Saturday, March 26, 2011

Sampai Bilakah Anwar Akan Menanggung Fitnah?

Kes liwat siri II hampir untuk diselesaikan. Tiba-tiba timbul pula kes terbaru yang cukup mengaibkan beliau setakat ini. Mungkin DSAI telah ditakdirkan untuk menerima fitnah sepanjang hidupnya. Dari awal pembabitan DSAI di dalam politik sehingga sekarang tidak pernah lekang dengan fitnah dan tuduhan yang entah bila akan redanya. Malah setiap tuduhan dan cubaan yang menimpanya dihadapi dengan tenang dan tabah. Kerislama terkejut juga dengan berita video lu@#% yang tidak semena-mena timbul semasa piliharaya Negeri Sarawak. Anwar akan membawa beban kepada kerajaan untuk terus memerintah di negeri bumi Kenyalang ini sebab itulah sesuatu harus dilakukan untuk menyekat kemaraan PR bertapak di sana. Kerislama yakin BN tidak begitu yakin dengan kemenangan dalam piliharaya akan datang. Jika telah yakin sudah tentu isu seperti ini tidak akan ditimbulkan. Negeri Sarawak adalah penyelamat BN untuk terus berkuasa di samping Sabah. Oleh itu BN bermatian untuk kekal menang dalam apa juga kaedah, sehingga sanggup membuat fitnah ke atas pembangkang. Melakukan kekecohan dan penipuan di dalam piliharaya sudah menjadi adat di negara ini sejak UMNO dan BN memerintah. Tetapi kali ini cara melakukan provikasi dan fitnah semakin melampau sehingga dapat menjatuhkan maruah seseorang dan Islam itu sendiri. Kenapa perkara ini dibiarkan berlaku oleh orang Islam terutama UMNO.

Malangnya Negeri Sarawak memiliki kudis yang terbuka luas hasil perbuatan BN dan Ketua Menteri yang kaya raya. Kesusahan rakyat negeri ini dan kedaifan berpanjangan menyedarkan ramai rakyat di sana sejak akhir-akhir ini. Gelombang dari semenanjung mungkin berulang sekali lagi. Dan kali ini di Sarawak pula.


Bangga dengan kekuatan Sarawak yang berada di bawah BN akhirnya teruji apabila Piliharaya kali ini terlalu kecoh dan nampak ketidak teraturan. Kes KM dan Pembalakan Hutan di sini menjadi isu selain beberapa isu masyarakat yang masih tidak terjawab. Semasa Kerislama melawat ke sekitar beberapa daerah di Sarawak baru-baru ini, ia tidak ada banyak perubahan sejak sepuluh tahun dahulu malah Bandaraya Kuching sendiri pun masih berada di takuk lama. Kerislama membuat sedikit penyelisikan untuk catatan sendiri. Rata-rata rakyat di negeri ini merasa tidak berada di bumi sendiri. Mereka mengeluh dengan kehidupan mereka sedangkan negeri ini memiliki kekayaan tersendiri yang tidak ada pada mana-mana negeri di Malaysia.


Kerislama mendapatkan pandangan daripada rakyat Sarawak yang bekerja di Semenanjung. Mereka mendapatkan kerja di sini kerana di Sana tidak mempunyai pekerjaan seperti yang dijanjikan atau lebih tepat tidak ada pembangunan di kawasan-kawasan lain selain Kuching menawarkan kerja setimpal dengan kelulusan dan kemahuan diri. Rata-rata di sana hanya terdapat pekerjaan di bawah Kerajaan yang tidak boleh menampung jumlah rakyat yang memerlukan pekerjaan.


Oleh itu kali ini rakyat Sarawak bangkit memberontak menentang kezaliman BN Sarawak yang selama ini menindas rakyat di sana. Bangkitnya rakyat kali ini membimbangkan BN terutama UMNO.