Friday, May 7, 2010

Senator Ehzam Semakin Bertuah

Mungkin inilah cita-cita Ehzam sejak beliau berada dalam UMNO semasa Datuk Seri Anwar masih di dalam parti BN lagi. Cita-citanya terkubur abapila bosnya dituduh meliwat dan ditendang dari kabinet Tun Mahathir. Ehzam mengekori bosnya agar dengan mudah akan dapat memegang jawatan yang lebih baik apabila DSAI menjadi PM. Tetapi hasrat ini terkubur dan amat lambat sehingga menyinggung kesabaran Ehzam menanti jawatan orang besar dalam kerajaan. Daripada kompunan tidak berasa langsung maka Ehzam membinalah haluan sendiri lari membawa kain baju pulang ke janda lama.

Keris lama suka Janda Baik..

Maka jadilah dia Senator yang memang layak untuk dia, katanya. Usaha pertama telah berjaya dan menunggu usaha berikutnya, Manalah tahu ada isu kotak lain atau rasuah yang dapat membantunya membodek bos barunya ini duduk bersebelahan satu masa kelak.

Semasa di dalam PKR, UMNO ditelanjangkan satu persatu. Agar tidak keterlaluan Ehzam mencuba nasib menjaja perkara-perkara yang boleh laku seperti menjual baju Bundle di pasar malam. Paling tidak dapat duit modal pun tak apa. Bagaimanakah Ehzam menempelak Tun mahathir dan rasuah yang dilakukan. bagaimanakah beliau menelanjangkan Najib dalam mana-mana sesi ceramah yang dihadiri. Dia begitu lantang menentang rasuah yang dilakukan UMNO sehingga UMNO tiada ruang untuk berhujah ke atas desakkan yang dilakukan. UMono


No comments: