Monday, November 15, 2010

Selamat Tinggal Zaid.



Kerislama menulis lagi...

Kali ini mungkin amat berbeza daripada sebelumnya. Perihala parti sahabat Kerislama yang sering bergolak sebulan dua ini. Mungkin ada sesuatu yang tidak kena sehinggakan timbul berbagai masalah dan karenah untuk di atasi.

Paling teruk adalah Ketua Umum PKR, Datuk Sri Anwar Ibrahim (DSAI) menghadapi masalah yang dianggap berat di mata rakyat atau berat di mata sesiapa yang melihatnya. Sebagai ketua sudah tentu persiapan menghadapi segala kemungkinan telah disediakan.

Pada awalnya Kerislama agak terkejut dengan berbagai musibah yang menimpa sejak awal tertubuhnya parti ini dan paling meruncing apabila PKR dapat memerintah negeri Selangor bersama parti pakatan lain. Bermula di sinilah berbagai cabaran dan dugaan menimpa bertimpa-timpa. Bencana buka sahaja menimpa DSAI sendiri terhadap kes dan sebutan mahkamah tetapi ia berjangkit kepada ahli-ahli lama dan baru. Saya termenung sejenak kenapa ia hanya berlaku terhadap parti ini (PKR) dan tidak terdapat di dalam mana-mana parti Pakatan Rakyat yang lain seperti DAP atau PAS atau mana-mana parti lainnya.

Dua tiga teori yang dapat saya kemukakan di dalam tulisan ini dan pandangan ini mungkin secara individu sahaja.

PKR adalah sebuah parti serpihan UMNO yang berjuang demi menegakkan keadilan dan kepincangan Barisan Nasional. Hasil daripada perjuangan DSAI dan ahlinya tertubuhnya parti ini dengan ahli-ahli juga terdiri daripada bekas orang-orang UMNO atau tidak berparti sebelum ini. Pada awalnya parti ini dipandang sepi oleh UMNO dan beranggapan ia samalah seperti Semangat 46 dahulu yang rapuh dicentik oleh orang UMNO atau Barisan Nasional. Hakikatnya perkara seperti ini tidak terjadi kepada PKR atau parti serpihan UMNO ini kerana perjuangan dan kepimpinan yang ditunjukkan amat dibimbangi BN terutama UMNO.

Kecekalan DSAI dan keistiqmahannya membuatkan UMNO bertambah bimbang dan meracau kerana lari daripada jangkaan mereka yang menganggap PKR sama seperti S46. DSAI telah disalah anggap oleh pemimpin UMNO dan tersalah anggap ini juga membebankan diri mereka sendiri sehingga mendapat kemenangan mengejut Pakatan Rakyat pada PRU12 sehingga tertubuhnya Pakatan yang kuat di antara DAP, PAS PKR.

UMNO tahu untuk mengacau PAS dan DAP amat sukar dan mustahil kerana kedua-dua parti ini matang dalam menangani berbagai masalah politik dan orang UMNO juga agak sukar untuk menyamar memasuki parti ini dari luar atau dalam. Terutama Parti PAS. Untuk duduk dan memimpin PAS atau menjadi ketua sekali pun harus tahu membaca khutubah atau berdoa semasa kenduri tetapi orang UMNO tidak tahu dan pandai bab ini. Oleh itu untuk meresap ke dalam PAS mustahil untuk dilakukan kerana rata-rata orang UMNO tak tahu nak membaca doa selamat atau membaca khutubah Jumaat (walahhualam).

Untuk masuk menyamar ke dalam DAP, orang UMNO tidak ada yang berbangsa Cina dan untuk wakilkan MCA menyamar ke dalam DAP, mereka tidak sanggup dan telah diketahui orang Cina sepakat tidak melakukan kerja-kerja yang boleh merosakkan bangsa mereka sendiri. Sebab itulah Pulau Pinang dengan mudah diserahkan oleh Khoo Su Kon dengan segera setelah memenangi PRU12 dahulu berbanding negeri lain.

Untuk menjayakan hasrat kotor UMNO, PKR adalah target yang paling tepat. Ini adalah disebabkan:

  1. PKR adalah parti serpihan UMNO dan mana-mana orang Melayu UMNO boleh meresap dan menyamar untuk mengganggu parti berkenaan.
  2. Seperti parti UMNO, PKR tidak banyak halangan untuk menerajui parti kerana ia tidak memerlukan kepayahan untuk terus naik ke atas dan cuma kena kuat berlakun seperti Ehzam dan mana-mana bekas ahli PKR yang melompat.
  3. Anwar dan barisan tertinggi tidak mempunyai masa untuk memeriksa setiap ahli yang ingin masuk ke dalam PKR atau menyokong PKR kerana banyak masa pimpinan atasan digunakan mengatur/memilih/melayan keperluan rakyat dan juga strategi parti. Oleh itu orang-orang UMNO dahulu, kini dan selamanya akan terus menggunakan PKR untuk mengganggu Pakatan Rakyat kerana inilah cara yang paling effektif memecah belahkan rakyat dan ahli di dalam Pakatan Rakyat.
Mereka akan duduk bersama pemimpin PKR dan berjuang bersama mereka siang da malam sehingga tidak ada sedikit kepincangan yang dilihat menunjukkan dia adalah SB kepada UMNO/Kerajaan. Semasa di dalam PKRlah sesuatu kejutan akan dilakukan terutama apabila diperlukan seperti Pilihanraya atau untuk mengintai maklumat yang ada di dalam PKR atau Pakatan Rakyat Khasnya.

Untuk menjadi pejuang dalam parti bukanlah hanya mengisi borang atau berpelukkan bersama pemimpin parti tetapi perjuangan bermaksud bersama dalam apa juga situasi dan keadaan walaupun kita tinggal seorang untuk menegakkan kebenaran. Hanya dijentik telinga dan dipulas ibu jari sudah mula menjerit mengalah atau merajuk tidak mahu lagi bersama parti. Orang-orang seperti ini bukanlah pejuang sejati seperti orang-orang lain yang hebat dan keluar masuk ISA silih berganti.

Apalah yang hendak diperbanding perjuangan Zaid Ibrahim dengan Azmin Ali di dalam PKR! Hampir separuh nyawa Azmin berjuang di dalam parti sehingga kehilangan banyak kemudahan seperti mana beliau di dalam UMNO dahulu. Zaid baharu setahun jagung di dalam PKR dan belum menerima sebarang kejutan yang boleh menggugat dirinya. Tidak keterlaluan jika saya nyatakan Bekas Menteri Kesihatan juga harus menunjukkan taat setia jika mahu bersama parti. Atau belajar berjinak-jinak berReformasi sebelum digelar ahli parti sebenar.

Apa yang pasti PKR akan sentiasa ada orang-orang UMNO menyamar sebagai informer dalaman sehingga perlu melakukan sesuatu maka ia akan dibongkar apabila sampai pada masanya.

Teori kedua, DSAI adalah orang yang paling merbahaya berbanding pemimpin-pemimpin lain. Kekuatan Anwar dalam menangani masalah tidak siapa yang boleh ditandingi. Kedudukan Anwar yang berpengalaman dan matang dalam politik merimaskan UMNO kerana beliaulah UMNO mudah berpecah kerana rahsia UMNO terlalu banyak di tangan DSAI. Tuduhan dan penjara tidak melemahkan DSAI malah mematangkan lagi beliau sehingga memeningkan sebahagian orang UMNO peringkat yang gila kuasa atau yang ingin mencapai hasrat kuasa tertinggi. Menghapuskan DSAI, menganggu PKR dan mengkucar-kacirkan parti adalah jalan yang terbaik buat mereka melemahkan DSAI dan parti-parti lainnya. Nampaknya cara ini hampir berjaya kerana orang-orang Melayu tidak suka dikusut masaikan pemikiran terutama dalam masa yang singkat. Sebab itulah setiap piliharaya kecil atau PRU ada sahaja perkara memburukkan DSAI dan parti Pakatan Rakyat dilakukan UMNO. Ini terbukti setiap piliharaya yang dijalankan. Jika tidak ada piliharaya maka kes dan masalah DSAI tidak disentuh semaksima mungkin.

Kerislama tidak mengatakan Dato Zaid adalah orang suruhan UMNO atau menyamar untuk mendapatkan/mengkucar-kacirkan PKR tetapi cara beliau bertindak seperti ada udang disebalik batu. Seperti juga bekas-bekas PKR yang lain, gagal meletakkan diri mereka salah seorang pejuang parti atau politik sedang apabila keluar dari PKR tidak pulak menyertai parti yang lebih baik seperti PAS atau DAP atau yang tidak mengkhianati negara seperti UMNO/BN. Malah mereka akan terus menyokong UMNO serta mengeluarkan kenyataan yang tidak langsung mencerminkan memperjuangkan parti itu kecuali untuk menyelamatkan diri.

Seperti Ehzam. Beliau jelas banyak menyusahkan PKR dan UMNO sendiri. Sungguh lama Ehzam duduk di dalam PKR dan sama -sama bertungkus lumus menegakkan keadilan dan DSAI sehinggakan cara berpidato pun seperti Tok Gurunya juga.

Akhirnya dia keluar dengan alasan yang tidak masuk akal langsung dan menemplak mukanya sendiri. Orang seperti ini tidak akan kemana kecuali menghabiskan wang UMNO dan wang negara. Beliau tidak boleh hidup tanpa ploitik kotor seperti yang dimainkan.

Zaid Ibrahim diharap janganlah sepereti Ehzam atau orang-orang lain sewaktu dengannya. Biarlaj kita kalah dan tidak mendapat seorang sokonganpun, berjuang demi bangsa dan keadilan harus diteruskan. Dan janganlah juga seperti Ibrahim Ali yang mengkhianati pemberian tempat selesa dan memenangi Piliharaya hasil ihsan Dato Nik Azizi. Orang seperti ini juga harus diketepikan dan beliau bukan seorang pejuang sejati di dalam mana-mana parti. Sejarah membuktikan siapa beliau.

Bersambung kelauran akan datang......




No comments: