Tuesday, July 20, 2010

UMNO dan Dalang Segala Isu


Oleh : Keris UMNO Lama

Sehingga kini Kerislama sering mendapat pandangan dan hujahan berhubung jalinan persefahaman atau penggabungan UMNO-PAS dalam urusan politik negara terutama usaha menyatukan semula orang-orang Melayu dan rakyat negara ini. Usaha ini dicetuskan sekali lagi setelah sekian lama terdiam mungkin disebabkan adanya perkara-perkara lain yang penting dan berkepentingan harus diberi perhatian.

Tidak semena-mena isu ini ditumbulkan kembali dan kembalinya isu ini amat berlainan sekali ceritanya dan pergolakkannya. Isu Melayu dan agama dijadikan sandaran dalam persefahaman ini nanti.

Beberapa pemimpin kedua-dua parti melontarkan pandangan dan telahan demi menghidupkan semula rundingan ibarat rundingan Hamas dan Palaestin yang tidak mudah di meterai. Walaupun Hamas dan Fatah amat berlainan bangsanya tetapi kedua-duanya sama sahaja tujuan seperti rundingan UMNO-PAS sekarang.

Saya menjangkakan rundingan ini amat sukar dimeterai kerana terlalu banyak halangan yang harus dan wajib dilalui kedua-dua pihak. UMNO memerlukan kata syarat PAS yang inginkan Islam sebagai asas rundingan dan PAS memerlukan kata syarat UMNO yang belum lagi dikemukan sehingga sekarang ini. Besar kemungkinan kata sayarat UMNO kepada PAS itu tidak mungkin disetujui oleh PAS dan UMNO tidak berani untuk menyarankan syarat yang akan memalukan diri sendiri. UMNO bukanlah inginkan sangat syarat yang diberi PAS tetapi sekadar mengangguk sahaja seperti pada 1970 yang dapat memerangkap PAS dalam pakatan yang akhirnya ditendang jauh tanpa kesihan. UMNO lebih mementing wang ringgit dan kepentingan politik individu daripada kepentingan negara. Tidak kira dengan siapa UMNO akan bergabung yang penting dapat menyelamatkan UMNO itu sendiri dari kalah dalam PRU13 nanti atau tidak mendapat kepercayaan dari ahli UMNO dan orang Melayu sendiri.

PAS boleh mendabik dada sekarang kerana kekukuhannya berdiri di samping sahabat pakatan terutama DAP dan KEADILAN. PAS ada banyak pilihan dan pilihan yang utama adalah bersama PR yang telah termetrai perjanjian beberapa bulan lalu. PAS boleh berdiri sendiri tanpa sebarang bantuan dari parti lain. PAS sudah biasa berdiri sendiri kerana kepentingan PAS bukan ingin negara tetapi inginkan menegakkan Islam dan sistem ekonomi Islam. Hampir 50 tahun PAS berdiri sendiri dalam meperjuangkan Islam dan Parti. Tidak satu pun mana-mana parti lain membantu dalam mencapai objektif mereka sehingga PAS dipergunakan pada awal tahun 70 an' tetapi dikhinati dengan hinanya oleh UMNO ketika itu.

PAS kini bangkit dan bangun dengan wadah yang amat berlainan. Parti ini telah mendapat kepercayaan kukuh daripada bangsa dan agama lain terutama Cina dan India melalui tertubuhnya sayap baru dalam PAS. Sayap ini banyak membantu menaikkan kredibiliti PAS sebagai parti pilihan selepas UMNO/BN.

Tohmahan dan fitnah mengatakan PAS tunduk kepada DAP atau bangsa lain salah sama sekali. Agenda ini adalah agenda UMNO yang sakit semenjak PRU12 lagi. UMNO sering mencari idea bagaimana ingin mereka cipta cerita untuk memusnakkan PAS. Fokus utama adalah memecah belahkan ahli-ahli PAS yang agak sukar digoncang. Berbagai isu dilemparkan dan dikaitkan satu persatu. Isu balak, isu perbalahan ulama dalam PAS, isu sumpah ahli, isu Nik Aziz dan keluarga dan sebagainya. Dan percayalah UMNO akan mencari isu baru untuk dijadikan bahan akhbar demi kepentingan UMNO sendiri. Niat jahat ini akan sentiasa mekar di diri pemimpin UMNO selagi tidak mendapat mandat dari rakyat sehingga PRU13.

Saya mencadangkan perbalahan ini boleh diselesaikan jika beberapa syarat yang mungkin saya utarakan dan telah pun dicadangkan sebahagiannya ini dahulu diikuti UMNO dan BN:

1. Pastikan setiap sen Royalti Minyak Kelantan dan Terengganu dibayar secara Royalti tanpa terhutang termasuk penyelesaian semua tunggakan terdahulu.
2. Kembalikan Perak kepada rakyat dengan mengadakan semula Pilihan Raya Kecil atau Negeri.
3. Membenarkan/Meluluskan kanun hukum Hudud dan Kisas di Kelantan dan Terengganu yang telah diluluskan melalui DUN mereka sebelum ini.
4. Memansuhkan ISA(akta keselamatan dalam negeri) tanpa sebarang syarat atau diperbincangan melalui permuafakatan bersama secara adil.

Mungkin syarat-syarat ini sukar bagi UMNO untuk melunaskannya kerana terlalu banyak kepentingan individu dan kelompok tertentu tergadai. Oleh itu eloklah UMNO memberi cadangan yang sesuai dengan kehendak PAS atau duduklah berbincang sebagai jalan penyelesaian.

Seperti kata Ketua Pemuda PAS, Ustaz Nasaruddin menyarankan agar UMNO sendiri masuk ke Pakatan dan berbincang bersama jika demi Bangsa dan Negara atau demi Agama dan Melayu. Rasa Kerislama ia lebih afdal dan jitu sekali caranya. Kalau benar-benar UMNO berkepentingan hanya untuk rakyat, negara dan agama melalui konsep 1Malaysianya, inilah peluang UMNO menunjukkan jasa kepada rakyat.

Sebagai rakyat Malaysia apa juga kebaikan dan tujuan yang murni untuk mereka sudah tentu akan disokong sepenuhnya kerana Malaysia memiliki rakyat hati yang murni, inginkan kedamaian dan keselesaan hidup. Pesanan Kerislama agar UMNO tidak lagi mengadu domba dan mereka cipta isu baru meruntuhkan negara dan agama.

Sekian terima kasih...dari Keris UMNO Lama..

No comments: