Tuesday, June 22, 2010

Mentarbiah Anak Menjadi Manusia

Oleh : Keris UMNO Lama

Aku dilahirkan selepas kemerdekaan. Selepas kemerdekaan bukanlah terlalu awal untuk menagik kenikmatan kehebatan negara. Awal-awal 60an tiada apa yang dapat dibanggakan, cuma ketenangan dan pembangunan mula dikecapi. Para pemimpin ketika itu tidak banyak berlaku pertelingkahan politik kecuali pada tahun 1969 yang menyaksikan pertumpahan darah dan perbalahan kaum. Di desa aku tidaklah terasa sangat akan peristiwa ini kerana mungkin juga aku masih lagi anak-anak.

Tun Abdul Razak dilantik sebagai Perdana Menteri menggantikan Tengku Abdul Rahman dan negara dibangunkan mengikut corak dan kehendak kita. Pembangunan semakin rancak dan semakin hebat dengan idea serta pelan RM yang disusun atur dengan baiknya. Maka terhasillah beberapa program mega seperti pembangunan rakyat desa serta melengkakan ibfrastruktu negara dengan lebih sempurna mengikut keperluan negara. Pendek kata negara dibangunkan berdasarkan perancangan yang betul tanpa mengira warna kulit.

Setelah negara membangun dan silih berganti pemerintahnya, corak pimpinan juga silih berganti maka pemikiran juga nampaknya berubah dengan begitu drastik sekali. Pembinaan universiti dan dasar pendidikan terbuka memberi rakyat membuka mata seluasnya melihat sendiri perkembangan negara berdasarkan ilmu yang dipeljari. Hasilnya cendikiawan-cendikiawan negara dilahirkan dengan begitu ramai. Mereka membangunkan negara bersama-sama sehingga apa yang dilihat sekarang ini.

Apa yang amat menyedikan apabila pucuk pimpinan telah lari dari matalamat asal perjuangan seperti yang diatur oleh orang terdahulu. Kemewahan yang ditinggalkan dirobek dan digadai begitu sahaja. Sebagai parti pemerintah UMNO/BN telah bertanggung jawab memusnahkan negara ini sehingga apa yang kita lihat sekarang. Selama 50 tahun merdeka di bawah pimpinan BN terlalu banyak kemusnahan terhadap negara terjadi. Bukan sahaja negara malah pendidikan negara juga telah dijual beli. Tanah milik negara mudah digadai kepada negara asing. Lihat sahajalah kawasan emas minyak di sarawak dengan mudah diserahkan kepada Brunei yang kecil sekali negaranya tetapi memiliki kekayaan yang berlipat kali ganda.

UMNO banyak membuat perubahan terhadap dasar negara demi keuntungan puak-puak tertentu. Rakyat diperkotak katikan dengan mudah melalui buaian kesenangan. Anak-anak tidak diberi pendidikan akhlak selengkapnya terutama soal kerohanian. Kepincangan ini mengakibatkan banyak berlaku lonjakan sosial yang tidak seimbang. Budaya Mat Rempit, membuang bayi, tidak kenal solat, murtad dan kepincangan keluarga menjadi-jadi. Ini semuanya adalah hasil didikan dan sistem pendidikan negara yang terlalu mengarah kepada materialistik(keduniaan). UMNO tidak meletakan agama sebagai tunggak pendidikan dalam mana-mana dasar terutama dalam dasar pendidikan negara. Di sekolah subjek agama telah menjadi pilihan antara seni dan geografi. Subjek agama tidak menjadi wajib kepada pelajar kerana ia tidak ada nilai tambah dalam UMNO.

Penghapusan tulisan jawi dan menidakkan sekolah agama SAR dan sebagainya menyebabkan rakyat semakin jauh meninggalkan agama. Lihat sahaja akhlak remaja kini, tidak menampakan sesuatu perubahan dari masa ke semasa malah semakin parah dari hari ke hari. UMNO dituduk sebagai penyebab kerana UMNO adalah parti pemerintah. Sistem pendidikan yang ada adalah hasil pilihan mereka dan tidak boleh tidak rakyat terpaksa menerima sistem yang pincang ini.

PAS secara asasnya membuat pilihan sendiri dengan melaksanakan sistem mereka sendiri dalam membentuk negara dari luar pemerintahan. Anak-anak mereka di hantar ke sekolah-sekolah agama atau pondok yang tidak disedikan oleh kerajaan dengan cukupnya. Sekolah agama yang ada didirikan UMNO tidak menjemput jiwa anak-anak ke arah keagamaan. Berjangut tetapi merompak, bersongkok tetapi tidak amanah.

Di dalam PAS anak-anak didik dengan cara yang diajar Islam. Sekolah agama yang didirikan mendidik mereka kenal akan tuhannya, nabinya dan siapa diri sebenar. Anak-anak ditarbiah sehingga dewasa dan membiarkan mereka melayari kehidupan secara beragama. Ramai di kalangan anak-anak orang PAS menjadi orang-orang hebat dan berjawatan tinggi samada dalam kerajaan atau politik tanah air. Sebahagian mereka menjadi guru mendidik anak-anak di bawah sistem sekularisma yang terpaksa dihadapi.

Mentarbiah anak-anak memerlukan pengorbanan ibubapa. Ibubapa sahaja tidak mencukup untuk menyakinkan anak-anak akan menerima cara yang dilakukan PAS, Negara juga harus menyediakan sistem pendidikan yang selarah dengan keperluan anak-anak. Sebagai agensi penyokong kerajaan harus menyedikan kemudahan pilihan kepada anak-anak selaras dengan keperluan pendidikan agama diperingkat awal.

No comments: