Monday, July 26, 2010

Tarbiah Buat sahabatku UMNO- Siri II



Oleh : Keris UMNO Lama

Anwar adalah Idola ku semenjak beliau memegang jawatan President ABIM. Kehebatannya terserlah semasa memegang tampuk pimpinan peretubuhan yang agak libral Islamicnya. Kepercayaan orang-orang Melayu dan Islam semakin yakin terhadap kepimpinan DSAI ketika itu.

Aku tidak terkecuali menyokong dan terikut-ikut akan tarbiahnya dan mungkin kerana ramai ahli-ahli PAS ketika itu adalah pengikut setia DSAI.

1980 an, aku dikejutkan dengan penyertaan Anwar ke dalam UMNO. Di dalam UMNO DSAI begitu lantang menyuarakan pandangan beliau terutama menyelar parti-parti lawan ketika itu. Aku menjadi berbelah bahagi terhadap sokongan ke atas parti politik ketika itu. Akhirnya aku mengambil jalan tengah, menyokong PAS kerana Islamicnya dan memandang UMNO kerana niat DSAI berniat memperbetulkan UMNO dari dalam. Aku tunggu dan lihat sahaja. PAS ketika itu semakin longgar sokongannya daripada rakyat. Ramai diantara kawan-kawan yang sama-sama di dalam ABIM terus tinggal bersama PAS dan ada yang mengekori DSAI ke dalam UMNO. Aku menetapkan diri bersama PAS walaupun aku jarang memberi sokongan padu terhadap PAS. Aku banyak berdiam diri. Jiwa seperti ini tidak kekal lama. Abang Mat Sabu banyak memberi peransang ketika itu melalui ceramahnya yang tidak ramai menghadirkan diri. Kekuatan aku terhadap PAS dan parti Islam bertambah kukuh dari hari ke hari.

Aku semakin yakin dengan PAS apabila kes DSAI disebarkan didada-dada akhbar dengan tuduhan yang tidak masuk akal. Politik semakin kucar kacir setelah DSAI keluar dari UMNO dan ditahan dipenjara. Semenjak itu dunia politik Malaysia semakin gawat dan aku beranggapkan pengaruh DSAI adalah penyebab berlakunya ketidak tentuan politik Malaysia. UMNO mula mengamok seperti sebelumnya. Rakyat mula memberontak dan semakin diajar kecerdikan berpolitik.


Aku melihat terlalu banyak faktor kenapa politik negara semakin menggila:

1. Kecelaruan UMNO dalam memerintah negara semakin terserlah.
2. DSAI merupakan individu yang boleh menggegarkan negara melalui kepimpinannya.
3. Kematangan rakyat dalam menilai tembelang UMNO yang pecah melalui beberapa pendedahan yang dibuat oleh parti-parti pembangkang ketika itu di atas kebocoran maklumat dari orang dalam UMNO sendiri.
4. Ketidak sediaan UMNO dalam menangani masalah rakyat dalam piliharaya. UMNO beranggapan telah selesa dengan doktrin yang dibawanya.
5. Terlalu banyak isu yang pecah semenjak keluarnya DSAI dari UMNO.
6. Kegagalan Tun Dr. Mahathir melihat dunia politik Melayu sebenar walaupun "The Malay Delema" menjadi tulisan beliau.

Aku yakin ketika itu bahawa UMNO akan pupus dari pemikiran rakyat. Melalui beberapa teori politik dunia, usia sesebuah parti tidak ada yang melebihi 50-60 tahun. Jika ada pun sekadar bonus di sebabkan tektik dan masa. Keyakinan aku terbukti apabila PAS semakin diterima rakyat. Beberapa cabang dan sayap PAS terbentuk dengan kehadiran beberapa ahli dari bukan Islam. Cina dan India semakin berani menunjukan sokongan kepada parti PAS yang seama ini dianggap sebagai parti komunis.

Kemenangan Kelantan dan terengganu semasa pilihanraya sebelum ini menyakinkan aku bahawa UMNO sukar kembali ke pucuk pemerintahan negara. Dasar UMNO yang tidak mahu berubah banyak meletakkan pemikiran rakyat jauh tinggal ke belakang. Isu dan isu dalam dan dalaman UMNO terbongkar satu persatu sehingga tidak dapat dikawal dengan mudah.

Generasi baru semakin membesar. Generasi ini yang mendapatkan pendidikan di universiti dan kolej banyak belajar tentang politik semasa. 60-80 peratus daripada mereka ramai yang menyokong dan beralih ke parti PAS dan pembangkang. Orang-orang Cina mulai sedar kepentingan mereka terabai semasa di dalam UMNO dan MCA. MIC tidak mendapat perhatian sewajarnya dari kepimpinan Dato Sri Samy Velu. Orang-orang Melayu semakin tersebit dengan permainan UMNO sendiri. Pemikiran terbuka rakyat mencetuskan satu kebebasan membuat pilihan tanpa gangguan dari mana-mana pihak kecuali segelintir rakyat yang dikawal rapi tanpa sebarang ideologi dibenarkan masuk. Mereka adalah dari golongan tua FELDA , FELCRA dan orang-orang kampung yang semakin mengurang.

Melihat kepada senario ini, aku semakin yakin untuk terus berpolitik secara Islamic. UMNO ku pandang bukan lagi parti orang Melayu. Ia sudah menjadi parti kroni dan dipimpin oleh keluarga dari golongan bangsawan. Kekayaan negara menjadi milik mereka anak beranak dan kaum kerabat.

Aku mula berjinak dengan ceramah penulisan dan bloger. Melalui internet aku banyak menimba ilmu kepartian PAS dan kebrobrokan UMNO sejak tiga empat tahun ini. Usaha ku tidak lain hanya membantu Islam bertapak di negaraku. Aku tidak yakin adanya parti lain yang dapat/mampu mendirikan Islam di Malaysia terutama UMNO. DAP sudah lumrah sebagai parti yang tidak menyokong Islam kerana mereka bukan orang Islam. Aku yakin DAP dan parti lainnya bersetuju dengan corak pimpinan PAS berdasarkan permuafakatan. Melalui pemuafakatan Pakatan Rakyat, kesemua parti ini bersetuju ingin melahirkan negara makmur dan sejahtera di samping menghormati keperluan bangsa dan agama lain.

Aku tidak lagi UMNO..ayah sudah tiada...

Aku mendidik anak-anak dan anak-anak bangsaku dengan memahami Islam terlebih dahulu. Aku sering memberi pandangan politik yang positif terhadap mereka. Melalui ceramah dan komunikasi ringanku, aku meletakkan Islam adalah parti yang sesuai memerintah negara ini. PAS ku jadikan asas perjuangan dan bahan cerita di mana sahaja.

Sejak akhir-akhir ini kehidupan aku semakin berani menentang ketidak adilan dunia politik. Aku sering menyerang UMNO, individu dan mana-mana organisasi dan pertubuhan yang cuba melekehkan Islam di negara ini. Samada secara menulis atau berhujah aku akan tentang habis-habisan membantu PAS menegakkan negara berasaskan Islam dan keadilan.

Keyakinan aku terhadap Parti Keadilan semakin kukuh apabila cara pemerintahan beberapa negeri menunjukkan prestasi cemerlang seperti di Kelantan dan Kedah. Walaupun terdapat beberapa ahli partinya keluar dari Keadilan namun itu ku anggap sebagai mainan politik kotor yang ditaja oleh UMNO sendiri. Aku yakin dan bertambah kukuh keyakinan aku bahawa UMNO tidak mampu kembali ke jalan benar selagi ia tidak menampakkan perubahan ke arah kebaikan untuk rakyat. UMNO cuba membakar fikiran rakyat melalui teknik dan fahaman yang sama seperti mereka berkuasa dahulu. Tektk ini menjadikan rakyat begitu jemu dan inginkan perubahan segera demi menyelamatkan negara.

UMNO sebuah parti orang Melayu. Parti ini menjadi pemimpin kepada parti-parti komponennya, MCA dan MIC serta parti-parti kecil lainnya. Usia yang terlalu tua boleh melanbatkan setiap langkah pergerakkan dan besar kemungkinan komponen lain tidak lagi bersetia seperti dahulu.

Rakyat Cina tidak akan memilih MCA dalam jangmasa terdekat ini. Orang-orang India menunggu kepimpinan Dato' Sri Samy Value tersungkur menggantikan orang yang lebih muda dan berkaliber.

Akhir kata UMNO kembalilah ke pangkalan jalan jika ingin berjaya seterusnya. Seperti kata Dato' Nik Aziz...

"Jika UMNO kembali mengamalkan Islam dan inginkan Islam, PAS boleh dibubarkan bila-bila masa".


Sekian dan salam sejahtera..

Keris UMNO Lama....

No comments: