Sunday, June 27, 2010

Dr, Mahathir, sedarlah akan diri kita ada agama.

Assalamulaikum w.bt buat Tun Dr, Mahathir.

Aku sungguh bangga dengan kehebatan Tun Dr, mahathir dalam memacu negara ini sehingga menjadikan Malaysia sebuah negara yang cukup disegani semasa beliau menjadi perdana menteri. Ideologi da pembangunan negaa yang dilakukan membuatkan rakyat negara ini mengecapi kenikmatan hasil daripada pimpinan beliau sepanjang beberapa abad.

saya terpanggil untuk menulis dan memberi sedikit pandangan yang memungkinkan menyakitkan hati Tun sendiri atau sesiapa sahaja yang membacanya. Sebagai rakyat negara ini dan pernah menjadi penyokong terhadap kepimpinannya, saya harus ke depan menyatakan yang benar walaupun ia pedik sekali.

YB Tun,

Sedarlah bahawa kita beragama Islam dan setiap inci perbuatan kita dikira dan dihitung oleh Allah. Tidak terkecuali yang miskin, yang kaya, yang cacat atau yang sempurna, kita akan dihadapkan ke muka pengadilan menentukan nasib kita. Sumbangan YB Tun terhadap negara tidak dapat dinafikan dan Allah sahaja yang dapat membalasnya. Ini merupakan satu ibadah yang tidak ada tolok bandingnya berbanding ahli ibadah yang hanya duduk berdoa dan bersembahyang. Kecekalan YB Tun dalam mencari penyelesaian ummah amat saya kagumi. Bukan sahaja di negara ini malah menyeliputi di luar Malaysia. Ingat saya terhadap sikap YB Tun sama-sama YB Ustaz Fadzil Nur menolak fahaman dan tindakan Zionis terhadap Palestine. YB Tun bersungguh-sungguh berusaha terhadap tindakan Israel dan kami PAS ketika itu bersama-sama YB Tun Dr. Mahathir melakukan bantahan terhadap Zionis. Begitu juga pembangunan negara dalam apa juga lapangan dan sektor, YB Tun cukup meyerlah sekali. Sehingga beliau dikenali sebagai Bapa Pemodenan.

Sayang sama sekali apabila amalan yang mulia ini dicemari oleh tindakan Tun yang hanya sedikit berlanggaran dengan syariat Islam. Usaha mulia dan berpahala ini akan luntur begitu sahaja hanya dengan pemikiran dan tindakan yang bertentangan dengan Islam. Sokongan judi bola YB Tun boleh menjadikan semua amalan YB Tun terbuang begitu sahaja. Oleh kerana desakan nafsu dan fahaman yang jauh melencong, Tun Dr. Mahathir dibeci dan dimurkai Allah dengan percuma sahaja. Tahukah YB Tun judi itu haram. Judi arak dan perempuan itu maksiat serangkai yang memudahkan kita tersesat dari asas agama. Perkara-perkara ini membuatkan amalan selama ini dilakukan menjadi sia-sia sahaja.

YBhg Tun telah tua dan berusia. Usia seperti ini hampir kepada kematian. Apakah yang akan YB Tun akan jawab semasa di padang Masyar nanti. Bagaimana untuk YB Tun menghadapi soalan kubur, apakah nasib kita nanti apabila peninggalkan kita diakhiri dengan keburukan yang kita lakukan.

Seperti pepatah Inggeris mengatakan "Nilai seseorang terletak pada sepuluh minit terakhir". Adakah YB Tun akan menunggu masa saat nyawa di hujung kepala barulah ingin bertaubat?

Terlalu banyak berfalsafah melayan pemikiran melalui buku juga adalah satu kesesatan. Agama itu tersanggat indah. Agama itu kadang-kadang tidak memerlukan banyak persoalan untuk ditaati. Menunggu kefahaman wujudnya Allah maka susah untuk kita beriman padaNya. Menunggu sehingga khusuk barulah hendak mendirikan solat satu kerugian yang teramat besar. Menunggu iklas barulah menderma juga satu kesilapan dalam beribadah. Falsafah-falsafah beginilah yang banyak merosakan akidah kita.

YBhg Tun.

YBhg Tun adalah seorang yang baik dan berilmu. YBhg Tun juga bukan tidak memahami ilmu Islam, malah dapat membabitkan konsep sains dan teknologi ke dalam Islam. Janganlah kesilapan yang kecil diakhir hayat dilakukan menyebabkan rosak sepanjang hayat. Ini amat memalukan bangsa , agama dan negara. Malah sikap ini boleh menjerumuskan diri kita ke arah kehancuran.

Kehebatan Al-Barsisya seorang ahli ilmu dan hampir dengan Allah juga hanyut digoda syaitan laknat, inikan pula diri kita.

YBhg Tun tidak seharusnya membabitkan diri dalam hal judi dan arak dengan membangkitkan amarah yang keterlaluan kepada umat Islam dan mengkucar kacirkan lagi pemikiran rakyat. Jangan kita membina jalan ke neraka sedangkan Islam menyarankan agar kita mengutamakan kebaikan dan menuju ke jalan lurus. YBhg Tun harus menyumbangkan diri dan pemikiran ke arah mensejahteraan umat Islam dan rakyat sekali gus jadilah ulamat terbilang yang telah memang ada pada diri YBhg Tun.

Tidak ada bangsa dan agama dalam dunia ini menjadikan arak dan judi matalamat hidup mereka. Janganlah cuba medabik dada kita adalah pejuang dan faham akan segala persoalan agama. Jika tidak memahami secara mendalam hukum hakam agama eloklah Tun berdiam diri untuk selamat dipersoalkan Allah suatu hari nanti.

Jangan ada diantara rakyat dan cucu cicit kita mengencingkan kubur kita suatu hari nanti di atas perbuatan zalim kita terhadap mereka. Berilah khidmat cemerlang diakhir-akhir hayat ini agar YBhg Tun sejahtera di kemudian hari.

Cukuplah UMNO membuat kesilapan sebelum ini dan marilah kita kembali ke pangkal jalan menjadikan Malaysia sebuah negara Islam yang disegani dunia. Setidak-tidaknya YBhg Tun akan dikenang selama-lamanya. Janganlah YBhg Tun menjadi Kamal Atartuk moden ke dua dikenang sebagai pengkhinat Agama dan bangsa.

Sekian salam buat YBhg Tun Dr. Mahathir.

Dr. Mohd Khalil Nordin
Keris UMNO Lama..

28 Jun 2010.

Tuesday, June 22, 2010

Mentarbiah Anak Menjadi Manusia

Oleh : Keris UMNO Lama

Aku dilahirkan selepas kemerdekaan. Selepas kemerdekaan bukanlah terlalu awal untuk menagik kenikmatan kehebatan negara. Awal-awal 60an tiada apa yang dapat dibanggakan, cuma ketenangan dan pembangunan mula dikecapi. Para pemimpin ketika itu tidak banyak berlaku pertelingkahan politik kecuali pada tahun 1969 yang menyaksikan pertumpahan darah dan perbalahan kaum. Di desa aku tidaklah terasa sangat akan peristiwa ini kerana mungkin juga aku masih lagi anak-anak.

Tun Abdul Razak dilantik sebagai Perdana Menteri menggantikan Tengku Abdul Rahman dan negara dibangunkan mengikut corak dan kehendak kita. Pembangunan semakin rancak dan semakin hebat dengan idea serta pelan RM yang disusun atur dengan baiknya. Maka terhasillah beberapa program mega seperti pembangunan rakyat desa serta melengkakan ibfrastruktu negara dengan lebih sempurna mengikut keperluan negara. Pendek kata negara dibangunkan berdasarkan perancangan yang betul tanpa mengira warna kulit.

Setelah negara membangun dan silih berganti pemerintahnya, corak pimpinan juga silih berganti maka pemikiran juga nampaknya berubah dengan begitu drastik sekali. Pembinaan universiti dan dasar pendidikan terbuka memberi rakyat membuka mata seluasnya melihat sendiri perkembangan negara berdasarkan ilmu yang dipeljari. Hasilnya cendikiawan-cendikiawan negara dilahirkan dengan begitu ramai. Mereka membangunkan negara bersama-sama sehingga apa yang dilihat sekarang ini.

Apa yang amat menyedikan apabila pucuk pimpinan telah lari dari matalamat asal perjuangan seperti yang diatur oleh orang terdahulu. Kemewahan yang ditinggalkan dirobek dan digadai begitu sahaja. Sebagai parti pemerintah UMNO/BN telah bertanggung jawab memusnahkan negara ini sehingga apa yang kita lihat sekarang. Selama 50 tahun merdeka di bawah pimpinan BN terlalu banyak kemusnahan terhadap negara terjadi. Bukan sahaja negara malah pendidikan negara juga telah dijual beli. Tanah milik negara mudah digadai kepada negara asing. Lihat sahajalah kawasan emas minyak di sarawak dengan mudah diserahkan kepada Brunei yang kecil sekali negaranya tetapi memiliki kekayaan yang berlipat kali ganda.

UMNO banyak membuat perubahan terhadap dasar negara demi keuntungan puak-puak tertentu. Rakyat diperkotak katikan dengan mudah melalui buaian kesenangan. Anak-anak tidak diberi pendidikan akhlak selengkapnya terutama soal kerohanian. Kepincangan ini mengakibatkan banyak berlaku lonjakan sosial yang tidak seimbang. Budaya Mat Rempit, membuang bayi, tidak kenal solat, murtad dan kepincangan keluarga menjadi-jadi. Ini semuanya adalah hasil didikan dan sistem pendidikan negara yang terlalu mengarah kepada materialistik(keduniaan). UMNO tidak meletakan agama sebagai tunggak pendidikan dalam mana-mana dasar terutama dalam dasar pendidikan negara. Di sekolah subjek agama telah menjadi pilihan antara seni dan geografi. Subjek agama tidak menjadi wajib kepada pelajar kerana ia tidak ada nilai tambah dalam UMNO.

Penghapusan tulisan jawi dan menidakkan sekolah agama SAR dan sebagainya menyebabkan rakyat semakin jauh meninggalkan agama. Lihat sahaja akhlak remaja kini, tidak menampakan sesuatu perubahan dari masa ke semasa malah semakin parah dari hari ke hari. UMNO dituduk sebagai penyebab kerana UMNO adalah parti pemerintah. Sistem pendidikan yang ada adalah hasil pilihan mereka dan tidak boleh tidak rakyat terpaksa menerima sistem yang pincang ini.

PAS secara asasnya membuat pilihan sendiri dengan melaksanakan sistem mereka sendiri dalam membentuk negara dari luar pemerintahan. Anak-anak mereka di hantar ke sekolah-sekolah agama atau pondok yang tidak disedikan oleh kerajaan dengan cukupnya. Sekolah agama yang ada didirikan UMNO tidak menjemput jiwa anak-anak ke arah keagamaan. Berjangut tetapi merompak, bersongkok tetapi tidak amanah.

Di dalam PAS anak-anak didik dengan cara yang diajar Islam. Sekolah agama yang didirikan mendidik mereka kenal akan tuhannya, nabinya dan siapa diri sebenar. Anak-anak ditarbiah sehingga dewasa dan membiarkan mereka melayari kehidupan secara beragama. Ramai di kalangan anak-anak orang PAS menjadi orang-orang hebat dan berjawatan tinggi samada dalam kerajaan atau politik tanah air. Sebahagian mereka menjadi guru mendidik anak-anak di bawah sistem sekularisma yang terpaksa dihadapi.

Mentarbiah anak-anak memerlukan pengorbanan ibubapa. Ibubapa sahaja tidak mencukup untuk menyakinkan anak-anak akan menerima cara yang dilakukan PAS, Negara juga harus menyediakan sistem pendidikan yang selarah dengan keperluan anak-anak. Sebagai agensi penyokong kerajaan harus menyedikan kemudahan pilihan kepada anak-anak selaras dengan keperluan pendidikan agama diperingkat awal.

Sunday, June 6, 2010

Jom Bergabung Ke GAZA

Kerislama bersukur dan sempat melakukan sujud sukur setelah mendapat berita sekembalinya wira-wira jihat ke tanah air dengan selamat membawa sejuta pengalaman yang amat mengerikan dan amat merbahaya. Walaupun tidak sampai hasrat seperti yang dihajatkan, namun usaha seperti ini harus diberi sanjungan yang tidak berbelah bagi.

Sebagai umat Islam dan umat manusia amnya, keangkuhan Israel yang dilaknat Allah harus ditangani bersama tidak mengira agama, bangsa dan warna kulit kerna misi dan objektif adalah demi membebaskan manusia dari kekejaman Zionis. Tidak diketahui bilakah masa dan ketikanya wira-wira ini pergi meninggalkan tanahair demi menyelamatkan segelintir umat manusia di Gaza tiba-tiba heboh menjadi sanjungan segenap lapisan masyarakat apabila tragedi serangan Zionis mengorbankan berpuluh aktivis-aktivis dalam hanya sekelip mata. Mereka yang terkorban dipandang mulia dan sebahagian jihat menjadi miliknya. Setidak-tidaknya pemergian mereka dipandang mulia oleh masyarakat dunia dan mulia di sisi Allah s.n.w.

Rata-rata rakyat negara ini memberi sambutan dan sokongan yang tidak berbelah bagi kepada wira-wira negara dan sebahagiannya menunjukan perasaan dengan melakukan demontrasi ke kedutaan AS membantah tragedi yang tidak bermoral ini. Ada juga yang hanya berdemontrasi sekadar di sudut masjid dan tidak berapa berani untuk menonjolkan diri ke hadapan membantah hingga ke kedutaan AS. Memadailah perlakuan demikian asal mereka ada perasaan dan jiwa menentang kekajaman Zionis Laknatullah.

Sebagai pemuda samada PAS atau UMNO kedua-duanya adalah dari golongan yang mengenal Allah. Mereka sama-sama mengucap dua kalimah shahadah dan bersembahyang pada Tuhan yang sama, Allah. Demi agama mereka menunjukkan kebencian dengan melakukan berbagai-bagai cara. Yang pasti mereka hadir samada jiwa atau fizikal. Beranikah kita sebagai ketua dalam mana-mana parti yang digelar pemimpin menyahut cabaran untuk turut serta ke GAZA?

Kerislam telah lama meninjau dan membelek orang-orang yang berani ke hadapan bersama ke GAZA atau ke medan pertempuran menentang Israel secara realiti. Sebahagiannya yang Kerislama lihat adalah dikalangan unit-unit amal atau individu NGO perseorangan yang kental jiwanya mempertahankan agama dan umat manusia. Rata-rata mereka yang telah pergi dan berjuang sebagai wira adalah dari kelompopk Kerislama. Pihak sana bagaimana? Bagi Kerislama, berdemontrasi dan duduk di sudut tertentu berdemo tidak cukup menunjukan kehebatan sebagai wira. Ketua Pemuda UMNO atau orang-orangnya hanya berani bersuara untuk berjuang menentang Zionis tetapi sehingga sekarang satu batang hidungpun belum Kerislama kedapatan. Mungkin sibuk dengan politik atau takut meninggalkan harta yang banyak membuatkan mereka tidak dapat bersama menegakkan agama bersama rakyat Palestin.

Kerislama tunggu giliran..

Sekadar melaungkan hasrat untuk ke sana oleh Ketua Pemuda UMNO En. Khairy Jamaludin belum tentu GAZA akan terbebas. Apabila dicalonkan untuk berjihat ke sana, ramai di antara mereka bersembunyi dan takut menunjukkan muka. Sebagai rakyat Malaysia, Kerislama merasa terharu dengan tingkah laku Ketua Pemuda UMNO yang cuba berselindung dari setiap peristiwa yang dapat menguntungkannya. Jangan hanya berani menghunus keris menunjukkan kejantanan tetapi tidak berani ke hadapan membuka pencak silat. Orang seperti ini diibaratkan oleh adat perpatih "dilesang ayam menetas pun akan cabut lari".

Setiap kali senarai yang ke hadapan bersama menentang kezaliman Zionis adalah dari golongan sebelah Kerislam atau NGO yang sekutu dengan Kerislama. Orang sana(UMNO) belum cukup bersedia atau tidak berani untuk mengangkat senjata. Mungkin juga, orang sana tu takut meninggalkan anak dan isteri serta harta kekayaan.

Kerislama mencadangkan En Khairy Jamaludin dan kuncu-kuncunya turut serta ke GAZA menyelamatkan saudara mara kita di sana dan tunjukkan kepada Allah bahawa kita juga sebahagian daripada mereka. Beranikan diri, tinggalkan kecintaan kita kepada dunia ini, serahkan segalanya kepada Allah. Janganlah kita masih berhipokrit dalam melaksanakan hubungan dengan manusia dan agama. Jadikan diri kita sebahagian dari kepunyaan orang lain. Kita jangan tertipu oleh desakkan nafsu dan duniawi, berilah peluang diri kita menikmati keindahan surga yang dijanjikan Allah. Untuk merialisasikan hasrat kita bersama menentang ISrael, ayuk keluar Pemudah UMNO bersama-sama berganding bahu bersama kami menentang kezaliman kaum yang dilaknat Allah.

Kerislama berhasrat dan mencadangkan kedua-dua parti PAS dan UMNO dan KEADILAN berganding bahu ke GAZA menentang kezaliman..

Walsallam..