Monday, November 22, 2010

Bersabarlah Dato' Seri Anwar Ibrahim.



Assalamualaikum w.b.t dan salam buat Dato' Seri Anwar Ibrahim (DSAI).

Saya amat terkejut dengan musibah yang sedang berlaku di dalam pemilihan PKR kali ini. Satu-satunya parti yang teguh dan kuat menghadapi berbagai cabaran politik terutama dari pihak musuh dan lawan.

Saya berhenti sejenak daripada menulis dan membuat rentetan berita di dalam blog ini kerana ingin mendapatkan maklumat lanjut berhubung musibah yang berlaku dan kenapa ini terjadi di dalam PKR sahaja, sedangkan parti ini terlalu banyak pengalaman dalam menghadapi kemelut politik. Saya menyebak dan mendapatkan berita dari berbagai sudut dan sumber. Rata-rata tidak ada berita yang boleh diguna pakai semuanya. Banyak yang perlu ditapis terutama berita dari sumber-sumber yang ingin memburukkan DSAI serta menidakkan kehadiran parti ini di arena politik tanah air.

Apabila piliharaya semakin hampir maka semakin gamatlah suasana politik dan parti di negara ini. PKR menjadi sasaran utama untuk memudahkan hasrat musuh untuk menumbangkan parti lawan.

Saya melihat dari sudut politik dan sudut kekuatan parti. PKR adalah parti yang cukup mengancam barisan pemerintah seperti UMNO, MIC dan MCA malah sebuah parti yang cukup terkenal di rantau ini mahupun di dunia. Kehebatan DSAI dalam berpolitik tidak ada galang gantinya selepas era Dr. Mahathir. Kehadiran DSAI dalam arena Malaysia setelah dipecat dan difitnah menjadi duri dalam daging oleh UMNO. UMNO yang pernah diterajui dahulu kini menjadi musuh nombor satu beliau.

UMNO tidak berdiam diri dalam menghadapi karenah PKR yang begitu mendapat tempat di hati rakyat. Sejak awal penubuhan parti ini UMNO telah meresap jauh terutama ke dalam barisan utama pimpinan. Semasa DSAI berada di dalam kemelut mahkamah, UMNO telah mengatur strategi jangka panjang memasang "SB-SB" mereka dengan cara menghantar beberapa orang penting menyusup masuk secara tidak disedari. Sebagai pemimpin parti ketika itu, Dr. Wan Azizah berjalan sendiri tanpa ditemani suami dan diwaktu inilah usaha menyuntik jarum halus yang beracun berjaya dijalankan.

Beberapa orang yang kuat di dalam UMNO telah berjaya memporak-perandakan PKR seperti Dr. Chandra Muzafar, Mohd Ehzam, Dato Zahid Hamidi, beberapa pemimpin murahan di peringkat negeri dan terlalu ramai lagi untuk disenaraikan di sini. Saya beranggapan mereka ini adalah askar upahan UMNO yang terlebih awal dapat mencium perkembangan DSAI. Seperti yang Kerislama nyatakan sebelum ini, orang-orang UMNO sukar mempengaruhi PAS dan DAP terutama menyelinap masuk secara halus. Orang UMNO tidak pandai membaca doa dan orang Cina (MCA) tidak akan memperjudikan bangsanya kerana parti. Oleh itu PKRlah menjadi mangsa untuk memporak-perandakan Pakatan Rakyat.

Hakikatnya apa yang terjadi sekarang adalah angkara orang UMNO agar PKR dan DSAI tidak boleh bergerak jauh sehingga diadakan Pilihan Raya baru PRU13. Dengan kaedah ini BN akan mudah mengambil kembali tempat-tempat yang kalah terutama Selangor dan Pulau Pinang yang menjadi sumber pendapatan negara.

Sekadar kesalahan seksual dan salah laku DSAI bukanlah isu utama. Orang BN yang lebih teruk perangai dari itu pun tidak dianggap salah malah bukti dan saksi begitu kukuh jika ingin disalahkan. Tetapi mereka tidak ada nilai politik malah akan mencemarkan BN dan UMNO dalam politik. DSAI adalah racun utama bagi mereka dalam merialisasikan hasrat mereka. Jika DSAI rebah mudahlah mereka untuk melawan PAS dan DAP.

Tetapi anggapan mereka salah. PAS dan DAP semakin kuat dan menggila. Tanpa PKR atau DSAI rakyat akan beralih kepada parti komponen lain di dalam PR. Pakatan Rakyat telah bersedia dan bercula sejak berpuluh tahun. PAS dan DAP telah cukup masak untuk menangani masalah politik kotor UMNO dan BN malah selama ini kemenangan PR adalah hasil perbuatan kotor UMNO.

Pada perkiraan Kerislama, masih terlalu ramai orang UMNO (SB) yang masih berada di dalam PKR. Saya begitu yakin dan dapat memerhatikan melalui beberapa insiden serta tingkahlaku mereka di dalam parti. Hanya menunggu masa untuk melakukan sesuatu terutama pada saat Pilihan Raya akan datang. Dengan cara provokasi murahan ini UMNO dan BN akan dapat merampas kembali kawasan yang telah mereka kalah.

Kerislama melihat trend ini sejak awal penubuhan PKR dan ia sebenarnya telah pun berlaku di dalam PAS sebelum ini. Malah DAP juga mengalami perkara yang sama suatu masa dahulu. Beberapa orang penting dan berpengaruh telah diupah oleh UMNO menyelinap masuk tanpa disedari oleh penyokong DSAI, malah DSAI sendiri pun tidak berkeupayaan untuk menapis yang mana musuh dan yang mana teman setia.
Bagaimana hebatnya Ehzam yang amat saya kagumi satu masa dahulu menikam DSAI dari belakang. Askar upahan ini cikup licik menjalankan kerjanya semasa di dalam PKR tetapi Tuhan lebih mengetahui perbuatan jahat Ehzam. Sejak awal DSAI telah terbau gelagat Ehzam dan melihat langkah sumbangnya sebelum beliau keluar PKR yang amat mengejutkan sokongan parti. Begitu juga Dr. Chandra Muzafar, tidak kuat menghadapi cabaran getir. Hanya dijentik pangkal telinga beliau menjerit sekuat-kuatnya sehingga tidak bersuara langsung. Kini beliau kembali ke kedudukan lama. Dato' Zahid Hamidi yang begitu awal menyokong Anwar telah lari sejak awal kerana tidak sanggup dengan gertakkan pemimpin UMNO yang boleh menyebabkan beliau muflis jika tidak mendengar kata. Begitu juga beberapa pemimpin PKR di Pulau Pinang dan Perak. Mereka mudah dibeli dengan kiraan longgok sehingga memalukan bangsa Melayu ketika itu. Termasuklah beberapa pemimpin kecil yang rebah dengan hanya secawan kopi sejuk.
Saudara Anwar bukan sebarang orang. Pada perkiraan Kerislama, dia lebih rela mati di dalam penjara daripada mengalah tunduk di hadapan musuh negara dan rakyat. Taruhan DSAI bukan kecil untuk digadaikan. Tuduhan liwat dan pukulan mata lebam bukan mudah untuk dilupakan beliau.

Monday, November 15, 2010

Selamat Tinggal Zaid.



Kerislama menulis lagi...

Kali ini mungkin amat berbeza daripada sebelumnya. Perihala parti sahabat Kerislama yang sering bergolak sebulan dua ini. Mungkin ada sesuatu yang tidak kena sehinggakan timbul berbagai masalah dan karenah untuk di atasi.

Paling teruk adalah Ketua Umum PKR, Datuk Sri Anwar Ibrahim (DSAI) menghadapi masalah yang dianggap berat di mata rakyat atau berat di mata sesiapa yang melihatnya. Sebagai ketua sudah tentu persiapan menghadapi segala kemungkinan telah disediakan.

Pada awalnya Kerislama agak terkejut dengan berbagai musibah yang menimpa sejak awal tertubuhnya parti ini dan paling meruncing apabila PKR dapat memerintah negeri Selangor bersama parti pakatan lain. Bermula di sinilah berbagai cabaran dan dugaan menimpa bertimpa-timpa. Bencana buka sahaja menimpa DSAI sendiri terhadap kes dan sebutan mahkamah tetapi ia berjangkit kepada ahli-ahli lama dan baru. Saya termenung sejenak kenapa ia hanya berlaku terhadap parti ini (PKR) dan tidak terdapat di dalam mana-mana parti Pakatan Rakyat yang lain seperti DAP atau PAS atau mana-mana parti lainnya.

Dua tiga teori yang dapat saya kemukakan di dalam tulisan ini dan pandangan ini mungkin secara individu sahaja.

PKR adalah sebuah parti serpihan UMNO yang berjuang demi menegakkan keadilan dan kepincangan Barisan Nasional. Hasil daripada perjuangan DSAI dan ahlinya tertubuhnya parti ini dengan ahli-ahli juga terdiri daripada bekas orang-orang UMNO atau tidak berparti sebelum ini. Pada awalnya parti ini dipandang sepi oleh UMNO dan beranggapan ia samalah seperti Semangat 46 dahulu yang rapuh dicentik oleh orang UMNO atau Barisan Nasional. Hakikatnya perkara seperti ini tidak terjadi kepada PKR atau parti serpihan UMNO ini kerana perjuangan dan kepimpinan yang ditunjukkan amat dibimbangi BN terutama UMNO.

Kecekalan DSAI dan keistiqmahannya membuatkan UMNO bertambah bimbang dan meracau kerana lari daripada jangkaan mereka yang menganggap PKR sama seperti S46. DSAI telah disalah anggap oleh pemimpin UMNO dan tersalah anggap ini juga membebankan diri mereka sendiri sehingga mendapat kemenangan mengejut Pakatan Rakyat pada PRU12 sehingga tertubuhnya Pakatan yang kuat di antara DAP, PAS PKR.

UMNO tahu untuk mengacau PAS dan DAP amat sukar dan mustahil kerana kedua-dua parti ini matang dalam menangani berbagai masalah politik dan orang UMNO juga agak sukar untuk menyamar memasuki parti ini dari luar atau dalam. Terutama Parti PAS. Untuk duduk dan memimpin PAS atau menjadi ketua sekali pun harus tahu membaca khutubah atau berdoa semasa kenduri tetapi orang UMNO tidak tahu dan pandai bab ini. Oleh itu untuk meresap ke dalam PAS mustahil untuk dilakukan kerana rata-rata orang UMNO tak tahu nak membaca doa selamat atau membaca khutubah Jumaat (walahhualam).

Untuk masuk menyamar ke dalam DAP, orang UMNO tidak ada yang berbangsa Cina dan untuk wakilkan MCA menyamar ke dalam DAP, mereka tidak sanggup dan telah diketahui orang Cina sepakat tidak melakukan kerja-kerja yang boleh merosakkan bangsa mereka sendiri. Sebab itulah Pulau Pinang dengan mudah diserahkan oleh Khoo Su Kon dengan segera setelah memenangi PRU12 dahulu berbanding negeri lain.

Untuk menjayakan hasrat kotor UMNO, PKR adalah target yang paling tepat. Ini adalah disebabkan:

  1. PKR adalah parti serpihan UMNO dan mana-mana orang Melayu UMNO boleh meresap dan menyamar untuk mengganggu parti berkenaan.
  2. Seperti parti UMNO, PKR tidak banyak halangan untuk menerajui parti kerana ia tidak memerlukan kepayahan untuk terus naik ke atas dan cuma kena kuat berlakun seperti Ehzam dan mana-mana bekas ahli PKR yang melompat.
  3. Anwar dan barisan tertinggi tidak mempunyai masa untuk memeriksa setiap ahli yang ingin masuk ke dalam PKR atau menyokong PKR kerana banyak masa pimpinan atasan digunakan mengatur/memilih/melayan keperluan rakyat dan juga strategi parti. Oleh itu orang-orang UMNO dahulu, kini dan selamanya akan terus menggunakan PKR untuk mengganggu Pakatan Rakyat kerana inilah cara yang paling effektif memecah belahkan rakyat dan ahli di dalam Pakatan Rakyat.
Mereka akan duduk bersama pemimpin PKR dan berjuang bersama mereka siang da malam sehingga tidak ada sedikit kepincangan yang dilihat menunjukkan dia adalah SB kepada UMNO/Kerajaan. Semasa di dalam PKRlah sesuatu kejutan akan dilakukan terutama apabila diperlukan seperti Pilihanraya atau untuk mengintai maklumat yang ada di dalam PKR atau Pakatan Rakyat Khasnya.

Untuk menjadi pejuang dalam parti bukanlah hanya mengisi borang atau berpelukkan bersama pemimpin parti tetapi perjuangan bermaksud bersama dalam apa juga situasi dan keadaan walaupun kita tinggal seorang untuk menegakkan kebenaran. Hanya dijentik telinga dan dipulas ibu jari sudah mula menjerit mengalah atau merajuk tidak mahu lagi bersama parti. Orang-orang seperti ini bukanlah pejuang sejati seperti orang-orang lain yang hebat dan keluar masuk ISA silih berganti.

Apalah yang hendak diperbanding perjuangan Zaid Ibrahim dengan Azmin Ali di dalam PKR! Hampir separuh nyawa Azmin berjuang di dalam parti sehingga kehilangan banyak kemudahan seperti mana beliau di dalam UMNO dahulu. Zaid baharu setahun jagung di dalam PKR dan belum menerima sebarang kejutan yang boleh menggugat dirinya. Tidak keterlaluan jika saya nyatakan Bekas Menteri Kesihatan juga harus menunjukkan taat setia jika mahu bersama parti. Atau belajar berjinak-jinak berReformasi sebelum digelar ahli parti sebenar.

Apa yang pasti PKR akan sentiasa ada orang-orang UMNO menyamar sebagai informer dalaman sehingga perlu melakukan sesuatu maka ia akan dibongkar apabila sampai pada masanya.

Teori kedua, DSAI adalah orang yang paling merbahaya berbanding pemimpin-pemimpin lain. Kekuatan Anwar dalam menangani masalah tidak siapa yang boleh ditandingi. Kedudukan Anwar yang berpengalaman dan matang dalam politik merimaskan UMNO kerana beliaulah UMNO mudah berpecah kerana rahsia UMNO terlalu banyak di tangan DSAI. Tuduhan dan penjara tidak melemahkan DSAI malah mematangkan lagi beliau sehingga memeningkan sebahagian orang UMNO peringkat yang gila kuasa atau yang ingin mencapai hasrat kuasa tertinggi. Menghapuskan DSAI, menganggu PKR dan mengkucar-kacirkan parti adalah jalan yang terbaik buat mereka melemahkan DSAI dan parti-parti lainnya. Nampaknya cara ini hampir berjaya kerana orang-orang Melayu tidak suka dikusut masaikan pemikiran terutama dalam masa yang singkat. Sebab itulah setiap piliharaya kecil atau PRU ada sahaja perkara memburukkan DSAI dan parti Pakatan Rakyat dilakukan UMNO. Ini terbukti setiap piliharaya yang dijalankan. Jika tidak ada piliharaya maka kes dan masalah DSAI tidak disentuh semaksima mungkin.

