Wednesday, April 21, 2010

Man Ana?

Bismillah..

Wahai Pemilik hati, wahai Pemilik jiwa, jiwa yang kecil, kerdil lagi hina ini..

Siapakah aku?
Siapakah aku?

Siapakah aku?

Aku seorang muslim,

aku seorang mutarobbi,

aku seorang murobbi,

aku seorang daie,

aku seorang anak,

aku seorang adik,

aku seorang abang,

aku seorang kawan,

aku seorang pelajar,

aku seorang jundi,

aku seorang qiadah,

aku seorang hamba.

Itukah aku?

Itukah aku?

Itukah aku?

Aku mahu menjadi mukmin, muttaqin, muhsinin yang mujaahidiin.
Aku mahu ditarbiah dengan sebagaimana hak itu merupakah milikku.

Aku mahu mentarbiah binaanku dengan sebagaimana amanah itu tertimpa ke atasku.

Aku mahu menjadi bergerak, bukan tersandar rehat dengan malas.

Aku mahu berbakti dan menghargai ibubapaku.

Aku mahu mendengar dan membantu abang dan kakakku.

Aku mahu membimbing dan menjadi qudwah kepada adikku.

Aku mahu menjadi saudara sebagaimana hak seorang saudara kepada saudaranya.

Aku mahu menjadi pelajar yang menghormati guruku.

Aku mahu patuh dan mendokong dengan sepenuh hati kepada apa yang disyurakan.

Aku mahu berfikir, bertindak, mengambil tahu sebagaimana layak amanah itu telah jatuh ke atasku.

Aku mahu menjadikan diriku sebenar-benar hamba, di setiap masa, di setiap tempat.

Hak..
Amanah..
Taklif..
Tanggungjawab..

Benarkah aku mahu, ataupun aku perlu?

Mujur sekarang masih ada mahu itu, sedangkan aku perlu.

Masakan aku tidak mahu, sedangkan aku perlu.

Kadang-kadang tergoyah mahu itu, kerana aku tidak mampu.

Masakan aku tidak mampu, sedangkan aku perlu.

Masakan aku tidak mahu untuk mampu, sedangkan aku perlu.

Semoga diriku ini mahu untuk mahu.

Semoga diriku ini mampu untuk mahu.

Semoga diriku ini mahu untuk mampu.

Semoga diriku ini mampu untuk mampu.

sajak ini adalah Nukilan :
Azli Nasiruddin
Mahasiswa perubatan tahun 3, Nizhny Novgorod Medical State Academy Rusia.

No comments: