Saturday, July 24, 2010

Tarbiah Buat sahabatku UMNO- Siri 1



Oleh : Keris UMNO lama

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

UMNO adalah sebuah parti terbesar yang mempunyai ahli yang cukup ramai. Semenjak ianya ditubuhkan pada 1946, keahlian UMNO bertambah dan bertambah sehigga mencecah jutaan orang yang terdiri daripada orang-orang Melayu berwarganegara Malaysia. Pendek kata selagi orang itu berbangsa dan berbahasa Melayu bolehlah digelar orang UMNO. Tiada parti yang memartabatkan bangsanya kecuali UMNO (Teori UMNO).

Aku dilahirkan di dalam suasana cuaca dan darah keturunan UMNO. Kelahiran dan pendidikan dilingkungi oleh tatasusila UMNO semenjak tahun 60'an lagi sehinggalah aku disekolahkan pada 1969. Ayahku orang kuat UMNO. Gerak-geri dan tingkahl akunya adalah UMNO. Benci kepada bangsa lain pernah diluahkan dan sebut-sebut. Mungkin kerana ayahlah orang yang banyak membantu semasa perbalahan kaum 1969 secara tidak langsung di tempat kami. Aku sering mendengar cerita itu dari satu mulut ke satu mulut. Tidak hairanlah aku juga terikut-ikut dengan fahaman dan doktrin ayah serta beberapa pemimpin kampung ketika itu.

Dengan bersekolahkan Cina sehingga tahun 1979, aku banyak bergaul dan berurusan dengan kaum-kaum Cina dan India terutama keluarga-keluarga mereka. Pendek kata ayah tidak juga ada halangan dengan tingkah lakuku sehingga sanggup menghatar ku ke sekolah beraliran Cina. dan berkawan-kawan dengan mereka tanpa sangsi. Kenapa ayah bersifat sedemikian ayah tidak tahu. Kebenciannya sebelum ini kepada bangsa lain kenapa diterjemahkan sedemikian.

Di dalam kehidupan seharian ayah adalah seorang peniaga kedai runcit dan kopi, ayah banyak berurusan dengan orang-orang Cina sekitar daerah kami sehinggakan semua urusan perniagaannya banyak dipelajari dari kawan-kawan dan sahabat-sahabat Cinanya. Ayah menjadi terkenal dan banyak menimba ilmu perniagaan sehingga ayah mampu menguasai perniagaan bersama-sama mereka. Ayah dihormati setiap kaum dan dikenali di tempat kami kerana ketegasan dan ketekunan dalam perniagaan dan perhubungan.

Ayah masih orang UMNO...

Pendidikan amat penting buat kami sekeluarga sehinggakan aku dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi sehingga ke peringkat PhD di dalam bidang Teknologi Maklumat dan Multimedia.

Di kampus aku masih UMNO dan ketekunanku dalam politik aliran UMNO semakin menebal. Banyak kegiatan-kegiatan anjuran UMNO dan kerajaan aku sertai. Aku dimomokkan dengan dasar ke-Melayuan dan dasar kepentingan pemerintahan berdasarkan bangsa. Biro Tata Negara banyak mengajar aku apa itu Melayu dan ketuanan Melayu.

Persoalannya...aku tidak pernah disogokkan apa itu Islam dan Agama sehinggakan aku diserap masuk ke dalam sebuah kumpulan yang dilatih menjadi orang yang taksub kepada UMNO dan Melayu. Di dalamnya terdapat berbagai ceramah sehinggakan aku didedahkan dan dimomokkan dengan kebencian terhadap PAS dan DAP. PAS dan DAP digariskan sebagai penghancur negara malah sebaris dengan anggota komunis yang pernah menghancurkan negara (teori UMNO). Aku mulai naik muak dan merasa benci dengan cara mereka memomokkan ideologi ini kepada aku. Aku menjadi binggung sementara aku sendiri tidak kenal apa itu parti PAS dan DAP. Titik pertanyaan mula berdebat di dalam jiwa dan kotak kepalaku untuk mencari kebenaran kata-kata penceramah dalam Tatanegara itu.

Sekembali aku ke kampus aku mula mencari makna parti PAS dan DAP. Banyak juga buku-buku di perpustakaaan dan sahabat menjadi mangsa pertanyaanku. Sebagai pelajar yang ditanamkan fikiran terbuka akan menerima bermacam-macam hujag dan jawaban untuk setiap soalan aku. Aku masih binggung dan tidak mendapat jawaban yang kukuh.

Cuti semesta aku pulang ke rumah...Ayah masih UMNO..

Persoalan ini di ajukan kepada ayah. Ayah menjawab satu persatu dengan begitu ilmiah dan secara akademik. Aku tidak puas hati walaupun ada benarnya. Mungkin jawaban ayah adalah untuk memberi fahaman kepada ku sekadar akademik kerana anaknya seorang mahasiswa. Ayah tidak taksub kepada mana-mana parti tetapi sekadar menceritakan maksud dan takrif sahaja setiap persoalan berhubung parti.

Cuti masih panjang...tahun 1985/86..

Sebagai peniaga kedai runcit dan kedai kopi, aku sering membantu menjaga dan melayan setiap pelanggan. Kedai kampunglah katakan. Lebih bersembang daripada minum. Cerita politik dan hal-hal negara sering menjadi isu ketika itu. Di antara pelanggan yang datang setiap hari terdapat sekumpulan (2 ke 4 orang) sering datang ke warung ayah untuk berarapan dan minum petang. Mereka sering bercerita soal politik, kepentingan Islam dan parti-parti politik. Tidak ketinggalan PAS dan UMNO menjadi isu tajuk setiap perbualan. Aku semakin minat mencelah setiap kali mereka berbual bersama orang kampung. Ada yang marah dan ada yang sama-sama ketawa dengan kumpulan itu. Hujah dan penjelasannya cukup menarik minat aku terus mendengar.

Aku sering diajukan pertanyaan dan peroalan politik. Aku juga merasa kagum dengan kepetahan salahs seorang ahli kumpulan itu mejelaskan setiap pertanyaanku dan perbualan kami. Dia jarang sekali memberi komen yang buruk kepada UMNO atau PAS tetapi sering membuka pandangan dan persoalan untuk aku sendiri menjawabnya. Islam dan akudah dalam politik menjadi tajuk utama setiap perbualan.

Aku di ajak menyertai PAS. Aku terkejut dan tidak berkata apa-apa kecuali tersenyum. Ajakannya ikhlas serta penuh budi bahasa.

Aku bertanya ayah. Ayah menjelaskan dengan detailnya siapa orang itu. Aku terperanjat dengan penjelasan ayah. Kata ayah orang itu penjenayah negara. Pihak kerajaan telah menghukum mereka dengan cara buang negeri (tinggal sekitar yang diwartakan pihak polis). Pergerakkan mereka dipantau setiap hari. Entah berapa lama ia ditahan buang negeri aku tidak pasti.

"Kenapa orang seperti ini dihukum buang negeri dan dicop sebagai penjenayah?" Benak ini sering bertanya. Aku mengulangi pertanyaan kepada ayah apabila ada masa lapang. Akhirnya ayah memberi tahu satu persatu keperibadian dan maklumat orang itu.


Apa..ini ke Mat Sabu...!!!

Aku pernah ternampak dan terbaca berhubung dirinya dalam artikel dan akhbar di perpustakaan. Aku inginkan maklumat lanjut tentang dirinya. Oleh itu semenjak hari itu aku sering bersembang dan berbual tentang politik serta dirinya hampir setiap hari. Mungkin abang Mat Sabu masih ingatkan saya sekarang.

Abang Mat Sabu rupa-rupanya dihukum buang negeri ke Kuala Pilah, Kampung ku. Dia menoreh getah sebagai mata pencarian dan sedikit sebayak memberi ceramah untuk mengisi masa lapang. Kelompok inilah yang bertanggung jawab membuka mata aku tentang politik Islam.

Aku kembali ke kampus. Di kampus aku banyak berdiam diri terutama menyertai mana-mana aktiviti kampus termasuk anjuran mana-mana parti politik. Beberapa bulan selepas itu aku mula berjinak dengan orang-orang Tabligh dan Arqam dalam mendalami ilmu agama. Dengan cara ini aku lebih tenteram dan memahami lebih banyak persoalan yang aku tanggung selama ini. Aku tidak minat berpolitik sehinggakan di akhir tahun 1987/88 aku dilantik dalam satu badan agama (ABIM) sebagai salah seorang orang penting dalam melaksanakan Usrah dan aktiviti semasa. Di Pulau Pinang ABIM amat berpengaruh dan kuat kerana DSAI adalah President yang mampu melonjakkan pertubuhan ini ke tahap yang dibanggakan.

Aku dipengaruhi PAS. Sebahagian ahli di dalam ABIM adalah PAS atau cintakan Islam. Aku sering ke ceramah serta kuliah agama bagi mendalami Ilmu agama.

Al Marhum Yusof Rawa tidak jauh daripadaku ketika itu kerana aku sering ke rumahnya (Gelugor) bersama salah seorang keluarga angkat ku menziarahi mereka. Oleh kerana aku sering ke sana, aku merasa bodoh tidak mengambil peluang bertanya, menuntut atau bergambar bersama. Mungkin aku anggap Al Marhum sebahagian keluargaku dalam keluarga angkatku. Aku semakin kenal parti PAS dan aku semakin faham perjuangan mereka.

Bagi aku ia amat berbeza jauh jika dibanding dengan UMNO. Aku mula membenci doktrin UMNO kerana UMNO terlalu banyak mendominasi Melayu dan materialistik setiap perjuangan mereka. Aku tidak meyesal meninggalkan UMNO kerana UMNO masih ditahap lama. Aku berjanji ketika itu, aku akan kembali kepada UMNO jika mereka mendoktrikkan Islam dalam sistem kepartian mereka. Sehingga sekarang masih tidak berubah..

Aku kembali ke kampung..ayah tidak lagi dalam UMNO..

Aku kembali ke kampung dan ayah telah berubah..kini ayah ahli semangat 46. Bagi aku itu bukan perjuangan tepat. Ayah masih membisu dan sering melakukan kerja-kerja parti di bawah semangat 46 sehingga kalah tersungkur tidak beberapa selepas itu.

Ayah tidak berparti..

Inilah masanya aku cuba memberi penjelasan apa itu politik dan PAS aku jadikan modal dalam perjuangan ini. Ayah tidak banyak bicara kecuali membiarkan aku berlalu melalui hidup seperti sekarang. Aku tidak banyak membantah apa fahaman ayah ketika itu walaupun hampir seluruh keluarga telah menyokong PAS dalam politik negara. Ibu mengikut sahaja apa kiblat ayahku. Akhirnya pada awal 1990, ayah melakukan kejutan dengan melakukan ceramah terbuka oleh PAS di kediaman kami di Juasseh. Aku terkejut dan kagum dengan pendirian ayah. Sejak dari itu aku terus berjuang sekeluarga dalam wadah Islamiah dan memartabatkan Islam adlam politik.

Bicara UMNO ini akan di sambung di keluaran akan datang....

Wassalam..

Keris UMNO Lama..


1 comment:

Anonymous said...

teringat kek aruah Pakcik Asan..dio sorg yo yg nyokong PAS kek kg kito maso dedulu...