Kerislama tidak mengatakan Dato Zaid adalah orang suruhan UMNO atau menyamar untuk mendapatkan/mengkucar-kacirkan PKR tetapi cara beliau bertindak seperti ada udang disebalik batu. Seperti juga bekas-bekas PKR yang lain, gagal meletakkan diri mereka salah seorang pejuang parti atau politik sedang apabila keluar dari PKR tidak pulak menyertai parti yang lebih baik seperti PAS atau DAP atau yang tidak mengkhianati negara seperti UMNO/BN. Malah mereka akan terus menyokong UMNO serta mengeluarkan kenyataan yang tidak langsung mencerminkan memperjuangkan parti itu kecuali untuk menyelamatkan diri.

Seperti Ehzam. Beliau jelas banyak menyusahkan PKR dan UMNO sendiri. Sungguh lama Ehzam duduk di dalam PKR dan sama -sama bertungkus lumus menegakkan keadilan dan DSAI sehinggakan cara berpidato pun seperti Tok Gurunya juga.

Akhirnya dia keluar dengan alasan yang tidak masuk akal langsung dan menemplak mukanya sendiri. Orang seperti ini tidak akan kemana kecuali menghabiskan wang UMNO dan wang negara. Beliau tidak boleh hidup tanpa ploitik kotor seperti yang dimainkan.

Zaid Ibrahim diharap janganlah sepereti Ehzam atau orang-orang lain sewaktu dengannya. Biarlaj kita kalah dan tidak mendapat seorang sokonganpun, berjuang demi bangsa dan keadilan harus diteruskan. Dan janganlah juga seperti Ibrahim Ali yang mengkhianati pemberian tempat selesa dan memenangi Piliharaya hasil ihsan Dato Nik Azizi. Orang seperti ini juga harus diketepikan dan beliau bukan seorang pejuang sejati di dalam mana-mana parti. Sejarah membuktikan siapa beliau.

Bersambung kelauran akan datang......




Friday, November 5, 2010

Tahniah Tengku Razali-Ku LI


Kerislama mengucapkan tahniah kepada Pengarah Piliharaya Galas yang cukup membanggakan mana-mana pihak yang menilainya. Setiap sudut pandangan memuji cara dan kaedah yang diuruskan oleh Ku Li dalam menghadapi piliharaya kecil kali ini dan inilah pertama kali pihak PR berhadapan dengan lawan yang sangat bersih akhlaknya berlawan secara jantan.


Kerislama ke sana hanya beberapa hari. Sebelum piliharaya beberapa statistik dari pusat tertentu menepati kajian mereka bahawa berkemungkinan PAS menghadapi saingan sengit dengan BN kali ini memandangkan beberapa faktor yang menyebelahi pihak lawan. Faktor Ku Li menjadi faktor pendorong menyebabkan rakyat/pengundi serba salah untuk membuat pemilihan. Pendek kata Ku Li menunjukkan faktor teratas kekalahan PAS dalam piliharaya kecil ini.


Bekas President Semangat 46 bukan sehari dua berhadapan dengan politik atau berkawan dengan orang PAS, malah duduk semeja berbincang kenal mengenali hati budi masing-masing sehingga Ku Li masak dengan perangai orang Kelantan dan PAS di sana.


Semasa di dalam Pakatan Semangat 46 Ku Li menjadi pendorong utama tercetusnya gelombang politik tanahair dengan beberapa insiden yang tidak diingini berlaku. Kehebatan Ku Li memberi tamparan hebat BN dan UMNO ketika itu sehingga UMNO dibatalkan pendaftaran sehingga UMNO ditubuhkan semula menjadi UMNO Baru. Akhirnya Ku Li dapat dijinakkan kembali oleh Dr. Mahathir melalui tektik yang tidak rela oleh sebahagian orang Semangat 46. Perpindahan ini memecahkan sebahagian ahli dalam Semangat 46 menyeberangi ke mana-mana parti politik.


Akhlak yang ada pada Ku LI di bawa ke dalam UMNO dan sepanjang menyertai UMNO semula beliau banyak berdiam diri dan menjalankan kerja-kerja sebagai Ahli Parlimen serta menjadi orang tengah di dalam apa-apa perbalahan di dalam mana-mana parti. Ku Li dilihat sebagai orang lama yang banyak pengalaman dalam politik tanaha air. Kisah Wang Royalti menjadi tajuk utama kehebatan Ku Li sehingga keseluruhan rakyat Kelantan (Kecuali 2, 3 orang) menyokong tindakan Ku Li bersama Kerajaan Kelantan menuntut hak dari pusat. Ku Li di hina dan disebut membelakangi tindakan UMNO dan kerajaan pusat dalam isu ini tetapi Ku Li tetap dengan pendiriannya sehingga ke piliharaya Galas beliau tetap dengan pendiriannya.


Perlantikan Ku Li mungkin ada sebabnya. Ramai di antara penganalisis politik menyatakan, piliharaya kali ini untuk mengenakan Ku Li kerana kelancangannya dalam menyokong isu royalti dan ada juga beranggapan untuk memancing rakyat Kelantan agar kembali kepada UMNO di atas faktor kebersihan Ku Li sebagai orang Kelantan. Rata-rata penganalisis menyatakan untuk menempelak Ku Li agar ia berdiam selepas ini kerana BN/UMNO pada awal-awalnya mengetahui mereka akan kalah dalam pilihanraya kecil memandangkan banyak faktor.


PAS dan UMNO mungkin tidak meyedari hakikat ini. Masing-masing leka dengan faktor masing-masing, memancing undi dan mengira orang atas pagar, orang sebenar atau sibuk mengira bendera masing-masing berapa banyak akan dikibarkan.


Secar aperlahan Ku Li menjalankan tektiknya melalui pengalaman beliau. Mengamalkan mulut tertutup dan tidak melayan setiap karenah UMNO dan PAS dia mengatur langkah menerima saranan jerat UMNO sekembalinya ari luar negara. Beliau tidak menerima pemcalonan sebagai calon dan mungkin UMNO tidak serius pun menawarkan calon Ku Li kali ini. Akhirnya UMNO memilih orang yang tidak sebulu dengan Ku Li (bukan pilihan KU Li) bertanding melawan PAS. Ku Li tidak melenting malah membuat tindakan tidak hadir di beberapa perjumpaan semasa piliharaya.


Media tidak banyak memaparkan Ku LI semasa piliharaya kali ini. Malah ia cuba menyembunyikan sesuatu agar Ku Li tidak bercakap banyak semsa piliharaya. Dengan rendah hati dan akhlak yang memeningkan orang-orang PAS, beliau berkempen secara bersih dan senyap sehingga mencapai kemenangan yang cukup memeranjatkan bukan sahaja PAS tetapi UMNO juga tidak menduga sehingga begitu besar perbezaan peti undi yang diperolehi UMNO.


Kerislama juga terkedu dengan jumlah yang tidak disangka itu..


Ku Li telah menang dan bukan UMNO yang berjaya. Itu kiraan penganalisis. Ku Li akan menjadi beban lagi dalam UMNO terutama kepada ahlinya yang gilakan kuasa. Tidak boleh tidak ia harus diperbincangkan dalam mana-mana mensyuarat UMNO peringkat tinggi. Mungkin strategi seterusnya akan meletakkan Ku Li di satu tahap yang boleh menjejaskan UMNO Kelantan terutama orang kuatnya Tok Mustafa dan To Anuar Musa termasuk Awang Adik yang begitu celupar mulutnya.


Bagi PAS satu tamparan hebat harus diberi perhatian. Strategi baru harus diatur untuk terus memenangi hati rakyat. Jika UMNO telah kembali sihat sepereti sihatnya To Najib nanti maka besar kemungkinan ia akan merampas kembali Kelantan dengan mudah.


Pada hemat saya tanpa orang macam Ku LI mungkin agak sukar untuk UMNO kembali menjadi "baik". Ada beberapa orang sahaja orang UMNO seperti Ku Li di dalam UMNO? Jika ada sekali pun telah lama dicantik. Dato Shahril Samad contohnya, telah terkubur jauh di Johor dan ramai lagi orang-orang yang bersih akhlak dan tabiatnya akan cepat terhakis oleh UMNO. UMNO yang gemarkan perkara jahat dan buruk dilakukan sukar untuk kembali kecuali mematuhi peraturan alam dan manusia seperti disarankan oleh Tengku Razali Hamzah.


Sekali lagi Kerislama mengucapkan kepada Tengku kerana berjaya merampas kembali Galas tanpa mencetuskan apa-apa insiden sepertimana UMNO lakukan sebelum ini dimana-mana piliharaya.


Sekian..


Wednesday, November 3, 2010

PM 1Malaysia


Takziah kepada PM Tok Jib kerana mendapat musibah yang diuji oleh Allah s.w.t. Semuga Tok Jib bersabar dengan dugaan Allah. Setiap yang hidup harus mendapat sakit dan wajib mereka menyerahkan diri kepada Allah.


Setahu Kerislama, diri ini tidak pernah terkena penyakit campak seperti yang dihidapi oleh PM dan mungkin Allah belum menguji Kerislama dengan penyakit ini. Wallahhualam. Sakit lain adalah Kerislam terima. Oleh kerana tidak pernah merasanya tidaklah banyak tahu Kerislama tentang penyakit ini.


Maka duduklah PM kita di rumah dijaga dan dibelai orang-orang gajinya. Manakala Kak Mah sibuk dengan lawatan dan sambutan dari delegasi yang datang. Makan bubur dan bertilamkan daun semambu.


Merasa juga PM kita tidur seperti orang dalam hutan tu. Tentu miang rasanya.


Kerislama dah selalu tidur di atas batu kerikil.


Mendengar berita PM tidur di atas daum semambu, kesiah juga Kerislama, apa tidaknya, tilam yang empuk, bilik berekon dan gebar dari kulit rusa tidak boleh digunakan sementara waktu. Tentu PM merasakan bertapa susahnya orang susah yang telah banyak disusahkan sejak sebelum merdeka lagi. Elok jugalah PM mendapat musibah, setidak-tidaknya PM merasa juga akan kesusahan seperti mana mereka susah.


Di luar sana telah ada mengantikan PM. Risau PM tidaklah sehebat PM sebelum ini kalau sakit. PM baru telah menjalankan kerjanya dengan baik dan sempurna. TPM yang ada masih jadi TPM. Masa inilah peluang untuk Kak Mah nak jadi PM sebab mustahil Kak Mah akan dapat jadi PM pada masa akan datang. Lagi pun dia tu wanita, di Malaysia agak sukar sikit. Maka ambil peluanglah Kak Mah berlagak menjadi PM.


Kerislama kesihan juga dengan TPM kita, Tok Din. Ingatkan boleh ambil sehari dua ni jadi PM olok-olok. Akhirnya Tok Sri Din kita telah air liur lagi sekali apabila penganti PM tiba-tiba muncul tanpa sebarang notis. Alamatnya sampai kiamatlah Tok Sri Din tak dapat jadi PM.


Kerislama dah biasa jadi Tok Mudim...


Kak Mah pun satu, menyibuk mengambil alih tugas orang buat apa, duduk rumah jagalah laki tu yang sakit. Besar pahalanya menjaga suami sedang sakit. Tidak perlulah ke sana sini menjual negara. TPM Tok Sri Din kan dah ada. Nanti makan gaji buta pulak dia. Itukan sudah menjadi tanggung jawab TPM mengantikan PM jika berlaku apa-apa. Kerislam agak Kak Mah ni takut Tok Sri Din rampas kuasa macam kat Thailand tu!!!.


Sebut pasal Kak Mah gila kuasa ni, Kerislam nak nasihat sikit. Negara kita masih ada undang-undang dan sejah dahulu lagi atau mana-mana organisasi sekali pun jika ketua tak larat atau tidak ada, timbalanlah yang wajib meneruskan tanggungjawab. Adalah salah melantik orang mengantikan si ketua. Mungkin Kak Mah tak belajar atau tak sekolah agaknya ni. Nanti rakyat kata Kak Mah dah gila kuasa pulak. Eloklah Kak Mah duduk kipaskan abang Najib tu. Lagi besar pahalanya dari buat haji tau.


Kerislama belum ke Mekah lagi..


Apabila si Clinton datang ke negara ini, kenapa Kak Mah sibuk-sibuk di depan kamera dan terhegeh-hegeh bersama bekas wanita pertama tu. Ini amat memalukan negara. TPM waktu itu macam kera sumbang sahaja melihat gelagat Kak Mah bersama Mss Clinton. Merah padam juga muka Tok Sri Din tak tahu nak cakap apa.


Macam tu jugak semasa lawatan PM India. Kak Mah sibuk lagi.


Apalah gunanya TPM agaknya di Malaysia ni. Sabarlah Tok Din. Tunggulah Kak Mah pencen atau sakit kena campak pulak. Tahulah dia seriknya kena campak. Siapa pulak nak ganti jadi Isteri pertama Malaysia. Kerislam agak dengan Tok Jib sekali tak boleh keluar buat lawatan atau kemana-mana. Kak Mah merengek mintak dibelai.


Entahlah ..Kerislama dah penat tengok gelagat Kak Mah.. UMNO yang rosak..BN yang menanggung malu.. Negara yang aib..


Wassalam dari Kerislama...

Thursday, October 28, 2010

Pilihanraya Datang Lagi

Kematian dua orang YB baru-baru ini memaksa SPRM mengadakan piliharaya kecil mengikut peruntukan yang telah ditetapkan. Kematian mereka menguji kembali parti-parti yang bertanding di negara ini akan kekuatan dan kehebatan di mata rakyat.

Kerislama sebagai rakyat negara ini mengucapkan takzian kepada yang telah pergi.

Bercakap soal pilihanraya, kerislama menunggu dengan debaran yang cukup hebat agar memastikan pilihan Kerislama menang dengan tamparan kepada lawannya. Sebagai rakyat yang cintakan keamanan dan kesejahteraan, Kerislama amat berharap Pilihanraya Kecil kali ini tidak ada insiden yang boleh memalukan rakyat dan negara. SPRM harus memainkan peranan penting dan bertanggungjawab dalam menangani kes dan isu yang dilanggar. Sebagai wakil yang dipertanggungjawab SPRM harus telus dalam melaksanakan tugas demi menjaga keamanan negara. Pihak keselamatan juga harus bekerjasama memastikan keadaan tidak seperti Pilihanraya sebelum ini.

Harapan Kerislama terbengkalai apabila awal-awal lagi SPRM telah melanggar emosi parti yang bertanding. Tarikh Piliharaya kecil yang diadakan serentak tidak mencerminkan sifat keadilan kepada parti yang bertanding. Pada kebiasaannya, hari sabtu atau cuti umum dipilih untuk diadakan pengundian. Tetapi sejak dua menjak ini SPRM cuba bermain catur melalui arahan pihak tertentu untuk mengadakan pilihanraya tidak pada masa dan waktunya yang sesuai. Memanglah tidak melanggar mana-mana peruntukkan dalam undang-undang SPRM tetapi ia seperti ada sesuatu yang ingin disembunyikan atau seperti mengikut arahan dari orang tertentu.

Apa logiknya di adakan Pilihanraya pada hari bekerja, semasa di adakan sidang DUN atau semasa hari permergian haji? Apakah signifikannya tidak dibawa berbincang bersama parti-parti bertanding agar hari yang sesuai perlu diadakan!!.

Alasan memang banyak untuk diberikan. Alasan tidak ada perbezaan cuti atau tidak cuti atau berdasarkan peratusan mengundi jika diadakan hari cuti atau tidak bukanlah satu permainan. Di dalam kes sebegini, keadilan dan kepuasan rakyat harus diutamakan, bukan sekadar kajian dan statistik sendiri yang boleh diberi alasan. Bagi Kerislama, SPRM sudah melampau dan mereka telah menjalankan kerja amanah yang tidak adil. Duduk di bawah ketiak PM mungkin tidak boleh berkata-kata. Adil atau tidak tidak menjadi hitungan, yang penting duit masuk dan tugas tidak digantung. Orang macam inikah akan mencium surga???

Bagi PAS dan PR, isu begini tidaklah menjadi beban kepada rakyat. Rakyat telah bersedia dengan apa yang akan dilakukan oleh SPRM dan kerajaan pusat. Rakyat telah tahu helah dan tipu muslihat UMNO/BN dalam merebut semula kepercayaan terhadap mereka. UMNO/BN tidak memperdulikan keamanan, emosi rakyat, kemiskinan, kesukaran/kesusahan dan sebagainya. UMNO/BN hanya memikirkan menang dalam mana-mana piliharaya. Saya berpandangan UMNO/BN dan agen-agen mereka berhenti daripada melakukan tabiat tidak senonoh. Ini bukan zaman Kapal Layar dimana rakyat mudah ditipu kerana waktu itu rakyat ramai yang tidak tahu menulis dan membaca. Tetapi kali ini rakyat telah berfikiran waras, cerdik serta memiliki kesabaran yang tinggi.

Batu Sapi dan Gua Musang menjadi pertaruhan parti-parti bertanding. Terdapat banyak muslihat yang perlu dipersilatkan oleh PR daripada permainan UMNO/BN. Media utama menjadi senjata utama yang tinggal untuk melakukan kempen fitnah mereka. Ceramah dan syarahan tidak mendapat sambutan dari kalangan rakyat. Cuma dua tiga kerat orang lama dipaksa hadir dalam melaksanakan visi jahat mereka. Perkauman disebut-sebut, cerita lama direcycle kembali, memutar belit fakta menjadi tontonan umum, bercakap bohong adalah kata-kata terdesak untuk memancing undi disaat terakhir.

Kerislama akan ke Gua Musang mendapatkan sedikit liputan..

Tuesday, August 10, 2010

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK KEPADA SEMUA UMAT ISLAM DAN SAHABAT-SAHABAT SAMADA DI DALAM TALIAN ATAU DI DALAM FACEBOOK. SEMUGA RAMADHAN INI DAPAT MENINGKATKAN IBADAH KITA SERTA ERATKAN HUBUNGAN SILATURAHIM. BAWA SENJATA KITA KE MANA-MANA SAHAJA DAN GUNAKAN SETIAP KALI BERTEMU INSAN YANG BERGELAR MUSLIM..

ITULAH KASIH-SAYANG

DARI KERIS UMNO LAMA

Sunday, August 8, 2010

Chua Soi Lek : Didikan Melayu UMNO.


Apabila Chua Soi Lek bersuara dan membebel tentang Islam, maka buruklah BN di mata orang Melayu. Apa sebab Soi Lek bercakap demikian tidaklah diketahui sebabnya. Mungkin dengan isu seperti ini dapat mengembalikan orang Cina dan bukan Islam menyokong kembali MCA atau BN.

Nasib baiklah Soi Lek orang bukan Islam, bercakap atau tidak tentang Islan tiadalah gerunnya Kerislama kecuali rasa kurang senang dengan tohmahan yang dibuat. Kalaulah didengar oleh orang Arab, sushlah beliau untuk ke Timur Tengah. Orang-orang Melayu bukan kisah sangat dengan perkara Islam dan tak Islam ini semua.

Soi Lek bukan orang sejarah untuk mengetahui dan berkata soal Islam. Kalau dia faham sejarah sudah tentu dia tak menceber macam ini. Dia kena belajar dengan Khoo Gak Kim, pakar sejarah kita. Mungkin Soi Lek akan tahu selok belok Islam itu sebenarnya. Sejarah Cina sendiri pun dia tidak faham, macamana nak sebur-sebut sejarah Islam.

Tahu sejarah Hang Lipo..

Berbalik soal sejarah, mungkin ada buku yang di berikan UMNO untuk Soi Lek menghafal. Bila dan hafal, dia pun mulalah bercakap. Sedangkan dia tak tahu budaya menjadi manusia , macamana nak teliti sejarah agama.

Soi Lek mungkin mengigau atau mula meracau sebab bekas bosnya telah ditangkap rasuah atau Soi Lek pasang strategi ingin menarik kembali kaumnya yang berubah ke pembangkang. Susah juga nak menduga.

Orang UMNO pun satu hal, kalau kisah mencabar keris yang terhunus oleh MCA satu amsa dahulu, melenting si sepupu PM dan tidak dibenarkan melangkah mayat jika martabat orang Melayu disentuh. Kenapa sekarang diam. Kerislama agak orang UMNO yang suruh buat ni!!!. Kalau tidak mana boleh orang BN berani bersuara. Selama kini pun bermacam kes disebut-sebut yang mencemarkan orang Melayu. Rajanya, budayanya sehingga dalam kain orang Melayu pun tidak dibenarkan disentuh. Kalau sebut isu mutad, sentuh agama atau kepala lembu, kemana UMNO. Di mana pejuang-pejuang Melayu ni. Pengecut.........

Saya tidak salahkan Chua Soi Lek. Kalau dia nak bercakap atas pentas dia bukan Islam, boleh berhujah tetapi jika nak berhadis dan bersirah, bukan tempatnya. Kalau disebut dua tiga hadis nanti, tak faham pulak So Lek. Tetapi kalau nak hujah berhubung kebenaran agama sialakan, saya amat meangalu-alukan.

Chua Soi Lek bukan tak tahu hebatnya Islam dalam sejarah ketamadunan. Cuma entah dari mana maklumat dia adpat tidaklah diketahui. So Lek mungkin kena baca banyak baca buku tentang sejarah Islam atau sejarah dunia Islam sebenar. Setakat sekerat dua maklumat yang dapat dari UMNO usah mimpi nak faham tentang Islam. Umno sendiri tidak faham sejarah Islam. Malah sejarah Islam dan Jawi pun telah dihapuskan sewenang-wenangnya. Apa yang kerislama tahu, UMNO ini berusaha memporak purandakan rakyat dan kaum di negara ini. Rasanya tak ada UMNO lagi aman negara ini dan bertambah maju, boleh mengalahkan negara jiran kita.

Apa hebatnya Chua Soi Lek nak bercakap soal Islam. Kalau yang menyebut itu Kamal Koh ke, Yahya Abdullah Tan ke, bolehlah berhujah panjang sebab mereka ini orang Islam. Atau So Lek masuk jawi dulu dan masuk Islam, belajar sejarahnya sekali. Sudah faham boleh berhujah dengan kami. Kami menunggu. Rasanya bila dah tahu sejarah Islam, mustahil Soi Lek nak berhujah tentang apa yang nak disebut. Sebab dah faham.. Hanya orang yang faham sahaja yang tahu untuk faham..

UMNO dalangnya. Siap mendidik So Lek jadi macam itu? Siapa yang mengajar So Lek berkurang ajar dengan meampersoalkan Islam tanpa kajian dan pengajian? UMNO lebih berhad dipersalahkan. Sepanjang sejarah 50 tahun UMNO, mereka tidak pernah mendidik rakyat menghormati kaum lain dan mengajar mereka sejarah Islam. Pendidikan sejarah dijadikan alternatif dan setaraf dengan lukisan. Malah lebih hina daripada itu boleh digugurkan daripada senarai wajib peperiksaan. UMNO lah yang merancang dan merancana segala usaha memalukan Islam ini. Matapelajaran Bahasa Inggeris lagi penting dari Bahasa Arab (Al-Quran). Hanya yang perlu sahaja mengambil matapelajaran ini untuk keperluan dan bukan untuk ilmu wajib. Usaha siapa menghapuskan sekolah agama? PAS atau DAP atau PKR? Tidak lain UMNO. UMNOlah yang banyak merosakan sistem pendidikan negara sehingga sanggup meracuni fikiran rakyat dengan fahaman barat serta meninggalkan fahaman agama secara begitu halus sejak 50 tahun dahulu.

PAS, walaupun dituduh menggunakan agama untuk meraih politik, itu lebih baik daripada tidak meraih langsung soal Islam. Tetapi PAS tidak begitu. Kalau itulah sikap PAS sudah lama ia terkubur di mata rakyat. Malah sekarang sokongan semakin mantap dari berbagai kaum dan agama. DAP dan PR lain bersepakat dalam melaksanakan usaha menegakkan keadilan sebaik mungkin. Saki baki UMNO yang ada di dalam PR harus ditarbiah dan disingkairkan jika ia mendesak.

Usaha UMNO seperti ini melahirkan orang-orang seperti Soi Lek, sebahagian orang Melayu malah cuba melahirkan teknokrat yang rasuah serta tidak berakidah semasa mengeluarkan kata-kata.

Pesanan Kerislama kepada semua rakyat Malaysia, berilmulah dalam membicarakan sesuatu dan diam jika ilmu masih tidak mencukupi. Rosaknya negara adalah dari pemimpin yang tidak berilmu dan korupsi.

Sekian dan salam sejahtera..Keris UMNO Lama..