Thursday, May 20, 2010

Abang Bung Masih Ada Yang Sayang

Oleh : Keris Umno Lama
lamakeris@yahoo.com

Salah tetap salah. Salah hanya undnag-undang sahaja tetapi syaraknya lepaslah Bung. Perkara ini tidaklah sepelik mana pun dan merupakan tradisi di negara ini yang ingin berkahwin tanpa memberi tahu pihak yang berwajib terlebih dahulu.

Kerislama mendahulukan yang dahulu...

Bukan orang politik dan pembuat undang-undang sahaja yang buat kerja macam ini, pemain bola, peniaga ikan, Tok Ketua, penyanyi, Tan Sri dan tukang kebun pun ikut sama. Kerjanya bukan susah, cukup saksi dan syarat sahlah syaraknya. Kerislama bukannya ada muskil apa-apa. kenapalah Abang Bung susah-susah kawin sorok sedangkan Abang Bung tu Menteri dan pengubal undang-undang lagi. Mungkin undang-undang yang direka tak cukup menyebelahi dirinya. Susah nak dapatkan kebenara orang rumah lama. Nak balik rumah pun mungkin takut sebab rahsia dah pecah sana-sini.

Kerislama boleh terima juga apa yang bekas Tok Mufti cakap tu. Buat apa bising-bising pasal Abang Bung ni sampai bearak ke sana-sini. Mereka dah halal pun suami isteri, cuma yang bezanya melanggar sedikit undang-undang yang tidak melanggarpun syarak. Kenapa tidak dibuat demontrasi ke atas artis-artis yang berpelukkan dan telanjang sana sini yang jelas haram dan salah dari segi undang-undang manusia. Banyak filem-filem dan majalah-majalah yang memaparkan keaiban Islam dan tatsusila adat kita malah haram hubungannya. Kenapa NGO-NGO ini tidak bertindak waras membenteras gejala ini.

Kerislama kawin sambil larii...

Kalau benar-benar memperjuangkan wanita dan undang-undang, kenapa undang-undang Islam yang baik lagi mantap tidak ditegakkan. Cuba beri penjelasan baik buruknya bermadu atau indahnya bermadu dalam Islam. Beri penerangan ke atas kaum hawa mahupun kaum-kaum lain keindahan Undang-unang Islam dalam menegakkan kekeluargaan. Lebih mulia lagi NGO-NGO yang membuat demontrasi yang membuang masa dan pahala ini membantu kaum-kaum artis yang suka membuat maksiat di hadapan anak-anak setiap malam agar bertaubat. Gegarkan media elektronik dan cetak agar bertanggung jawab memaparkan gejala sosial yang tidak bermaruah ini. Keran merekalah maksiat semakin berluas-luasa dalam masyarakat kita.

Bukanlah Kerislama nak menyokong Bung Mokhtar. Setidak-tidaknya dia telah mendirikan masjid dan dia layak jadi imam solat cuma kerana dia lebih dari orang lain (bermadu) atau lebh AFDAL. Setidak-tidaknya dia cuba membimbing isteri barunya agar tidak terdedah sana dan sini lagi seperti sebelumnya. Bagi Kerislama, Abang Bung telah buat pahala yang sukar dibuat oleh orang lain.

Memadailah Abang Bung letak jawatan kalau ramai yang mendesak atau Abang Bung pertahankan diri bersama isteri. Tentu Abang Bung Boleh lakukan.

Di sini, walaupun Kerislama sering membangkang Abang Bung dalam politik tetapi Kerislama ingin menyokong tindakan Abang Bung dan Bekas Mufti yang kontroversi itu...

Salam dari Kerislama.

No comments: