Monday, May 3, 2010

Kisah Dan Tauladan Orang Malaysia.

Tidak banyak cerita parti selepas piliharaya H Selangor yang lalu. Tiba-tiba cerita dan tohmahan tenggelam secara mendadak. Yang tinggal cuma degusan dan cemuhan dari parti yang kalah. Kepada parti yang menang mereka begitu bangga dan ego di atas kemenangan yang tidak berapa menang.

Kerislama pun macam tu juga, tidak banyak nak ditiliskan kerana selepas pilihanraya HS tidak sesiap yang ingin melayan tulisan Kerislama kerana pihak sebelah sana sudah menutup banyak FB dan blog mereka dan tidur dengan sombongnya. Yang ada cuma satu dua yang hidup diatas pagar atau mungkin baru nak belajar berjinak-jinak dengan FB.

Kerislama menilai kembali piliharaya yang lalu. Memang rata-rata rakyat juga menjadi korban diatas penipuan yang dilakukan. Semua janji manis semasa berkempen tidak lagi ada bunyinya, malah tidak banyak yang tertunai janjinya. Kalau ada pun ditarik-tarik mungkin untuk pilihanraya akan datang. Malangnya lagi rakyat dinafikan hak mereka dengan mengubah cakap janji semasa pilihanraya. Berita di dada akhbar dan peti television gamat menyiarkan hal cerita baru pula, kisah tembah menembak dan kisah pengkhinatan negara oleh pemimpin UMNO. Rakyat telah pun diperbodohkan oleh pemerintah.

Melalui berita yang disiarkan dalam media utama cerita lama terkubur begitu sahaja. Harapan agar ia dapat ditarik akan masalah ini sehingga ke pilihanraya akan datang. Tektik UMNO sejak 50 tahun dahulu tidak berubah malah bertambah rakus dengan menggunakan sebahagian peruntukan rakyat atau wang rakyat dalam piliharaya lalu. Seperti kisah peruntukan di Sungai Buaya. Apakah orang-orang Sungai Buaya telah buta dengan sumbangan wang yang diberikan UMNO itu adalah wang anda sendiri! Sedarkan kes ini berlarutan sehingga hampir memutihkan mata dan kembali semula ke pilihanraya kali ini dengan menggulakan anda hanya dengan beberapa sen dari tuntutan itu? Tetapi kita tidak nampak kepintaran Barisan Nasional /UMNO memainkan perkara ini sehingga dalam sedar tidak sedar kita dimomokkan mengatakan sumbangan ini dari mereka. Adakah ia duit mereka? Adakah UMNO mempunyai wang sebanyak itu untuk diberikan begitu sahaja?

Apakah kesudahannya setelah pilihanraya? jawapan ini ada pada orang-orang Sungai Buaya.

Perhatian dialihkan kepada kes Allayarham Adik Aminurashid yang mati ditembak semasa lari memandu bersama kereta. Berita ini menjadi tajuk utama akhbar. Berita ini menghangatkan parlimen buat seketika. Selesai atau tidak kes ini kita lihat dan tunggu. Bagi Kerislam kes ini samalah seperti kes-kes yang lain, berpanjangan sehingga piliharaya akan datang. Entahlah! Kerislama hanya ber Astaghfirullah sahaja..

Kini timbul pula kes pengkhianatan negara/kerajaan ke atas tanah jajahan yang diserahkan kepada Brunei. Kes ini adalah kes pengkhinatan tertinggi negara yang dengan mudah melalui parlimen menyerahkan negara ke tangan asing. Maruah dan air muka tidak dapat ditutup dengan tapak tangan lagi. Nyirupun dah banyak berlubang untuk ditutup. Apakah ini salah satu lagi kaedah negara mendapatkan sumber kewangan atau ada individu sendiri cuba mengaut keuntungan secara terancang? Persoalan ini belum dapat Kerislam ungkai kerana tidak tahu hujung pangkalnya cerita. Mungkin YB di dalam BN/UMNO lebih maklum perbuatan mereka.

Esok lusa belum tentu apa cerita. Piliharaya di Sabah yang tidak berapa lama lagi, senyap dan sunyi. Mungkin tidak mendalamkan air jika ia diwar-warkan atau untuk berkempen. BN tidak banyak berita utama dalam akhbar atau media elektronik tentang pilihanraya ini. Yang ada cuma cerita orang Cina lawan orang Cina, yang menang orang Melayu. BN diyakini sukar mengekalkan piliharaya di sana sebab DAP lebih memhami hati rakyat berbanding orang BN di sana. rata-rata kekuatan BN mula terancam, jika tindakan drastik tidak diambil. Curahan 100 juta harus juga dilaksanakan di sana jika ingin menang seperti di HS. Kalau tidak berputih mata BN. Walau apa-apa pun keputusan akan ditentukan nanti.

Kerislama tidak banyak coretan kali ini sebab kesedihan yang menimpa Adik Aminurashid amat menyinggung hati. Sedih kerana dia 15 tahun. Kedua kerana dia masih bersekolah. Ketiga tuduhan penjenayah amat memalukan keluarga dan masyarakat Malaysia.

Pendek kata,,"Pikir-pikirlah sendiri". Wassalam..

Keris UMNOlama..

No comments: