Sunday, June 27, 2010

Dr, Mahathir, sedarlah akan diri kita ada agama.

Assalamulaikum w.bt buat Tun Dr, Mahathir.

Aku sungguh bangga dengan kehebatan Tun Dr, mahathir dalam memacu negara ini sehingga menjadikan Malaysia sebuah negara yang cukup disegani semasa beliau menjadi perdana menteri. Ideologi da pembangunan negaa yang dilakukan membuatkan rakyat negara ini mengecapi kenikmatan hasil daripada pimpinan beliau sepanjang beberapa abad.

saya terpanggil untuk menulis dan memberi sedikit pandangan yang memungkinkan menyakitkan hati Tun sendiri atau sesiapa sahaja yang membacanya. Sebagai rakyat negara ini dan pernah menjadi penyokong terhadap kepimpinannya, saya harus ke depan menyatakan yang benar walaupun ia pedik sekali.

YB Tun,

Sedarlah bahawa kita beragama Islam dan setiap inci perbuatan kita dikira dan dihitung oleh Allah. Tidak terkecuali yang miskin, yang kaya, yang cacat atau yang sempurna, kita akan dihadapkan ke muka pengadilan menentukan nasib kita. Sumbangan YB Tun terhadap negara tidak dapat dinafikan dan Allah sahaja yang dapat membalasnya. Ini merupakan satu ibadah yang tidak ada tolok bandingnya berbanding ahli ibadah yang hanya duduk berdoa dan bersembahyang. Kecekalan YB Tun dalam mencari penyelesaian ummah amat saya kagumi. Bukan sahaja di negara ini malah menyeliputi di luar Malaysia. Ingat saya terhadap sikap YB Tun sama-sama YB Ustaz Fadzil Nur menolak fahaman dan tindakan Zionis terhadap Palestine. YB Tun bersungguh-sungguh berusaha terhadap tindakan Israel dan kami PAS ketika itu bersama-sama YB Tun Dr. Mahathir melakukan bantahan terhadap Zionis. Begitu juga pembangunan negara dalam apa juga lapangan dan sektor, YB Tun cukup meyerlah sekali. Sehingga beliau dikenali sebagai Bapa Pemodenan.

Sayang sama sekali apabila amalan yang mulia ini dicemari oleh tindakan Tun yang hanya sedikit berlanggaran dengan syariat Islam. Usaha mulia dan berpahala ini akan luntur begitu sahaja hanya dengan pemikiran dan tindakan yang bertentangan dengan Islam. Sokongan judi bola YB Tun boleh menjadikan semua amalan YB Tun terbuang begitu sahaja. Oleh kerana desakan nafsu dan fahaman yang jauh melencong, Tun Dr. Mahathir dibeci dan dimurkai Allah dengan percuma sahaja. Tahukah YB Tun judi itu haram. Judi arak dan perempuan itu maksiat serangkai yang memudahkan kita tersesat dari asas agama. Perkara-perkara ini membuatkan amalan selama ini dilakukan menjadi sia-sia sahaja.

YBhg Tun telah tua dan berusia. Usia seperti ini hampir kepada kematian. Apakah yang akan YB Tun akan jawab semasa di padang Masyar nanti. Bagaimana untuk YB Tun menghadapi soalan kubur, apakah nasib kita nanti apabila peninggalkan kita diakhiri dengan keburukan yang kita lakukan.

Seperti pepatah Inggeris mengatakan "Nilai seseorang terletak pada sepuluh minit terakhir". Adakah YB Tun akan menunggu masa saat nyawa di hujung kepala barulah ingin bertaubat?

Terlalu banyak berfalsafah melayan pemikiran melalui buku juga adalah satu kesesatan. Agama itu tersanggat indah. Agama itu kadang-kadang tidak memerlukan banyak persoalan untuk ditaati. Menunggu kefahaman wujudnya Allah maka susah untuk kita beriman padaNya. Menunggu sehingga khusuk barulah hendak mendirikan solat satu kerugian yang teramat besar. Menunggu iklas barulah menderma juga satu kesilapan dalam beribadah. Falsafah-falsafah beginilah yang banyak merosakan akidah kita.

YBhg Tun.

YBhg Tun adalah seorang yang baik dan berilmu. YBhg Tun juga bukan tidak memahami ilmu Islam, malah dapat membabitkan konsep sains dan teknologi ke dalam Islam. Janganlah kesilapan yang kecil diakhir hayat dilakukan menyebabkan rosak sepanjang hayat. Ini amat memalukan bangsa , agama dan negara. Malah sikap ini boleh menjerumuskan diri kita ke arah kehancuran.

Kehebatan Al-Barsisya seorang ahli ilmu dan hampir dengan Allah juga hanyut digoda syaitan laknat, inikan pula diri kita.

YBhg Tun tidak seharusnya membabitkan diri dalam hal judi dan arak dengan membangkitkan amarah yang keterlaluan kepada umat Islam dan mengkucar kacirkan lagi pemikiran rakyat. Jangan kita membina jalan ke neraka sedangkan Islam menyarankan agar kita mengutamakan kebaikan dan menuju ke jalan lurus. YBhg Tun harus menyumbangkan diri dan pemikiran ke arah mensejahteraan umat Islam dan rakyat sekali gus jadilah ulamat terbilang yang telah memang ada pada diri YBhg Tun.

Tidak ada bangsa dan agama dalam dunia ini menjadikan arak dan judi matalamat hidup mereka. Janganlah cuba medabik dada kita adalah pejuang dan faham akan segala persoalan agama. Jika tidak memahami secara mendalam hukum hakam agama eloklah Tun berdiam diri untuk selamat dipersoalkan Allah suatu hari nanti.

Jangan ada diantara rakyat dan cucu cicit kita mengencingkan kubur kita suatu hari nanti di atas perbuatan zalim kita terhadap mereka. Berilah khidmat cemerlang diakhir-akhir hayat ini agar YBhg Tun sejahtera di kemudian hari.

Cukuplah UMNO membuat kesilapan sebelum ini dan marilah kita kembali ke pangkal jalan menjadikan Malaysia sebuah negara Islam yang disegani dunia. Setidak-tidaknya YBhg Tun akan dikenang selama-lamanya. Janganlah YBhg Tun menjadi Kamal Atartuk moden ke dua dikenang sebagai pengkhinat Agama dan bangsa.

Sekian salam buat YBhg Tun Dr. Mahathir.

Dr. Mohd Khalil Nordin
Keris UMNO Lama..

28 Jun 2010.

1 comment:

Anonymous said...

Dan jangan pula sampai Bumi tak mau menerima jasad Tun nanti