Tuesday, August 3, 2010

Buat Pemuda Seperjuangan...



Oleh : Keris UMNO Lama.

Semasa Kerislama remaja lagi, Kerislama telah terpikat dengan Parti Islam PAS melalui ABIM (Angkatan Belia Islam Malaysia). Sebagai pelajar, terlalu banyak godaan dan cabaran memulakan langkah memilih wadah perjuangan hidup. Kerislama memilih politik sebagai kegiatan sosial pada peringkat awalnya tetapi setelah sekian lama berkecimpung dalam beberapa pilihanraya Kerislama mula bergiat cergas membantu perjuangan parti. PAS dipilih berdasarkan fahaman yang dibawa disamping kekuatan tarbiahnya terhadap masyarakat.

Semasa melayari internet dan berbual bersama remaja Pakatan Rakyat terutama remaja yang menyokong PAS, ramai di antara mereka istiqamah di dalam perjuangan parti. Kerislama hairan kenapa mereka terlalu taksub bersama PAS tidaklah diketahui pada awalnya.

Setelah diselidik, ramai di antara mereka adalah dari keluarga yang memang telah menyokong PAS atau kecewa dari perjuangan parti lama mereka iaitu UMNO. Penyelidikan diteruskan untuk melihat dengan lebih dalam persoalan remaja di dalam PAS dan Pakatan Rakyat.

Usia remaja terlalu awal untuk membuat keputusan berpolitik. Di negara ini, politik bukanlah stu wadah perjuangan kepada remaja. Apa lagi di zaman sains dan teknologi ini. Seperti remaja lain mereka astik dibuai keseronokan melayari zaman remaja mereka. Mereka ini Kerislama panggil Pejuang Muda. Pejuang muda banyak memberi sumbangan kepada parti sejak akhir-akhir ini. Kerja-kerja parti yang melibatkan teknikal dan tenaga dilakukan oleh mereka dengan cukup ikhlas tanpa dibayar sebarang imbuhan kecuali makan minum yang disediakan parti. Jikalau tidak ada imbuhan makan dan minum mereka redha dengan apa yang ada.

Kerislama terharu juga melihat perkembangan ini. Semasa Kerislama remaja tidaklah seperti kalian. Kerislama hanya menyokong dan tugas teknikal banyak dilakukan oleh orang parti dalaman yang kukuh menguruskan parti. Jantan hanya pemerhati dan penyokong dari luar parti ketika itu.

Untuk terus bersama parti, tekad dan kesabaran diri harus di letakkan di atas sekali. Perlu diingat, di dalam PAS tidak seindah berada di dalam UMNO. Di dalam UMNO semuanya berbayar dan dibayar. Tiada percuma di sana. Kalian sekarang berada di dalam parti yang meperjuangkan Isla dan keadilan untuk semua. Negara menjadi sasaran kita. Oleh itu, setiap tohmahan dan fitnah serta ujian haruslah dihadapi dengan sabar. Jangan goyah dengan tawaran dan jolokan dari luar terutama UMNO.

Untuk kekal di dalam parti, banyakkan bergaul dengan orang-orang berilmu terutama tentang keIslaman. Hadir di ceramah-ceramah umum untuk mengukuhkan lagi kefahaman tentang Islam dan parti. Sebagai orang lama, Keris UMNO Lama ingin memberi saranan berikut kepada remaja dan adik-adik yang cintakan Islam melalui parti PAS.

1. Jangan berhujah perkara yang boleh merosakan aqidah bersama orang UMNO kerana mereka ramai yang kurang memahami persoalan agama.
2. Hadir dimajlis-majlis agama dan ceramah disamping mengadakan banyak usrah untuk memperkukuhkan lagi iman dan fahaman tentang agama Islam.
3. Ikat hubungan silaturahim bersama Islam dan bukan Islam dengan berhemah terutama orang-orang UMNO. Jangan sesekali mengherdik dan mencaci mereka kerana mereka belum memahami apa itu perjuangan dalam Islam.
4. Jangan berhenti memberi penjelasan apa itu PAS dan apa itu politik di dalam Islam walaupun ia amat pedik jika difitnah kembali.
5. Elakkan membaca surat khabar yang banyak menaburkan unsur fitnah dan pembohongan seperti Utusan Malaysia dan Berita Harian kecuali keperluan Ilmu di bahagian-bahagian tertentu.
6. Hulurkan salam persahabatan dakwah semasa berurusan dan berkomunikasi bersama orang-orang bukan PAS dan jangan lari dari mereka, kerana mereka memerlukan maklumat kukuh dari luar parti mereka.
7. Jangan tinggalkan sembahyang.

Adik-adik remaja ku sekelian,

Kerislama pernah mengalami semua perkara yang membolehkan Kerislama akan kembali ke pangkuan UMNO. Kerislama bernasib baik kerana Kerislama berada di kampus yang banyak memberikan tarbiah dan usrah kepada kami suatu masa dahulu. Tanpa AUKU kami bebas menimba ilmu politik terutama anjuran Mahasiswa dalam mengadakan debat perdana ketika dahulu. Melalui inilah Kerislam masih tetap berada dalam PAS.

Pesanan dari Kerislam kepada adik-adik remaja di dalam PAS, teruskan perjuangan kalian dan berilah komitmen yang jitu, Insya Allah, Allah akan membalas usaha kalian dengan janji syurganya yang dikelilingi oleh bidadari impian kalian.

Sekian dan salam dari Keris UMNO Lama.

No comments: