Wednesday, August 4, 2010

1Malaysia


Semasa Tun Mahathir melancarkan wawasan 2020 tidak ramai yang membantah. Jikalau adapun hanya segelintir orang-orang UMNO yang tidak sebulu dengan beliau atau tidak mendapat sebarang projek daripada kerajaan. Kerislama hanya diam dan membisu disamping kecil hati berkata "bijak juga orang tua ini".

Sebagai penjawat awam di kerajaan, Kerislama menurut apa yang diwar-warkan oleh Tun. Pembangkang juga tidak ramai yang membuat bangkangan kerana di kepala mereka banyak kemungkinan kebaikan yang ada di dalam rancangan Tun.

Sebagai orang yang mengamalkan motivasi dan moto-moto seperti ini, Kerislama banyak keyakinan apa yang dibawa Tun. Setidak-tidaknya ia menagetkan sesuatu yang cukup signifikan dengan minda manusia. Malaysia yang baru ingin membangun ketika itu, memerlukan orang yang berfikiran seperti ini untuk memajukan negara. Bagi Kerislama ia tidak menganggu ketenteraman negara dan rakyat kerana ia hanya sekadar slogan yang positif yang boleh diambil oleh sesiapa sahaja bangsa dan kaum di negara ini.

Satu-satu slogan sebegini diperkenalkan termasuklah "Pandang ke timur", "Malaysia boleh" dan sebagainya, membuahkan hasil yang cukup baik pada dasarnya. Tetapi terlalu banyak tangan-tangan yang kotor di dalam kerajaan membuatkan ia kurang sambutan walaupun kebanyakan rakyat tidak membatah secara total. Rakyat Malaysia menerimanya dengan hati terbuka dan terpulang kepada sesiapa sahaja tanpa menganggu fikiran dan mencetuskan pemikiran negatif.

Apabila 1Malaysia diperkenalkan slogan Cemerlang, Terbilan dan Gemilang oleh Tun Ahmad Badawi dicampak ke tepi dan tidak ada kedengaran lagi setakat ini. Tentu sahaja kecil hati Tun Ahmad Badawi berkata, Kurang ajar budak ini". Bagi Kerislama kuasa penentu segalanya.

1Malaysia menjadi slogan baru rakyat negara ini dan telah membelanjakan berjuta-juta ringgir hanya mempermosikan slogan ke seluruh negara. Heboh dengan ciplak dan saduran dari 1Israel, timbul pula rungutan dari beberapa kerat orang kuat UMNO yang tidak setuju dengan 1Malaysia. Setakat pembangkang telah lama dipertikaikan dan masih ada di mahkamah. Alih-alih Tun Mahathir bersuara dan mendapat sokongan dari Timbalan Perdana Menteri bahawa 1Malaysia tidak berjaya menyatupadukan rakyat berbilang kaum.

Kerislama hairan juga akan sikap Tun Mahathir yang cuba mengagalkan usaha pengantinya dan malah menghasut si Timbalan Perdana Menteri menyokong apa yang dicakapkan. Orang Cina dan India tidak lagi percaya akan slogan PM. Kenapa tidak setuju tidaklah diketahui Kerislama. Mungkin bukanlah kerana 1Malaysia sangat, ada perkara lain berkaitan yang dikaitkan dengan Tun Mahathir. Setahu Kerislam banyak kejadian yang boleh dikaitan bersangkutan Tun Mahathir dengan mereka yang menentang wawasan 1Malaysia.

Kenapa gagal wawasan 1Malaysia ini banyak sebabnya. Mungkin ketidak ikhlasan Najib dalam melaksanakannya satu sebab juga. Buat tidak memikirkan apakah hala tujunya. Tidak terancang. Malah dengar kata bukan dia yang buat, dibeli dari luar negara, negara yang kita kutuk itu. Kalau tak belipun ditiru. Mustahil nak tiru sebab slogan ini telah pun dipaternkan awal lagi. Barang yang dibeli tak tahu nak pakai payah juga. Elok buat sendiri, tahu apa salah silapnya.

Kerislama dah lama guna barang beli, banyak yang tak betul...

Dato Sri Najib bertambah binggung sekarang. Dengar cerita banyak sangat orang dalam menentangnya termasuk si Timbalan. Kalau dipandang secara kasar tidaklah ada lawannya si Timbalan. Tetapi bila dah tak ada depan mata, macam-macam ngumpat dibuat kepada ketuanya. Biasalah bos tak ada di pejabat, hiruk pikuklah jadinya satu office. Ada yang cakp bos baik, ada yang berbisik mengatakan bos tak guna dan ada juga terang-terang menjerit mengatakan bos patut disingkirkan. Tok Najib mungkin banyak masalah dan eloklah jaga rumah tangga tu dulu sebelum mengata jiran sebelah.

1Malaysia dah lebih setahun. Dari 1Malaysia dikembang kempiskan kepada bermacam-macam satu lagi. 1Pendidikan, 1Ibadah, 1Saham dan berbagai-bagai satu. Kerislama tahu mereka itu bukan nak buat satu tu sebenarnya, nak duitnya. Macamlah kawan kita tu, buat 1Tabung Haji, rupa-rupanya nak kebas duit tabung di dalamnya.

Kerislama takut ada menjadi 1Penyamun...

UMNO harus melihat lebih jauh lagi sebelum 1Malaysia diperkenalkan. Terima ke tak terima rakyat harus diberi perhatian serius. Perkara seperti ini banyak yang perlu diambil kira. Rakyat berbilang kaum melihat apa terjadi setelah itu. Adakah menguntungkan rakyat atau sebaliknya. Rasanya slogan 1Malaysia apabila dibangkang dengan serius adalah yang tak kena. Bukan PAS sahaja yang membangkang, orang UMNO dan parti komponen BN pun turut mencemuh secara diam. Macam Bahasa Inggeri dalam Sains dan Matematik. Kerja ini kerja Tun Mahathir yang gagal di hati rakyat. Bukan semua berjaya. Kalau rakyat tak nak, buang sahaja.

Mungkin juga presepsi bangsa lain terguris apabila 1Malaysia banyak menguntungkan satu-satu kaum dan menguntungkan orang atasan. Tidak ada pun 1 Malaysia dapat membawa perubahan setelah setahun ni. Ada juga kemungkinan kenapa sekarang slogan seperti ini diwar-warkan setelah BN/UMNO kalah dalam PRU12 dulu. Kenapa tidak sebelum ini. Adakah UMNO /BN buta apa sebenarnya jadi pemerintah. Setakat rakyat nak didulukan seharusnya sebelum merdeka lagi perkara ini diberi perhatian.

Islam itu baik dan mengajar semua perkara untuk kebaikan. Pentadbiran yang dinyatakan dalam Islam tidak membezakan warna kulit dan rupa. Islam telah lama mengutamakan ummah dan menjadi amanah kepada pemimpin menjaga kebajikan rakyat. Kenapa sekarang UMNO beria-ia mahukan rakyat diutamakan? Kesilapan ini amat terasa di hati rakyat malah banyak yang menyindir To Najib memerintah negara.

Kerislan berharap Dato Sri Najib banyak berfikir dan meneliti kembali tujuan menjadi pemimpin nombor satu. Banyak risiko dan tanggungjawab. Ke Syurga atau ke Neraka pun mudah. Pemimpinlah yang didahulukan oleh Allah untuk dipersoalkan kelak..

Sekian dan salam bahagian..Keris UMNO Lama..


No comments: