang dipelajari kadang-kadang membawa kesesatan yang jauh dan semakin jauh daripada Allah s.n.w. Di mana silapnya?

Politik adalah sebahagian daripada Agama dan ia merupakan nadi utama dalam kehidupan manusia. Politik bukan sahaja untuk mentadbir negara tetapi untuk mentadbir diri dan keluarga serta kehidupan seharian. Di dalam politik Islam ia teramat luas untuk diperbincangkan, memadailah Keris Lama ingin menyudahkan fahaman politik negara yang semakin kalut akibat mainan akal dan nafsu tanpa berilmu. Politik bernegara juga adalah ilmu dan harus dipelajari setiap rakyat di negara ini.

Apabila politik negara ini dicemari berbagai fahaman dan dokterin, timbul pula berbagai jenis manusia yang membawa fahaman mereka. Malaysia yang dikurniakan Allah s.n.w dengan berbagai bangsa dan agama cukup mendewasakan rakyatnya menjelajah ke berbagai pengalaman yang tidak ada pada mana-mana negara yang hanya memiliki satu bangsa dan agama sahaja. Oleh itu bertuahnya menjadi rakyat Malaysia, negara yang tercinta.

Sejak 52 tahun mengurus dan mengendalikan negara ini dengan fahaman dan doktrin yang dipinjamkan dari barat (penjajah) telah banyak merubah negara ke satu tahap yang boleh dibanggakan terutama dalam sistem pembangunannya. Sepanjang 52 tahun negara diperintah rakyat sendiri berbagai slogan dan undang-undang diluluskan menyekat berlakunya perkara-perkara yang tidak diingini. Tetapi semua doktrin dan fahaman ini gagal sama sekali menjuari hati masnusia di negara ini secara totalnya. Oleh itu PAS telah membawa satu fahaman yang ditiru dan disalin semula di dalam Al-Quran untuk diaplikasikan di negara ini bagi menyelamatkan bangsa Malaysia yang hampir bergolak pemikiran dan kehidupannya.

PAS memilih Islam. Satu-satunya agama yang mempunyai berbagai sistem kehidupan termasuk sistem bernegara dan berpolitik. PAS semenjak ditubuhkan sebelum negara merdeka lagi menjadikan Islam cara hidup. ISLAM FOR ALL dijadikan slogan utama di dalam arena politiknya. Bermula di sini PAS di bawah kepimpinan ulama menerajui negara sebagai parti pilihan ke dua apabila PERIKATAN menjuari negara ketika itu. Memandangkan rakyat yang kurang fahaman Islamnya, dengan mudah UMNO menyusup maracuni fikiran rakyat melalui doktrin fahaman yang ditinggalkan penjajah. Negara diurus dengan menggunapakai kaedah yang diajar oleh barat yang jauh lari dari ruh Islamiah. Selama 50 tahu pemerintahan UMNO dan BN negara mencapai pembangunan yang boleh dibanggakan tanpa menghiraukan Islam sebagai agama rasmi seperti yang diwar-warkan. Islam hanya sebagai kulit yang tidak berisi membaluti hanya sekitar kulit kepala pemimpin-pemimpin UMNO.

PAS terus berusaha walaupun tidak mendapat tempat dalam fikiran rakyat terutama orang-orang Melayu. Kesabaran dan ketekunan dalam memberi dakwak kepada semua kaum dan bangsa tidak pernah dijemui. Akhirnya PAS menjadi sebuah parti politik yang cukup disegani oleh lawan, malah parti yang menjadi ancaman utama dalam pentadbiran negara. Hasil tarbiah PAS kepada rakyat negara ini selama lebih 50 tahun, rakyat telah banyak berubah. Berubah melalui fahaman dan doktrin yang dibawa berlandasan Islam dan keadilan sejagat. Bersabar, mendidik dan memberi fahaman sebenar Islam kepada rakyat Malaysia tidak kira bangsa dan keturunan akhirnya merubah sinario pelan pemikiran mereka. Kini Malaysia tidak lagi 50 tahun dahulu. Malaysia tidak lagi hanya bergantung kepada satu sistem politik tetapi mereka memilih jalan kebaikan dan kemakmuran dalam kehidupan sejagat. Bukan sahaja memilih dalam kemakmuran berpolitik tetapi di dalam bidang ekonomi, rohani, sistem pemdidikan dan sebagainya.

Orang Cina tidak lagi hanya memilih MCA atau BN tetapi mereka boleh mencintai PAS dan DAP atau mungkin mereka suka kepada UMNO yang banyak menaburkan fahaman yang membawa keuntungan hanya kepada materialistik. Begitu juga orang India di negara ini. Fahaman yang diterima melalui beberapa doktrin mematangkan mereka untuk berpolitik. MIC bukan pilihan utama mereka seperti dahulu. Rata-rata mereka terlalu banyak pilihan untuk bersama memajukan negara dalam segenap lapangan.

UMNO masih ditakuk lama. Berfikiran 50 kebelakang dalam membangunkan fikiran rakyat. Mereka masih lagi menggunakan kaedah barat dan kaedah memomokkan material melalui doktrin mereka. UMNO masih bermimpi dan mungkin sukar untuk bangun kerana terlalu lama tidur di tilam yang enak. Mereka beranggapkan rakyat negara ini akan tetap memilih pembangunan material bagi memancing undi. Mereka menidakkan ilmu dan agama dalam doktrin yang di bawa.

Sejak dari awal PAS mendidik rakyat melalui sistem kefahamn. Sejak dari awal PAS melalui kaedah Islam mendidik rakyat erti kemakmuran dan kesejahteraan. Halal dan haram dijadikan subjek utama dalam mendidik anak-anak. Surga dan neraka di jadikan hukuman dan balasan kepada manusia jika melakukan kesalahan. Rasulullah dijadikan panduan, Al-Quran sebagai kitab rujukkan. Agama dijadikan tunjang kehidupan di negara ini. Walaupun sebagai pembangkang namun hati rakyat tetap dapat dijajah melalui pendekatan yang berlemah lembut.

Salam daripada Keris UMNO Lama

Wednesday, April 21, 2010

Man Ana?

Bismillah..

Wahai Pemilik hati, wahai Pemilik jiwa, jiwa yang kecil, kerdil lagi hina ini..

Siapakah aku?
Siapakah aku?

Siapakah aku?

Aku seorang muslim,

aku seorang mutarobbi,

aku seorang murobbi,

aku seorang daie,

aku seorang anak,

aku seorang adik,

aku seorang abang,

aku seorang kawan,

aku seorang pelajar,

aku seorang jundi,

aku seorang qiadah,

aku seorang hamba.

Itukah aku?

Itukah aku?

Itukah aku?

Aku mahu menjadi mukmin, muttaqin, muhsinin yang mujaahidiin.
Aku mahu ditarbiah dengan sebagaimana hak itu merupakah milikku.

Aku mahu mentarbiah binaanku dengan sebagaimana amanah itu tertimpa ke atasku.

Aku mahu menjadi bergerak, bukan tersandar rehat dengan malas.

Aku mahu berbakti dan menghargai ibubapaku.

Aku mahu mendengar dan membantu abang dan kakakku.

Aku mahu membimbing dan menjadi qudwah kepada adikku.

Aku mahu menjadi saudara sebagaimana hak seorang saudara kepada saudaranya.

Aku mahu menjadi pelajar yang menghormati guruku.

Aku mahu patuh dan mendokong dengan sepenuh hati kepada apa yang disyurakan.

Aku mahu berfikir, bertindak, mengambil tahu sebagaimana layak amanah itu telah jatuh ke atasku.

Aku mahu menjadikan diriku sebenar-benar hamba, di setiap masa, di setiap tempat.

Hak..
Amanah..
Taklif..
Tanggungjawab..

Benarkah aku mahu, ataupun aku perlu?

Mujur sekarang masih ada mahu itu, sedangkan aku perlu.

Masakan aku tidak mahu, sedangkan aku perlu.

Kadang-kadang tergoyah mahu itu, kerana aku tidak mampu.

Masakan aku tidak mampu, sedangkan aku perlu.

Masakan aku tidak mahu untuk mampu, sedangkan aku perlu.

Semoga diriku ini mahu untuk mahu.

Semoga diriku ini mampu untuk mahu.

Semoga diriku ini mahu untuk mampu.

Semoga diriku ini mampu untuk mampu.

sajak ini adalah Nukilan :
Azli Nasiruddin
Mahasiswa perubatan tahun 3, Nizhny Novgorod Medical State Academy Rusia.