Tuesday, May 11, 2010

Saiful Bkhari Tak Mandi Wajib.













Oleh : KerisUMNOlama

Sebut pasal mandi ada banyak mandi dan setiap perbuatan niat mandi itu berlainanlah hukumnya. Ada mandi sunat, ada mandi yang makhruh, ada juga yang harus kalau mandi dan mungkin terdapat juga satu-satu keadaan haram jika mandi. Cuma yang mandi wajib itu wajiblah kepada orang yang berwajib. Biasanya yang kerap mandi wajib hanya orang perempuan kerana mereka banyak masalah fizikalnya.

Orang lelaki bukan tidak ada masalah untuk bermandi wajib tetapi yang belum berkahwin tu mungkin kuranglah mandi wajibnya kecuali terdesak dan didesak. Kalau ada yang kerap mandi wajib bagi yang belum berkahwin maka banyaklah masalahnya atau dosanya mungkin bertambah.

Kerislama semua merasa jenis-jenis mandi..

Bercakap pasal mandi ada juga yang tidak tahu pasal pentingnya mandi dan tidak mandi ini. Contohnya Si Saiful Bukhari yang disebarkan seentero dunia bahawa dia tidak mandi pada yang wajib. Katanya dia tak pasti. Apa yang pasti dia telah diliwat tetapi tak tahu nak mandi wajib kerana mungkin dia lupa nak mandi. Atau Si Saiful telah lama tak mandi wajib, maka dia lupa cara mandi wajib selepas bersetubuh atau melakukan yang boleh mandi wajib. Baik betul budak ini kerana tidak pernah mengeluarkan air mani atau terkeluar air mani sepanjang bujangnya. Mungkin dia tidak pernah mimpi atau termimpi yang seronok. Ruginya dia.

Yang hairannya Si Saiful ni kuat ibadahnya sehingga hitam keningnya. Lima waktu tak pernah tinggal. Maka bersembahyanglah dia pada hari jumaat tanpa bermandi wajib kerana lelaki wajib bersolat jumaat dan dia tidak berapa pasti mandi itu wajib, maka bersolatlah anak adam dalam keadaan tanpa mandi wajib.

Kerislama mandi tiap pagi subuh jumaat...

Maka gelak gumpitalah rakyat mendengar pengakuan Si Saiful bersolat tanpa bermandikan wajib. Lima waktu bersolat pada hari itu tidaklah ia sah kerana tidak mandi lagi. Siapakah yang duduk disebelahnya semasa bersolat tak tahulah Kerislama, kerana orang itu tahan dengan baunya bagi orang yang tidak mandi.

Kerslama bingung pada Si Saiful yang kuat agamanya sehingga hitam keningnya. Kerislama tidak menolak tingginya ilmu agamanya kerana kuat beribadah sehingga tidak tinggal solatnya. Mungkin ajaran yang dipelajari tidak ada pada kita sebab itu dia hebat sehingga tak perlu mandi untuk bersolat. Mungkin tinggi pengajiannya.

Bila tidak mandi bermakna mungkin tidak beristinja atau membasuh duburnya kerana nak membuktikan pada doktor dia diliwat. Kalau mandi atau dicuci hilang bukti, susah para doktor nak mencari bukti. Dibawanya badan yang kotor itu ke klinik untuk mendapatkan bukti, maka tak perlulah mandi beberapa hari tetapi solat jangan ditinggalkan, pesan imamnya.

Malangnya Si Karpal Sing lagi faham hukum mandi wajib daripada Si Saiful walaupun Karpal Sing tak pernak mandi wajib. Malunya kita apabila hukum hakam mandi wajib mudah dibaca Karpal seperti seorang Ustaz mengajar hukum fardhu ain sahaja. Si Saiful terpinga-pinga menjawab dan menjadi bahan ketawa umum sedunia. Lebih baik Si Saiful belajar hukum mandi wajib dengan Si Karpal.

Bercakap soal diliwat secara rela atau paksa kedua-duanya haram. Rela bermakna hati menerima apa sahaja yang nak dilakukan, paksa bermakna menceroboh tanpa kehadiran hati. Bagi Kerislama rela atau tidak sama sahaja kedua-duanya buat maksiat. Malangnya yang diliwat tak tau nak mengelak dari diliwat, maka terlupa nak mandi wajib. Hukuman yang terbaik pulangkan kepada agama. Islam ada penyelesainya tetapi Si Saiful tidak mahu, takut lebih banyak perkara mandi akan dilakukan di sana. Dalam Islam eloklah mandi dulu sebelum menjalankan perbicaraan sebab banyak perkara agama yang akan disebut dan tak layak untuk orang yang tak mandi wajib menjawabnya terutama membaca Quran atau menyampaikan Hadis Nabi. Bukan tak boleh tetapi tak berapa elok. Dalam mahkamah orang putih buat apa pun boleh jalan.

Bagi Kerislama eloklah Si Saiful bertaubat dan kembali ke pangkal jalan.. lupakanlah habuan duit dari To Najib tu. Akhirat lebih pedih siksanya. Kalau benar sekalipun berlaku, pergilah ke mahkamah kita yang lebih adil dan telah tersedia hukumannya daripada Allah s.n.w. Kawinlah sebelum ada yang akan mengambil kesempatan meliwat anda. Susah lagi nak mandi dan bersolat..

Aminn...................

KerisUMNO Lama

No comments: