Friday, November 5, 2010

Tahniah Tengku Razali-Ku LI


Kerislama mengucapkan tahniah kepada Pengarah Piliharaya Galas yang cukup membanggakan mana-mana pihak yang menilainya. Setiap sudut pandangan memuji cara dan kaedah yang diuruskan oleh Ku Li dalam menghadapi piliharaya kecil kali ini dan inilah pertama kali pihak PR berhadapan dengan lawan yang sangat bersih akhlaknya berlawan secara jantan.


Kerislama ke sana hanya beberapa hari. Sebelum piliharaya beberapa statistik dari pusat tertentu menepati kajian mereka bahawa berkemungkinan PAS menghadapi saingan sengit dengan BN kali ini memandangkan beberapa faktor yang menyebelahi pihak lawan. Faktor Ku Li menjadi faktor pendorong menyebabkan rakyat/pengundi serba salah untuk membuat pemilihan. Pendek kata Ku Li menunjukkan faktor teratas kekalahan PAS dalam piliharaya kecil ini.


Bekas President Semangat 46 bukan sehari dua berhadapan dengan politik atau berkawan dengan orang PAS, malah duduk semeja berbincang kenal mengenali hati budi masing-masing sehingga Ku Li masak dengan perangai orang Kelantan dan PAS di sana.


Semasa di dalam Pakatan Semangat 46 Ku Li menjadi pendorong utama tercetusnya gelombang politik tanahair dengan beberapa insiden yang tidak diingini berlaku. Kehebatan Ku Li memberi tamparan hebat BN dan UMNO ketika itu sehingga UMNO dibatalkan pendaftaran sehingga UMNO ditubuhkan semula menjadi UMNO Baru. Akhirnya Ku Li dapat dijinakkan kembali oleh Dr. Mahathir melalui tektik yang tidak rela oleh sebahagian orang Semangat 46. Perpindahan ini memecahkan sebahagian ahli dalam Semangat 46 menyeberangi ke mana-mana parti politik.


Akhlak yang ada pada Ku LI di bawa ke dalam UMNO dan sepanjang menyertai UMNO semula beliau banyak berdiam diri dan menjalankan kerja-kerja sebagai Ahli Parlimen serta menjadi orang tengah di dalam apa-apa perbalahan di dalam mana-mana parti. Ku Li dilihat sebagai orang lama yang banyak pengalaman dalam politik tanaha air. Kisah Wang Royalti menjadi tajuk utama kehebatan Ku Li sehingga keseluruhan rakyat Kelantan (Kecuali 2, 3 orang) menyokong tindakan Ku Li bersama Kerajaan Kelantan menuntut hak dari pusat. Ku Li di hina dan disebut membelakangi tindakan UMNO dan kerajaan pusat dalam isu ini tetapi Ku Li tetap dengan pendiriannya sehingga ke piliharaya Galas beliau tetap dengan pendiriannya.


Perlantikan Ku Li mungkin ada sebabnya. Ramai di antara penganalisis politik menyatakan, piliharaya kali ini untuk mengenakan Ku Li kerana kelancangannya dalam menyokong isu royalti dan ada juga beranggapan untuk memancing rakyat Kelantan agar kembali kepada UMNO di atas faktor kebersihan Ku Li sebagai orang Kelantan. Rata-rata penganalisis menyatakan untuk menempelak Ku Li agar ia berdiam selepas ini kerana BN/UMNO pada awal-awalnya mengetahui mereka akan kalah dalam pilihanraya kecil memandangkan banyak faktor.


PAS dan UMNO mungkin tidak meyedari hakikat ini. Masing-masing leka dengan faktor masing-masing, memancing undi dan mengira orang atas pagar, orang sebenar atau sibuk mengira bendera masing-masing berapa banyak akan dikibarkan.


Secar aperlahan Ku Li menjalankan tektiknya melalui pengalaman beliau. Mengamalkan mulut tertutup dan tidak melayan setiap karenah UMNO dan PAS dia mengatur langkah menerima saranan jerat UMNO sekembalinya ari luar negara. Beliau tidak menerima pemcalonan sebagai calon dan mungkin UMNO tidak serius pun menawarkan calon Ku Li kali ini. Akhirnya UMNO memilih orang yang tidak sebulu dengan Ku Li (bukan pilihan KU Li) bertanding melawan PAS. Ku Li tidak melenting malah membuat tindakan tidak hadir di beberapa perjumpaan semasa piliharaya.


Media tidak banyak memaparkan Ku LI semasa piliharaya kali ini. Malah ia cuba menyembunyikan sesuatu agar Ku Li tidak bercakap banyak semsa piliharaya. Dengan rendah hati dan akhlak yang memeningkan orang-orang PAS, beliau berkempen secara bersih dan senyap sehingga mencapai kemenangan yang cukup memeranjatkan bukan sahaja PAS tetapi UMNO juga tidak menduga sehingga begitu besar perbezaan peti undi yang diperolehi UMNO.


Kerislama juga terkedu dengan jumlah yang tidak disangka itu..


Ku Li telah menang dan bukan UMNO yang berjaya. Itu kiraan penganalisis. Ku Li akan menjadi beban lagi dalam UMNO terutama kepada ahlinya yang gilakan kuasa. Tidak boleh tidak ia harus diperbincangkan dalam mana-mana mensyuarat UMNO peringkat tinggi. Mungkin strategi seterusnya akan meletakkan Ku Li di satu tahap yang boleh menjejaskan UMNO Kelantan terutama orang kuatnya Tok Mustafa dan To Anuar Musa termasuk Awang Adik yang begitu celupar mulutnya.


Bagi PAS satu tamparan hebat harus diberi perhatian. Strategi baru harus diatur untuk terus memenangi hati rakyat. Jika UMNO telah kembali sihat sepereti sihatnya To Najib nanti maka besar kemungkinan ia akan merampas kembali Kelantan dengan mudah.


Pada hemat saya tanpa orang macam Ku LI mungkin agak sukar untuk UMNO kembali menjadi "baik". Ada beberapa orang sahaja orang UMNO seperti Ku Li di dalam UMNO? Jika ada sekali pun telah lama dicantik. Dato Shahril Samad contohnya, telah terkubur jauh di Johor dan ramai lagi orang-orang yang bersih akhlak dan tabiatnya akan cepat terhakis oleh UMNO. UMNO yang gemarkan perkara jahat dan buruk dilakukan sukar untuk kembali kecuali mematuhi peraturan alam dan manusia seperti disarankan oleh Tengku Razali Hamzah.


Sekali lagi Kerislama mengucapkan kepada Tengku kerana berjaya merampas kembali Galas tanpa mencetuskan apa-apa insiden sepertimana UMNO lakukan sebelum ini dimana-mana piliharaya.


Sekian..


No comments: