Friday, May 21, 2010

UMNO dan Judi


Assalamulaikum w.bt.

oleh : Keris UMNO Lama
lamakeris@yahoo.com


Jauh di sudut hati dan terasa sayu apabila seorang yang bergelar Islam, Melayu dan hidup di Negeri Serambi Mekah menyokong permainan judi bola yang sah haram di sisi apa sekali pun. Samada menyokong atau buat-buat sokong tidak tahulah Kerislama kerana kedua-duanya tetap Haram dan Bersubahah.

Kerislama tidak dapat nak melihat pemikiran orang-orang UMNO ni terutama yang telah Islam bagaimana tidak dapat membezakan perbuatan yang baik dan dimurkai Allah. Jikalau Lim Kit Siang atau si Samy bersetuju tentang judi tak kisahlah, kerana mereka bukan Islam dan bukan Melayu pulak.

Kerislama kembali mempersoalkan bagaimana didikan UMNO dan tarbiah mereka kepada ahli serta menteri-menterinya tentang HALAL DAN HARAM ini dalam kehidupan Islam. Tidak disabitkan Islam pun judi banyak memusnahkan kehidupan sejak awal kewujudan manusia lagi. UMNO agak buta dan tuli apabila duit disebut dalam apa juga aktiviti. Menghalalkan yang HARAM dan mengharamkan yang HALAL menjadi mainan mudah bagi mereka.

Ingatlah wahai sahabat dan seagamaku, seksaan kubur itu benar, akhirat itu benar dan surga neraka itu juga benar. Lihatlah apa di hadapan kita sebelum melakukan sesuatu yang boleh merosakkan diri kemudian hari nanti. Kita ini tidak lama hidup di dunia, paling panjang sekali pun 70 tahu atau 90 tahun seperti Che Det kita yang dianugerahkan Allah umur panjang. Sekelip mata sahaja kita tua dan mati mengadap Ilahi. Oleh itu berfikirlah orang-orang UMNO dalam melaksana, mentadbir dan menguruskan negara ini. Jangan nanti Allah menurunkan bala yang teramat pedih bukan sahaja kepada orang UMNO tetapi kepada semua yang taat kepada Allah sekali.

Kerislama bekas ahli UMNO..

Semasa di dalam UMNO sejak awal lagi Kerislama sudah biasa dengan pemikiran dan dokterin di dalam parti ini. Sistem perlembagaan UMNO banyak menjurus kepada pemikiran duniawi dan menafikan Islam sebagai Addin pembimbing parti. Itu jelas apabila UMNO banyak memperlekehkan agama dan budaya di dalam parti. Hasil sistem perlembagaan ini mengahasilkan ahli-ahli yang berfikiran duniawi seperti Awang Adik, Tok Najib dan termasuk orang-orang UMNO terdahulu sehingga judi dan arak punca kehidupan mereka.

Adakah ahli-ahli UMNO sedar sebagai seorang yang memegang tampuk ke Islaman dan budaya Melayu kedua-dua perkara HARAM ini membinasakan diri dan keluarga! Adakah mereka sedar apabila matinya mereka kelak meninggalkan saham yang sentiasa menjerumus ke dalam neraka!! Dimana pemikiran bijak mereka dan mereka bukan orang-orang bodoh dalam pendidikan, cuma kekurangan pendidikan Islam dan pendidikan akhlak.

UMNO dilahirkan dengan dasar kebangsaan. Dasar kebangsaan tidak menjamin kesejahteraan umat dan bangsa sesuatu negara. Mahupun dunia dan akhirat dasar meterialism banyak menjerumus manusia ke arah kehancuran dunia dan akhirat. Berfikirkan wahai sahabat-sahabat UMNO ku, sebagai INSAn yang bergelar Khalifah di dunia ini berjalanlah dengan berpandukan Al-Quran dan Sunnah. Jadikanlah peraturan dalam Islam menjadi peraturan kehidupan seharian mahupun berpolitik atau di dalam kehidupan seharian. Berilah peluang kepada diri sendiri mengecap kehidupan akhirat yang sempurna dan diredhai Allah senantiasa. Ingat ALAM KUBUR, ingat DI PADANG MASYAR, ingat semasa meniti TITIAN SIRATULMUSTAKIM dan ingat NERAKA itu pedik siksaanya.

Sesungguhnya judi dan arak banyak membawa kemusnahan dan kehacuran. Semuga dengan catatan ringkas ini dapat memberi kesedaran kepada diri saya sendiri dan orang-orang UMNO yang sedarah seagama dengan ku..Amin

Keris UMNO lama..

No comments: