Saturday, July 31, 2010

Piliharaya dah dekat....

Oleh : Keris UMNO Lama.

Rasanya baru seminggu lalu Pliharaya diadakan dan penat lama tidak terasa hilang lagi. Nampaknya jika ada pilihanraya dalam masa terdekat ini, teruklah badan nampaknya.

Kerislama terlalu banyak mendengar dari pelabagai suara dan sudut tentang pilihanraya PRU13 akan diadakan dalam masa terdekat ini. Kerislama tidak ambil pusing perkara ini sebab ia belum cukup penggalnya lagi. Kalau cukup pun tentu orang sebelah sana semakin takut. Orang-orang kerislama dah lama bersedia. Nak buat tidak jadi masalah.

Orang Kerislama bukan tidak takut, takut juga. Manalah tahu kali ini dapat perintah Puterajaya, confirm kelam kabut nak cari penganti PM terbaru. Orang bulan dan orang ADIL sahaja yang boleh. Orang ROKET bersyarat! Apa tidaknya, semasa Selangor, Perak dan Kedah jatuh ke tangan Kerislama pun tercari-cari orang yang layak nak jadi MB. Negeri Nasi Kandar tak kisahlah,, dah agak dah dan bersedia. Waktu itu Peraklah paling kelam kabut mencari penganti yang layak dan berkelayakkan. Maklumlah seperti orang kena tangkap basah. Masa tulah nak cari saksi dan jurunikah. Nasib baik dapat diselesaikan dengan sempurna. Alih-alih ada juga yang cerai selepas itu digoda jantan lain.

Kerislama nak juga menasihatkan orang sebelah sini supaya bersedia dari sekarang sebab bersedia itu lebih baik dari tidak. Tak jadi pun bersedia itu dah ada. Tak bersedia kalau jadi, payah nanti kena balun dek orang sebelah sana.

Rasa-rasa Kerislama, jadi kita ke sana (Puterajaya) sebab ciri-ciri tu dah banyak. Kerislama rasa semua orang tahu UMNO dan BN dah kelam kabut sekarang. Bersedialah kita kerana bila-bila masa Piliharaya akan diadakah.

Mengikut kawan-kawan Kerislama yang di seberang sana, piliharaya nak diadakan juga dalam masa terdekat ini kerana tak tahan dengan negeri Selangor dan negeri-negeri di bawah Pakatan semakin maju dan mendapat sokongan dari rakyat. Ada juga menyatakan sebahagian wang tabung negara ada di dalam negeri Pakatan Rakyat. Negeri-negeri yang dapat oleh Pakatan Rakyat pula adalah negeri-negeri yang banyak penghasilan.

Kerislama hairan juga dengan BN/UMNO. Berani untuk mengadakan Piliharaya dalam suasana yang tidak menentu ini. Agaknya mereka sudah yakin dengan kemenangan Pakatan Rakyat. Untuk tidak lebih parah lagi elok diadakan sekarang, setidak-tidaknya sokongan rakyat yang ada masih boleh membantu. Tambahan pula orang-orang Seberang Jiran dah banyak mendapat Kad Pengenalan Merah dan dah ada yang biru pun. Campur tolak mungkin UMNO dan BN boleh satu dua negeri termasuk Sabah dan Sarawak.

Satu petanda Piliharaya dah dekat apabila Ketua Umum Keadilan diacah-acah untuk dipenjarakan. Kalau tidak boleh juga ISA akan dipergunakan untuk mengelakkan DSAI bertanding atau bersuara lantang. Orang-orang BN/UMNO bukan tidak faham dengan perangai DSAI itu! Sekali dia dedahkan isu, meletup satu Melaya. Sekali dia bersuara, lintang pukang orang UMNO.Kalau tidak, bagaimana hari-hari akhbar menfitnah beliau atau meburuk-buruk negeri yang dikontrol Pakatan Rakyat terutama MBnya dari Keadilan. Kenapa tak hentam Dato Nik Aziz atau MB Kedah seperti menghentam DSAI. Apa sangatlah DSAI tu hanya setakat penasihat. Bukan boleh buat keputusan dalam mana-mana negeri pun.

Kerislama lihat semenjah dua menjak ini banyak kes mahkamah ditimbulkan. L Leong Sik contohnya. Kenapa sekarang baru nak diheret ke mahkamah. Kenapa tidak sebelum ini sehinggi sanggup menunggu 3 tahun baru didakwa. Macam ada udang disebalik Spegeti aje. Itu belum tentu salah atau tidak. Ada yang menyatakan hanya untuk menarik orang-orang Cina menyokong BN semula. Ada juga yang celupar mengatakan, L Leong Sik dah tua, sementara belum pergi eloklah dia dijadikan kambing hitam. Macam kes lain-lain tu. Eric Chia sehingga meninggal tidak tahu apa kisah kesnya. Nak tuduh yang lain orang utamanya dah bawak kes ke sana bersama.

Entajlah..agaknya piliharaya dah nak dekat...

Bersama kita bersiap ke PUTERAJAYA...

Takbirrr....Allahhuakbar..

Keris UMNO Lama.

Monday, July 26, 2010

Tarbiah Buat sahabatku UMNO- Siri II



Oleh : Keris UMNO Lama

Anwar adalah Idola ku semenjak beliau memegang jawatan President ABIM. Kehebatannya terserlah semasa memegang tampuk pimpinan peretubuhan yang agak libral Islamicnya. Kepercayaan orang-orang Melayu dan Islam semakin yakin terhadap kepimpinan DSAI ketika itu.

Aku tidak terkecuali menyokong dan terikut-ikut akan tarbiahnya dan mungkin kerana ramai ahli-ahli PAS ketika itu adalah pengikut setia DSAI.

1980 an, aku dikejutkan dengan penyertaan Anwar ke dalam UMNO. Di dalam UMNO DSAI begitu lantang menyuarakan pandangan beliau terutama menyelar parti-parti lawan ketika itu. Aku menjadi berbelah bahagi terhadap sokongan ke atas parti politik ketika itu. Akhirnya aku mengambil jalan tengah, menyokong PAS kerana Islamicnya dan memandang UMNO kerana niat DSAI berniat memperbetulkan UMNO dari dalam. Aku tunggu dan lihat sahaja. PAS ketika itu semakin longgar sokongannya daripada rakyat. Ramai diantara kawan-kawan yang sama-sama di dalam ABIM terus tinggal bersama PAS dan ada yang mengekori DSAI ke dalam UMNO. Aku menetapkan diri bersama PAS walaupun aku jarang memberi sokongan padu terhadap PAS. Aku banyak berdiam diri. Jiwa seperti ini tidak kekal lama. Abang Mat Sabu banyak memberi peransang ketika itu melalui ceramahnya yang tidak ramai menghadirkan diri. Kekuatan aku terhadap PAS dan parti Islam bertambah kukuh dari hari ke hari.

Aku semakin yakin dengan PAS apabila kes DSAI disebarkan didada-dada akhbar dengan tuduhan yang tidak masuk akal. Politik semakin kucar kacir setelah DSAI keluar dari UMNO dan ditahan dipenjara. Semenjak itu dunia politik Malaysia semakin gawat dan aku beranggapkan pengaruh DSAI adalah penyebab berlakunya ketidak tentuan politik Malaysia. UMNO mula mengamok seperti sebelumnya. Rakyat mula memberontak dan semakin diajar kecerdikan berpolitik.


Aku melihat terlalu banyak faktor kenapa politik negara semakin menggila:

1. Kecelaruan UMNO dalam memerintah negara semakin terserlah.
2. DSAI merupakan individu yang boleh menggegarkan negara melalui kepimpinannya.
3. Kematangan rakyat dalam menilai tembelang UMNO yang pecah melalui beberapa pendedahan yang dibuat oleh parti-parti pembangkang ketika itu di atas kebocoran maklumat dari orang dalam UMNO sendiri.
4. Ketidak sediaan UMNO dalam menangani masalah rakyat dalam piliharaya. UMNO beranggapan telah selesa dengan doktrin yang dibawanya.
5. Terlalu banyak isu yang pecah semenjak keluarnya DSAI dari UMNO.
6. Kegagalan Tun Dr. Mahathir melihat dunia politik Melayu sebenar walaupun "The Malay Delema" menjadi tulisan beliau.

Aku yakin ketika itu bahawa UMNO akan pupus dari pemikiran rakyat. Melalui beberapa teori politik dunia, usia sesebuah parti tidak ada yang melebihi 50-60 tahun. Jika ada pun sekadar bonus di sebabkan tektik dan masa. Keyakinan aku terbukti apabila PAS semakin diterima rakyat. Beberapa cabang dan sayap PAS terbentuk dengan kehadiran beberapa ahli dari bukan Islam. Cina dan India semakin berani menunjukan sokongan kepada parti PAS yang seama ini dianggap sebagai parti komunis.

Kemenangan Kelantan dan terengganu semasa pilihanraya sebelum ini menyakinkan aku bahawa UMNO sukar kembali ke pucuk pemerintahan negara. Dasar UMNO yang tidak mahu berubah banyak meletakkan pemikiran rakyat jauh tinggal ke belakang. Isu dan isu dalam dan dalaman UMNO terbongkar satu persatu sehingga tidak dapat dikawal dengan mudah.

Generasi baru semakin membesar. Generasi ini yang mendapatkan pendidikan di universiti dan kolej banyak belajar tentang politik semasa. 60-80 peratus daripada mereka ramai yang menyokong dan beralih ke parti PAS dan pembangkang. Orang-orang Cina mulai sedar kepentingan mereka terabai semasa di dalam UMNO dan MCA. MIC tidak mendapat perhatian sewajarnya dari kepimpinan Dato Sri Samy Velu. Orang-orang Melayu semakin tersebit dengan permainan UMNO sendiri. Pemikiran terbuka rakyat mencetuskan satu kebebasan membuat pilihan tanpa gangguan dari mana-mana pihak kecuali segelintir rakyat yang dikawal rapi tanpa sebarang ideologi dibenarkan masuk. Mereka adalah dari golongan tua FELDA , FELCRA dan orang-orang kampung yang semakin mengurang.

Melihat kepada senario ini, aku semakin yakin untuk terus berpolitik secara Islamic. UMNO ku pandang bukan lagi parti orang Melayu. Ia sudah menjadi parti kroni dan dipimpin oleh keluarga dari golongan bangsawan. Kekayaan negara menjadi milik mereka anak beranak dan kaum kerabat.

Aku mula berjinak dengan ceramah penulisan dan bloger. Melalui internet aku banyak menimba ilmu kepartian PAS dan kebrobrokan UMNO sejak tiga empat tahun ini. Usaha ku tidak lain hanya membantu Islam bertapak di negaraku. Aku tidak yakin adanya parti lain yang dapat/mampu mendirikan Islam di Malaysia terutama UMNO. DAP sudah lumrah sebagai parti yang tidak menyokong Islam kerana mereka bukan orang Islam. Aku yakin DAP dan parti lainnya bersetuju dengan corak pimpinan PAS berdasarkan permuafakatan. Melalui pemuafakatan Pakatan Rakyat, kesemua parti ini bersetuju ingin melahirkan negara makmur dan sejahtera di samping menghormati keperluan bangsa dan agama lain.

Aku tidak lagi UMNO..ayah sudah tiada...

Aku mendidik anak-anak dan anak-anak bangsaku dengan memahami Islam terlebih dahulu. Aku sering memberi pandangan politik yang positif terhadap mereka. Melalui ceramah dan komunikasi ringanku, aku meletakkan Islam adalah parti yang sesuai memerintah negara ini. PAS ku jadikan asas perjuangan dan bahan cerita di mana sahaja.

Sejak akhir-akhir ini kehidupan aku semakin berani menentang ketidak adilan dunia politik. Aku sering menyerang UMNO, individu dan mana-mana organisasi dan pertubuhan yang cuba melekehkan Islam di negara ini. Samada secara menulis atau berhujah aku akan tentang habis-habisan membantu PAS menegakkan negara berasaskan Islam dan keadilan.

Keyakinan aku terhadap Parti Keadilan semakin kukuh apabila cara pemerintahan beberapa negeri menunjukkan prestasi cemerlang seperti di Kelantan dan Kedah. Walaupun terdapat beberapa ahli partinya keluar dari Keadilan namun itu ku anggap sebagai mainan politik kotor yang ditaja oleh UMNO sendiri. Aku yakin dan bertambah kukuh keyakinan aku bahawa UMNO tidak mampu kembali ke jalan benar selagi ia tidak menampakkan perubahan ke arah kebaikan untuk rakyat. UMNO cuba membakar fikiran rakyat melalui teknik dan fahaman yang sama seperti mereka berkuasa dahulu. Tektk ini menjadikan rakyat begitu jemu dan inginkan perubahan segera demi menyelamatkan negara.

UMNO sebuah parti orang Melayu. Parti ini menjadi pemimpin kepada parti-parti komponennya, MCA dan MIC serta parti-parti kecil lainnya. Usia yang terlalu tua boleh melanbatkan setiap langkah pergerakkan dan besar kemungkinan komponen lain tidak lagi bersetia seperti dahulu.

Rakyat Cina tidak akan memilih MCA dalam jangmasa terdekat ini. Orang-orang India menunggu kepimpinan Dato' Sri Samy Value tersungkur menggantikan orang yang lebih muda dan berkaliber.

Akhir kata UMNO kembalilah ke pangkalan jalan jika ingin berjaya seterusnya. Seperti kata Dato' Nik Aziz...

"Jika UMNO kembali mengamalkan Islam dan inginkan Islam, PAS boleh dibubarkan bila-bila masa".


Sekian dan salam sejahtera..

Keris UMNO Lama....

Saturday, July 24, 2010

Tarbiah Buat sahabatku UMNO- Siri 1



Oleh : Keris UMNO lama

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

UMNO adalah sebuah parti terbesar yang mempunyai ahli yang cukup ramai. Semenjak ianya ditubuhkan pada 1946, keahlian UMNO bertambah dan bertambah sehigga mencecah jutaan orang yang terdiri daripada orang-orang Melayu berwarganegara Malaysia. Pendek kata selagi orang itu berbangsa dan berbahasa Melayu bolehlah digelar orang UMNO. Tiada parti yang memartabatkan bangsanya kecuali UMNO (Teori UMNO).

Aku dilahirkan di dalam suasana cuaca dan darah keturunan UMNO. Kelahiran dan pendidikan dilingkungi oleh tatasusila UMNO semenjak tahun 60'an lagi sehinggalah aku disekolahkan pada 1969. Ayahku orang kuat UMNO. Gerak-geri dan tingkahl akunya adalah UMNO. Benci kepada bangsa lain pernah diluahkan dan sebut-sebut. Mungkin kerana ayahlah orang yang banyak membantu semasa perbalahan kaum 1969 secara tidak langsung di tempat kami. Aku sering mendengar cerita itu dari satu mulut ke satu mulut. Tidak hairanlah aku juga terikut-ikut dengan fahaman dan doktrin ayah serta beberapa pemimpin kampung ketika itu.

Dengan bersekolahkan Cina sehingga tahun 1979, aku banyak bergaul dan berurusan dengan kaum-kaum Cina dan India terutama keluarga-keluarga mereka. Pendek kata ayah tidak juga ada halangan dengan tingkah lakuku sehingga sanggup menghatar ku ke sekolah beraliran Cina. dan berkawan-kawan dengan mereka tanpa sangsi. Kenapa ayah bersifat sedemikian ayah tidak tahu. Kebenciannya sebelum ini kepada bangsa lain kenapa diterjemahkan sedemikian.

Di dalam kehidupan seharian ayah adalah seorang peniaga kedai runcit dan kopi, ayah banyak berurusan dengan orang-orang Cina sekitar daerah kami sehinggakan semua urusan perniagaannya banyak dipelajari dari kawan-kawan dan sahabat-sahabat Cinanya. Ayah menjadi terkenal dan banyak menimba ilmu perniagaan sehingga ayah mampu menguasai perniagaan bersama-sama mereka. Ayah dihormati setiap kaum dan dikenali di tempat kami kerana ketegasan dan ketekunan dalam perniagaan dan perhubungan.

Ayah masih orang UMNO...

Pendidikan amat penting buat kami sekeluarga sehinggakan aku dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi sehingga ke peringkat PhD di dalam bidang Teknologi Maklumat dan Multimedia.

Di kampus aku masih UMNO dan ketekunanku dalam politik aliran UMNO semakin menebal. Banyak kegiatan-kegiatan anjuran UMNO dan kerajaan aku sertai. Aku dimomokkan dengan dasar ke-Melayuan dan dasar kepentingan pemerintahan berdasarkan bangsa. Biro Tata Negara banyak mengajar aku apa itu Melayu dan ketuanan Melayu.

Persoalannya...aku tidak pernah disogokkan apa itu Islam dan Agama sehinggakan aku diserap masuk ke dalam sebuah kumpulan yang dilatih menjadi orang yang taksub kepada UMNO dan Melayu. Di dalamnya terdapat berbagai ceramah sehinggakan aku didedahkan dan dimomokkan dengan kebencian terhadap PAS dan DAP. PAS dan DAP digariskan sebagai penghancur negara malah sebaris dengan anggota komunis yang pernah menghancurkan negara (teori UMNO). Aku mulai naik muak dan merasa benci dengan cara mereka memomokkan ideologi ini kepada aku. Aku menjadi binggung sementara aku sendiri tidak kenal apa itu parti PAS dan DAP. Titik pertanyaan mula berdebat di dalam jiwa dan kotak kepalaku untuk mencari kebenaran kata-kata penceramah dalam Tatanegara itu.

Sekembali aku ke kampus aku mula mencari makna parti PAS dan DAP. Banyak juga buku-buku di perpustakaaan dan sahabat menjadi mangsa pertanyaanku. Sebagai pelajar yang ditanamkan fikiran terbuka akan menerima bermacam-macam hujag dan jawaban untuk setiap soalan aku. Aku masih binggung dan tidak mendapat jawaban yang kukuh.

Cuti semesta aku pulang ke rumah...Ayah masih UMNO..

Persoalan ini di ajukan kepada ayah. Ayah menjawab satu persatu dengan begitu ilmiah dan secara akademik. Aku tidak puas hati walaupun ada benarnya. Mungkin jawaban ayah adalah untuk memberi fahaman kepada ku sekadar akademik kerana anaknya seorang mahasiswa. Ayah tidak taksub kepada mana-mana parti tetapi sekadar menceritakan maksud dan takrif sahaja setiap persoalan berhubung parti.

Cuti masih panjang...tahun 1985/86..

Sebagai peniaga kedai runcit dan kedai kopi, aku sering membantu menjaga dan melayan setiap pelanggan. Kedai kampunglah katakan. Lebih bersembang daripada minum. Cerita politik dan hal-hal negara sering menjadi isu ketika itu. Di antara pelanggan yang datang setiap hari terdapat sekumpulan (2 ke 4 orang) sering datang ke warung ayah untuk berarapan dan minum petang. Mereka sering bercerita soal politik, kepentingan Islam dan parti-parti politik. Tidak ketinggalan PAS dan UMNO menjadi isu tajuk setiap perbualan. Aku semakin minat mencelah setiap kali mereka berbual bersama orang kampung. Ada yang marah dan ada yang sama-sama ketawa dengan kumpulan itu. Hujah dan penjelasannya cukup menarik minat aku terus mendengar.

Aku sering diajukan pertanyaan dan peroalan politik. Aku juga merasa kagum dengan kepetahan salahs seorang ahli kumpulan itu mejelaskan setiap pertanyaanku dan perbualan kami. Dia jarang sekali memberi komen yang buruk kepada UMNO atau PAS tetapi sering membuka pandangan dan persoalan untuk aku sendiri menjawabnya. Islam dan akudah dalam politik menjadi tajuk utama setiap perbualan.

Aku di ajak menyertai PAS. Aku terkejut dan tidak berkata apa-apa kecuali tersenyum. Ajakannya ikhlas serta penuh budi bahasa.

Aku bertanya ayah. Ayah menjelaskan dengan detailnya siapa orang itu. Aku terperanjat dengan penjelasan ayah. Kata ayah orang itu penjenayah negara. Pihak kerajaan telah menghukum mereka dengan cara buang negeri (tinggal sekitar yang diwartakan pihak polis). Pergerakkan mereka dipantau setiap hari. Entah berapa lama ia ditahan buang negeri aku tidak pasti.

"Kenapa orang seperti ini dihukum buang negeri dan dicop sebagai penjenayah?" Benak ini sering bertanya. Aku mengulangi pertanyaan kepada ayah apabila ada masa lapang. Akhirnya ayah memberi tahu satu persatu keperibadian dan maklumat orang itu.


Apa..ini ke Mat Sabu...!!!

Aku pernah ternampak dan terbaca berhubung dirinya dalam artikel dan akhbar di perpustakaan. Aku inginkan maklumat lanjut tentang dirinya. Oleh itu semenjak hari itu aku sering bersembang dan berbual tentang politik serta dirinya hampir setiap hari. Mungkin abang Mat Sabu masih ingatkan saya sekarang.

Abang Mat Sabu rupa-rupanya dihukum buang negeri ke Kuala Pilah, Kampung ku. Dia menoreh getah sebagai mata pencarian dan sedikit sebayak memberi ceramah untuk mengisi masa lapang. Kelompok inilah yang bertanggung jawab membuka mata aku tentang politik Islam.

Aku kembali ke kampus. Di kampus aku banyak berdiam diri terutama menyertai mana-mana aktiviti kampus termasuk anjuran mana-mana parti politik. Beberapa bulan selepas itu aku mula berjinak dengan orang-orang Tabligh dan Arqam dalam mendalami ilmu agama. Dengan cara ini aku lebih tenteram dan memahami lebih banyak persoalan yang aku tanggung selama ini. Aku tidak minat berpolitik sehinggakan di akhir tahun 1987/88 aku dilantik dalam satu badan agama (ABIM) sebagai salah seorang orang penting dalam melaksanakan Usrah dan aktiviti semasa. Di Pulau Pinang ABIM amat berpengaruh dan kuat kerana DSAI adalah President yang mampu melonjakkan pertubuhan ini ke tahap yang dibanggakan.

Aku dipengaruhi PAS. Sebahagian ahli di dalam ABIM adalah PAS atau cintakan Islam. Aku sering ke ceramah serta kuliah agama bagi mendalami Ilmu agama.

Al Marhum Yusof Rawa tidak jauh daripadaku ketika itu kerana aku sering ke rumahnya (Gelugor) bersama salah seorang keluarga angkat ku menziarahi mereka. Oleh kerana aku sering ke sana, aku merasa bodoh tidak mengambil peluang bertanya, menuntut atau bergambar bersama. Mungkin aku anggap Al Marhum sebahagian keluargaku dalam keluarga angkatku. Aku semakin kenal parti PAS dan aku semakin faham perjuangan mereka.

Bagi aku ia amat berbeza jauh jika dibanding dengan UMNO. Aku mula membenci doktrin UMNO kerana UMNO terlalu banyak mendominasi Melayu dan materialistik setiap perjuangan mereka. Aku tidak meyesal meninggalkan UMNO kerana UMNO masih ditahap lama. Aku berjanji ketika itu, aku akan kembali kepada UMNO jika mereka mendoktrikkan Islam dalam sistem kepartian mereka. Sehingga sekarang masih tidak berubah..

Aku kembali ke kampung..ayah tidak lagi dalam UMNO..

Aku kembali ke kampung dan ayah telah berubah..kini ayah ahli semangat 46. Bagi aku itu bukan perjuangan tepat. Ayah masih membisu dan sering melakukan kerja-kerja parti di bawah semangat 46 sehingga kalah tersungkur tidak beberapa selepas itu.

Ayah tidak berparti..

Inilah masanya aku cuba memberi penjelasan apa itu politik dan PAS aku jadikan modal dalam perjuangan ini. Ayah tidak banyak bicara kecuali membiarkan aku berlalu melalui hidup seperti sekarang. Aku tidak banyak membantah apa fahaman ayah ketika itu walaupun hampir seluruh keluarga telah menyokong PAS dalam politik negara. Ibu mengikut sahaja apa kiblat ayahku. Akhirnya pada awal 1990, ayah melakukan kejutan dengan melakukan ceramah terbuka oleh PAS di kediaman kami di Juasseh. Aku terkejut dan kagum dengan pendirian ayah. Sejak dari itu aku terus berjuang sekeluarga dalam wadah Islamiah dan memartabatkan Islam adlam politik.

Bicara UMNO ini akan di sambung di keluaran akan datang....

Wassalam..

Keris UMNO Lama..


Tuesday, July 20, 2010

UMNO dan Dalang Segala Isu


Oleh : Keris UMNO Lama

Sehingga kini Kerislama sering mendapat pandangan dan hujahan berhubung jalinan persefahaman atau penggabungan UMNO-PAS dalam urusan politik negara terutama usaha menyatukan semula orang-orang Melayu dan rakyat negara ini. Usaha ini dicetuskan sekali lagi setelah sekian lama terdiam mungkin disebabkan adanya perkara-perkara lain yang penting dan berkepentingan harus diberi perhatian.

Tidak semena-mena isu ini ditumbulkan kembali dan kembalinya isu ini amat berlainan sekali ceritanya dan pergolakkannya. Isu Melayu dan agama dijadikan sandaran dalam persefahaman ini nanti.

Beberapa pemimpin kedua-dua parti melontarkan pandangan dan telahan demi menghidupkan semula rundingan ibarat rundingan Hamas dan Palaestin yang tidak mudah di meterai. Walaupun Hamas dan Fatah amat berlainan bangsanya tetapi kedua-duanya sama sahaja tujuan seperti rundingan UMNO-PAS sekarang.

Saya menjangkakan rundingan ini amat sukar dimeterai kerana terlalu banyak halangan yang harus dan wajib dilalui kedua-dua pihak. UMNO memerlukan kata syarat PAS yang inginkan Islam sebagai asas rundingan dan PAS memerlukan kata syarat UMNO yang belum lagi dikemukan sehingga sekarang ini. Besar kemungkinan kata sayarat UMNO kepada PAS itu tidak mungkin disetujui oleh PAS dan UMNO tidak berani untuk menyarankan syarat yang akan memalukan diri sendiri. UMNO bukanlah inginkan sangat syarat yang diberi PAS tetapi sekadar mengangguk sahaja seperti pada 1970 yang dapat memerangkap PAS dalam pakatan yang akhirnya ditendang jauh tanpa kesihan. UMNO lebih mementing wang ringgit dan kepentingan politik individu daripada kepentingan negara. Tidak kira dengan siapa UMNO akan bergabung yang penting dapat menyelamatkan UMNO itu sendiri dari kalah dalam PRU13 nanti atau tidak mendapat kepercayaan dari ahli UMNO dan orang Melayu sendiri.

PAS boleh mendabik dada sekarang kerana kekukuhannya berdiri di samping sahabat pakatan terutama DAP dan KEADILAN. PAS ada banyak pilihan dan pilihan yang utama adalah bersama PR yang telah termetrai perjanjian beberapa bulan lalu. PAS boleh berdiri sendiri tanpa sebarang bantuan dari parti lain. PAS sudah biasa berdiri sendiri kerana kepentingan PAS bukan ingin negara tetapi inginkan menegakkan Islam dan sistem ekonomi Islam. Hampir 50 tahun PAS berdiri sendiri dalam meperjuangkan Islam dan Parti. Tidak satu pun mana-mana parti lain membantu dalam mencapai objektif mereka sehingga PAS dipergunakan pada awal tahun 70 an' tetapi dikhinati dengan hinanya oleh UMNO ketika itu.

PAS kini bangkit dan bangun dengan wadah yang amat berlainan. Parti ini telah mendapat kepercayaan kukuh daripada bangsa dan agama lain terutama Cina dan India melalui tertubuhnya sayap baru dalam PAS. Sayap ini banyak membantu menaikkan kredibiliti PAS sebagai parti pilihan selepas UMNO/BN.

Tohmahan dan fitnah mengatakan PAS tunduk kepada DAP atau bangsa lain salah sama sekali. Agenda ini adalah agenda UMNO yang sakit semenjak PRU12 lagi. UMNO sering mencari idea bagaimana ingin mereka cipta cerita untuk memusnakkan PAS. Fokus utama adalah memecah belahkan ahli-ahli PAS yang agak sukar digoncang. Berbagai isu dilemparkan dan dikaitkan satu persatu. Isu balak, isu perbalahan ulama dalam PAS, isu sumpah ahli, isu Nik Aziz dan keluarga dan sebagainya. Dan percayalah UMNO akan mencari isu baru untuk dijadikan bahan akhbar demi kepentingan UMNO sendiri. Niat jahat ini akan sentiasa mekar di diri pemimpin UMNO selagi tidak mendapat mandat dari rakyat sehingga PRU13.

Saya mencadangkan perbalahan ini boleh diselesaikan jika beberapa syarat yang mungkin saya utarakan dan telah pun dicadangkan sebahagiannya ini dahulu diikuti UMNO dan BN:

1. Pastikan setiap sen Royalti Minyak Kelantan dan Terengganu dibayar secara Royalti tanpa terhutang termasuk penyelesaian semua tunggakan terdahulu.
2. Kembalikan Perak kepada rakyat dengan mengadakan semula Pilihan Raya Kecil atau Negeri.
3. Membenarkan/Meluluskan kanun hukum Hudud dan Kisas di Kelantan dan Terengganu yang telah diluluskan melalui DUN mereka sebelum ini.
4. Memansuhkan ISA(akta keselamatan dalam negeri) tanpa sebarang syarat atau diperbincangan melalui permuafakatan bersama secara adil.

Mungkin syarat-syarat ini sukar bagi UMNO untuk melunaskannya kerana terlalu banyak kepentingan individu dan kelompok tertentu tergadai. Oleh itu eloklah UMNO memberi cadangan yang sesuai dengan kehendak PAS atau duduklah berbincang sebagai jalan penyelesaian.

Seperti kata Ketua Pemuda PAS, Ustaz Nasaruddin menyarankan agar UMNO sendiri masuk ke Pakatan dan berbincang bersama jika demi Bangsa dan Negara atau demi Agama dan Melayu. Rasa Kerislama ia lebih afdal dan jitu sekali caranya. Kalau benar-benar UMNO berkepentingan hanya untuk rakyat, negara dan agama melalui konsep 1Malaysianya, inilah peluang UMNO menunjukkan jasa kepada rakyat.

Sebagai rakyat Malaysia apa juga kebaikan dan tujuan yang murni untuk mereka sudah tentu akan disokong sepenuhnya kerana Malaysia memiliki rakyat hati yang murni, inginkan kedamaian dan keselesaan hidup. Pesanan Kerislama agar UMNO tidak lagi mengadu domba dan mereka cipta isu baru meruntuhkan negara dan agama.

Sekian terima kasih...dari Keris UMNO Lama..

Thursday, July 15, 2010

Adakah Adat di Negeri Sembilan Membebankan?


Oleh : Keris UMNO lama..

Kerislama adalah orang jati Negeri Sembilan. Hidup di dalam suasana beradat dan dilingkungi adat. Lahir-lahir Kerislama tidak tahu pun dirinya beradat serta adanya bersuku. Sehinggalah Kerislama berkahwin dan masih tinggal di negeri beradat ini ia tetap tidak memahami erti sebenar adat pepatih yang ada. Pendek kata tidak ada sesiapa yang khusus memberi tahu akan adat itu sendiri kepada orang yang beradat.

Akhirnya Kerislama sendiri mencari, siapa diri yang beradat ini. Dari mana keturunan dan sukunya datang dan kenapa dirinya tidak tahu adat itu beradat. Walaupun ini bukan pengajian Kerislama tetapi Kerislama amat berminat membuat kajian berhubung adat Kerislama. Bersuku dan beradat Kerislama membuat kajian terperinci dan masih menjalankan kajian ini yang ia semakin merumitkan Kerislama. Beberapa artikel dan buku telah dibaca dan diteliti termasuk artikel dan buku dari negara jiran saudara kita di Bukit Tinggi. Mungkin di sana lebih asli bahannya untuk dibuat sedikit kajian. Alih-alih kajian ini menambahkan kebuntuan Kerislama.

Apa tidaknya, adat yang ada di sana amat berbeza samada dari segi cara dan amalan, undang-undang dan juga perlaksanaan. Kerislama cuba menyusuli lebih lanjut sehinggalah membuat keputusan untuk mengeluarkan artikel ini sebagai tatapan dan hujahan pembaca supaya dapat membantu.

TINJAUAN KE NEGERI SEMBILAN

Sepanjang perjalanan Kerislama atau melalui setiap kampung di Negeri Sembilan, data dicatit dan dikira. Di dapati 70%-90% rumah peninggalan samada pusaka atau rumah adat(tanah adat) ditinggalkan(dibiarkan) kosong melebihi 5-10 tahun. Purata rumah-rumah ini terbiar dan tidak ada penghuninya langsung(tidak termasuk tanah-tanah adat yang tidak ada bangunan rumahnya). Apabila disoal siasat dan dicatitkan berdasarkan maklumat jiran-jiran atau waris pemiliknya perkara-perkara berikut di jadikan alasan:

1. Kerana anak-anak telah berpindah bekerja ke bandar - 45.8%
2. Orang tua sudah tiada-meninggal atau mengikut anak ke bandar(tem[at lain) - 36.6%
3. Perebutan saudara-mara-sesuku - 6.6%
4. Tidak diketahui siapa layak memiliki(mengusahakan) - 10.4%.
5. Tiada orang yang mahu menuntu hak(tiada anak perempuan dari sesuku) - 3.8%
6. Lain-lain - tiada ketahu - 0.56%


Apa pun alasan di atas signifikannya mengakibatkan berlakunya pembaziran dan ketebiaran tanah tanpa dihuni atau diusahakan oleh mana-mana pihak. Selama hampir 20 tahun, kadar peningkatan tanah adat yang terbiat dan dibiarkan tanpa diusahakan meningkat menjadi 80% dan selebihnya diusahakan tetapi bukan dilakukan oleh pemilik sebenar(orang luar-dipajak atau disewakan).

Kanun tanah dan adat tidak dapat menyelesaikan masalah ini disebabkan terdapat pertembungan di antara kedua-dua enikmen ini sehingga belum ada penyelesaian yang dapat dilakukan sehingga sekarang. Apa yang amat menyedikan sekali kesemua urusan tanah adat yang dibawah enikmen tanah adat tidak dapat membuat pindaan atau persefahaman bagaimana untuk mengusahakan masalah ini.

Sepanjang penglibatan saya dan kehadiran di dalam seminar tanah adat atau adat-adat Pepatih, belum ada yang mempersoalkan kenapa tanah adat ini terbiar atau bagaimana ia perlu diselesaikan untuk meningkatkan ekonomi orang-orang Melayu Negeri Sembilan. Kerislama jemu dengan pembentangan makna adat, struktur adat, sejarah adat dan sebagainya sehingga lupa usaha untuk mempertingkatkan pembangunan tanah adat. Bijak pandai yang membentangkan kertas kerja sebegini seperti takut untuk menyatakan perkara sebenarnya dan mungkin mereka juga seperti orang yang Kerislama nyatakan di atas.

Apabila Kerislama menuju ke negeri lain, kadar PERATUSAN RUMAH TINGGAL ATAU TERBIAR amatlah rendah dan kebanyakan rumah-rumah Melayu di kampung masih lagi ceria, bersih dan mengandungi aktiviti pengusahaan. Pendek kata rumah-rumah di negeri selain Negeri Sembilan masih lagi bertunggu.

Di mana silapnya?

Apabila kajian diperincikan lagi, Kerislama mendapat ilham dan keputusan yang memungkinkan ia menyumbang kepada peratusan tertinggi masalah ini.

Pertamanya adat yang diamalkan tidak mencerminkan sifat adat itu sendiri. Sikap muafakat yang ada dalam pepatah pepatih Negeri Sembilan tidak lagi diamalkan sepenuhnya, malah hilang sama sekali di telan zaman. Perbalahan antara adik beradik dan saudara mara ke atas perebutan tanah ini semakin ketara apabila ke generasi seterusnya. Mereka tidak mahu mengalah dan menggunakan istilah "Biar mati anak jangan mati adat" untuk mempertahankan maruah diri. Mereka sanggup membiarkan tanah dan rumah usang begitu sahaja asalkan hati mereka puas dengan perbuatan yang salah dilakukan.

Kajian juga mendapati ketua-ketua adat atau buapak-buapak tidak memainkan peranan seperti yang diselaraskan di dalam pantun adat, "Muafakat membawa berkat". Mereka sendiri jahil tentang adat istiadat dan hanya memahami sebahagian sahaja adat perkahwinan dan perpisahan. Malah mereka ada yang tidak mengetahui cara-cara pengurusan urusan adat anak-anak buah mereka.

Ketiga, Kerislama mendapati orang-orang Negeri Sembilan atau pengamal adat tidak memahami sepenuhi istitusi adat dan mereka menganggap adat pepatih banyak membebankan diri mereka serta ia tidak perlu diamalkan di zaman Internet ini. Cerdek pandai telah melupai asal usul mereka sehinggakan ada diantaranya tidak mengetahui suku yang mereka asali. Orang-orang Negeri Sembilan hanya mengetahui diri mereka adalah orang Negeri Sembilan dan bukan orang Negeri Beradat.

Keempatnya, Kerislama menerima banyak pengaduan bahawa adat pepatih telah dicemari dan bertentangan dengan hukum syarak dan syariat Islam. Kerislam tidak berpendirian seperti mereka. Sebenarnya hujah mereka ada benarnya kerana adat yang diamal dan teramal sekarang ini banyak yang telah lari dari cara adat istiadat yang berlandasan syarak seperti yang dinyatakan oleh adat itu sendiri, "Adat berlandasan kitabullah".

Kajian-kajian lain masih belum dapat dipastikan lagi kesahihannya, memandangkan kebenaran fakta belum lagi dapat diproses. Sebahagiannya mengatakan orang Negeri Sembilan lebih suka merantau dan ini selaras dengan hakikat orang-orang minangkabau (lelaki) suka mencari rezeki ke luar daerah(tanah mereka) sehingga perubahan ini ketara berkitar dengan zaman sains dan teknologi.

Walau apa pun alasan melalui kajian ini, Kerislam masih mencari dan berusaha agar mendapat jawapan yang lebih jitu kenapa fenomena ini pantas berlaku menjelang 2020 atau pada satu masa nanti tanah adat ini akan tidak lagi mempunyai tuannya dan kembali semula ke pihak Lebaga Adat Negeri Sembilan.

Saya memohon pandangan para cerdik pandai untuk melemparkan buah fikiran, adakah kajian saya ini sesuai diberi perhatian sewajarnya oleh pihak berwajib.

Wassalam Kerislama...